19 April, 2013

ALFATIHAH BUAT TAN SRI AISHAH GHANI


Disaat esok kita akan ke penamaan calon, seorang Veteran UMNO telah pergi meninggalkan kita, pengorbanan serta jasa beliau akan tetap dikenang, moga Allah swt menempatkan bersama mereka yang disayanginya, semoga rohnya dicucuri rahmat

Beliau meninggal pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah sambil mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
"Tan Sri adalah pejuang tulin UMNO, simbol kebangkitan kaum ibu di negara ini dan merupakan pemimpin UMNO yang disegani kawan dan lawan," tegasnya.
Syed Ali berkata, segala sumbangan, pengorbanan dan perjuangan veteran UMNO itu pasti akan dikenang oleh generasi akan datang.

"Seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Cheras turut merasai kehilangan seorang pejuang tulin UMNO dan seorang nasionalis yang telah menghabiskan masa hidupnya untuk kepentingan parti, agama, rakyat dan bangsa," ujarnya.
Alfatihah.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND