03 Disember, 2016

PAU 2016 : BILA BAHAS YG DIBAHASKAN SEKADAR BAHAS.

Asaalamualaikum dan selamat pagi sahabat maya semua... cuma ngenangkan pasal PM dan TPM berbuih mulut cakap pasal Troopers maya, alam cyber dan sebagainya... Pak menteri dan perwakilan yg sentuh pasal nie... apa kesudahannya? Korang tau kan...

Idak ker terfikir dema nak buat jamuan atau pertemuan dengan semua troopers marhain yg memanjang disebut-sebut berpuluh kali dalam temubual atau dibahaskan... raikan lah dema yg ada di sana. Bukan dibayor pun dema.. yg dah berbayor tu tak kan kecik hati pulak. Udah la tu sikap menyamun tu biorla kat Roket, Pie kay Arr. Bunga raya yg tak sudah, parti sunquik oren dan memacam lagi ler...

Kalau tak nak keluar modal pun cer buat jer lawatan dan ngeteh dengan dema yg bersepah merata  ceruk penjuru sekitar PWTC... barulah nampak penghargaan terhadap apa yg komer ucap atau bahaskan... jangan bersepai ayor lior komer tapi apah pun tak mandang...

Jangan la bagi alasan pasal budget pulak... setakat ngeteh pun tak kan nak tunggu budget puluh atau ratus ribu pulak. Tak kan tu pun tak mampu yop.

Sepatutnya apa yg dibahaskan biarlah intinya difahami, dirancangkan dan dilaksanakan. Jangan sekadar melihat isu semasa yg ada untuk dibahaskan dengan lenggok dan dialeh sebutan ikut bahasa kenegerian sekadar utk memenuhi masa dipentas keramat dan peluang yg ada...

Bagaimana pun banyak isu dan cadangan yg baik dibentangkan. Cuma susulannya yg masih hambar. Mungkin perlu ada slot pembentangan awal utk semua mengimbas kembali apa yh dibahaskan sudah atau masih belum dilaksanakan. Ukuran KPI yg boleh dibentangkan supaya setiap pembahas atau perwakilan sedar ianya terlaksana atau pun belum dan jangan diulang lagi...

Tu la... maleh teman nak komen. Maklumlah orang kampung macam teman nie bila mula bercakap kekadang merapu ikut hati teman jer...

02 Disember, 2016

KESAN BILA NAJIB MULA BERSUARA


Amaran buat kumpulan serpihan mereka yg kecewa dalam UMNO... jangan fikir tidak akan ada suara membalas segala fitnah dan tomahan yg kerap dibuat kerana menjangka orang UMNO tak mampu membalas, bagai tembakan mula dalam pertandingan. kali ini rasanya maya bakal berubah dan hentaman balik yg akan diterima...

Rata-rata semua pembahas dasar dari semua negeri tidak lagi segan nak bersuara dgn ketidak puasan hati terhadap kumpulan pengkhianat parti nie, tak lagi nak berbahasa nama lain tapi dengan jelas terang menyebut sapa dia Tun, siapa dia Afdal, saiapa dia Myidin dan paling ketara nama Boboi makin popular dalam celah ayat perbahasan dari negeri-negeri yang menaiki pentas keramat utk bersuara. perbahasan juga tiada yg meyanggah status pengkhianat yang dilebelkan kepada mereka semua. 

Paling ketara bila negeri-negeri dibawah pembangkang mula membuka segala perancangan yg dirancang oleh pentabiran mereka, nampaknya kalau dirumus nampak sangat apa yang dilakukan seperti merebut apa sahaja yang ada sebelum PRU14 nanti, takut tak sempat menyamun jadi terus jer sambar apa yg tercapai dan paling penting mulut manis kenalah berfungsi, yang manis-manis dan bunga-bunga perlu dituturkan. pembongkaran demi pembongkaran dalam sidang tanpa ada rasa  yang perlu dikesiankan... 

Yb Budiman dari wakil Selangor terus mendedahkan betapa kerajaan PKR menindas rakyat..  kononnya bagi Air PERCUMA Tapi air takda, bagi air percuma tapi takrif air naik melambung, kata 
takda masalah air tapi air kuning... apa yg sebenarnya dia bagi dan percuma? Duit dibazirkan untuk poket sendiri yg penting.... ttg rakyat macam PRU 14 bukan lagi lubuk utk haloba.

pembahas Penang. lagi la tak bagi chan pakat balun terus dengan nada Nana Penang terus belasah guan Eng. pekara yg menjadi topik utama dimana pendedahan DAP sedang meyingkirkan rakyat dari negeri mereka. la nie depa duk juai selagi tanah yang ada... pi tambak laut buat rumah yg harga juta-juta lepaih tu jual kat orang luak, habis depa pakat juai... orang miskin atau rakyat mana mampu beli rumah harga lagu tu, tak kira la cina melayu, india atau bangsa apa sekali pun depa peduli apa mau juai kat sapa, janji depa bulih halau rakyat.

DAP lagi rassis... pasai apa, cuba hangpa tinguk, Guan Eng la nie duk kalut mau serah tugas dia kat sapa? la nie penang ada 2 tim ketua menteri, satu Melayu (PKR) satu lagi India, la nie dia rasa macam dia nak sangkut pasai isu (rumah banglo murah)  

pendapat teman isu macam nie memanglah dia tak akan bagi kat Tim CM dia, bukan apa yop bakal banyak lagi lubang yang akan dikesan, pakat banyak lagi bukit reta yang akana dikesan, jadi sebelum setahun boleh jadi puluhan tahun baik cari jalan selamat bagi kat geng supaya boleh simpan semua rahsia dan boleh dipercayai. kena ingat yop... penyamun lagi bijak dari professor yop, sebab tu penyamun makin kaya.... sebaliknya professor... ekekeke

lebih melucukan tetapi pedas bila pembahas yg juga meminta DSZH jangan double standardkan DAP, saya pun pernah kena tangkap dan stay 2day and one night tapi tak kasi pun tilam atau bantai macam marina yg kena tangkap, awat lagu tu... lagi siap mintak Al-Quran kununnya nak kaji masa dalam lokap... apa pasai? saya masa masuk hanya bulih baca dinding saja, riuh satu dewan dengan ayat nie... yang boleh saya baca tulisan kat dinding tu ja la... tulisan mynmar dan bangla yg sebelum nie duduk kat dalam tu, apa pasai  mau bagi dia... kalau tangan saya kena gari, gari jugak la tangan dia... tapi sebab semua duk kawan diMajlis peguam ka, loyer ka semua tu dia buat takpa... nampak sangat depa nie tidak jujok atau berkhidmat untuk rakyat tapi untuk geng depa yg penting....

01 Disember, 2016

LAIN MACAM KALAU MENULIS DALAM DEWAN WEH... @PAU 2016


Melihat kepada gemuruhnya dengus semangat lebih dari 6 ribu perwakilan yang ada dalam Dewan memang lain macam rasanya, Seram sejuk dan semangat yang tak luntur barang seminit pun selagi berada dalam dewan, patutlah ramai bloggers seangkatan dan senasib teman yang begitu berjuang untuk masuk kedalam dewan PWTC yang keramat dan mengemuruhkan jiwa pejuang...

kali nie nampaknya tiada lagi markah kesian atau terpaksa ambik hati kerana mengenang jasa yg ada sebelumnya, bukan kerana melayunya memang mewarisi sikap berhemah, itu dulu... sekarang tidak lagi sebab teman rasa bukan kerana ihsan kemanusiaan atau memang sifat Melayu yang ada ... 


Lautan gelombang biru yang mewarnai dewan PWTC nie nampaknya tidak lagi sanggup menjadi sepertimana sikuning yang sanggup menjadi abdi hanya kerana nafsu pemimpin yg gagal menaikan kekayaan dan kepuasan nafsu yg lama sungguh tidak terhidu...

Hari ini teman melihat bukan lagi sorakan atau pun mereka yg mengantuk kerana pembahas yg mumbling tapi ianya jerit dan suara keramat yg dah lama tak sabar dengan kerenah yg dulunya Disokong sebaliknya kini menjadi pengkhianat kepada perjuangan...

sorry to say... takda tempoh lagi atau masa kecemasan utk mereka yg sekarang nie bangga sebagai penderhaka... inilah masanya bukan mahu selindung dengan rasa hormat, semuanya kerana kini terbukti bukan lagi jasa yg boleh dibanggakan... telah terbukti bukan lagi yg buat jasa... sebaliknya sebagai pengkhianat malah sok sek sok sek yg mula mengesyaki sebagai satu cerita aneh diamana hero yang sebenar dalam cerita nie sebenarnya penjahat dan pengkhianat yg sebenar...

Maka benarlah apa yg sekupang jangka... TUN, Midin, seafdal dan terutamanya DAP jangan ingat lagi melayu ada adat dan sopan tak akan membalas fitnah dan perilaku paling keji yang telah korang buat... sebaliknya kalau lah jenis nie ada ada dalam dewan atau membaca artikel yg teman maksudkan ...kompom... kompom.... nampak sebijik macam udang yg sedang kena salai... merah terbakor...

baiklah nanti sambung yer...