
30Hb ni nampaknya teman dinaikan pangkat sebagai KEPALA ROMBONGAN! Siapa sangka bermula pelawaan sahabat teman si Gomo dan Panglima tanpa teman sedor ramai kengkawan teman menyambut baik pelawaan dema untuk turut hadir (blogger jalanan Perak) yang berminat untuk ke Angkasapuri di Program PELANCARAN BLOG oleh Timbalan Perdana Menteri kita TSMY.
mulanya teman ingat nak pergi dengan sahabat karib teman Abang Tuah... itu punbaru merancang jimat sikit naik satu keta jer... tetapi ramai lak yang menghubungi teman dan bertanya teman bila dan jam berapa teman bertolak, terima kasih yop dan yong. Elok bebenor tu dan boleh kita ambik kesempatan ni dan berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan kita yop, rasanya sudah tiba masanya kita sepakat terutama blogger Perak tak kira ler sama ada baru atau lama, mengingati 11 bulan Neraka di Perak sudah cukup pahit lebih teruk dari petai dan jering yop. sebagai tanda persahabatan kita elok juga kita ambik kesempatan ke Angkasapuri sambil melawat sahabat kita terutama Panglima, Gomo serta rakan di dalam BPN. Rasanya tak terbalas jasa dema, blogger-blogger yang bukan jati dari perak dan BPN yang banyak membantu kita dalam perang dialam maya. Pada sahabat blogger sekalian... rasanya kita elok benor bersatu dan lupakan sekejap berpuak-puak, big boss masing-masing, baru atau lama dan segala penghalang yang membantukan kita saling berkerjasama. rasanya eloklah kita bersatu dan membantu sahabat kita yang sedang berperang seperti kita di zaman pemerintahan kuku besi ... serik rasanya bila PERAK yang berdaulat begitu huru hara malah begitu jauh sesatnya akidah rakyat yang dihujani pelbagai isu terutama sehingga sanggup agama dipermainkan yang menjadikan rakyat jadi berpuak-puak terutama sasaran dema bangsa melayu sendiri!
KEPADA SEMUA YANG BERMINAT MENYERTAI ROMBONGAN KE PELANCARAN BLOG OLEH TSMY DI ANGKASAPURI... kerana ramai yang bertanyakan teman (mungkin abang tua kot!) tentang program tersebut teman akan cuba rancangkan dengan baik... insyallah
1. Jika penyertaan melebihi 30 blogger yang ingin turut bersama rombongan mungkin kita boleh ting tong dan pergi dengan sebuah bas, dapat juga kita beramah mesra serta kenal mengenali sesama kita sepanjang perjalanan ke Angkasapuri, disamping tu boleh juga kita semua saling mengenali orang kuat BPN disana.
2. Teman idak ler nak kata confirm pergi dengan sebuah bas... bergantung kalau ramai ler, tetapi kalau ramai yang nak pergi dengan keta sendiri... teman ingat kita boleh sama-sama konvoi dan teman akan maklumkan dimana kita berjumpa sebelum bertolak, kita konvoi sama-sama, walaubagaimanapun teman ingat elok bebenor kalau kita naik bas, dapat rehat dan yang penting kita boleh saling mengenali sesama kita yop.
3. Sseperti biasa kita semua maklum ada beberapa syarat yang telah saya mohon blogger sekalian
3.1 No camera within us, tolong jangan snap masa kita bersama terutama dengan sahabat kita nanti (BPN)
3.2 Teman akan nilai dulu kot-kot mana tahu ada haram jadah menyelusup bersama kita, almaklumler dema ni jenis Perut Hijau... muahahaha
4. Mohon email kat saya di
sekupangduas@yahoo.com (klik) Bagi nama, Alamat, Kad pengenalan, nombor telipon, nama blog dan jawatan/kerja mengkomer pada teman, insyallah percayalah teman memegang janji tidak membuka baju miker sebagai blogger
Dengornya dema sambut kehadiran kita nanti ala macam kenduri ler... kan ada bunga telor... pehh jemputan dah macam kehormat rasa macam VIP lak. hubungi teman kalau nak dengor cita lanjut.
SEKUPANG MENYERU SEMUA BLOGGER PERAK! MARILAH KITA BERSATU KERANA SEBESAR LIDI PUN KALAU DIGANDINGKAN BERSAMA, PARANG PUN PASTI PATAH KALAU MENETAK! Jom sahabat semua mari kita perkukuhkan bala tentera kita, rasanya inlah masanya kita bersatu dan membantu sahabat-sahabat blogger kita yang lain yang memerlukan pertologan kita.
DEMI MEREKA YANG BERBUDI RASANYA INILAH MASA KITA MEMBANTU DAN RAPATKAN SAF PERANG KITA! DEMI PERJUANGAN PANGLIMA-PANGLIMA BLOGGER PERAK TEMAN CABAR BLOGGER PERAK MENYAHUTNYA... JOM YOP YONG! MARI KITA BERSATU DEMI MEMERTABAT DAN MEMPERKASAKAN BANSA DI BUMI PERAK YANG BERDAULAT
s/k abang tuah, amak, apai, kunta kintr, jeffry, anak bukit gantang, awekz, pro melayu, topan alam, kph boy, 10 sbh, budak parit, yop perak, yop parit, kanjeng,