10 April, 2013

ASAL USUL PAS YANG SEBENARNYA... POKNIK DAH LUPA.

Teman suka dengan kupasan RBF nie, bila membaca di link blog sahabat teman Tok Guru 86 ianya mengimbag kembali sejarah atau fakta sebenarnya bila pas ditubuhkan... Yang ini sebenarnya yang PAS tak mau ambik kirat entang Fakta sebenarnya penubuhan parti mereka.

Sememangnya selepas pembentukan kearah kemerdekaan, orang inggeris ketika itu mecari cara bagaimana mahu merunntuhkan merdeka orang-orang melayu dan kaum lain tuntut, antaranya ialah dengan berharap kumpulan PAS sebagai ekstream dan pelampau dengan berharap cetusan bakal berlaku, bukan itu sahaja membantu sebelah pihak pagi iaitu kaum cina supaya tidak sehaluan dengan cetusan kemerdekaan, malah mereka hampir berjaya menjadikan darurat atupun pergolakan tercetus untuk memusnahkan terma atau syarat kemerdekaan iaitu pihak inggeris akan mengambil alih semula negara jika tercetus nya sebarang rusuhan dalam tempoh 10 tahun merdeka.

Malangnya ianya tak menjadi sebaliknya cetusan 13 mei yang didalangi oleh puak Cina berhaluan kiri hanya terjadi pada 13 mei 1969, yakni 12 tahun selepas merdeka, oleh itu pihak inggeris terpaksa menyerahkn kemerdekaan kepada tanah melayu yang akhirnya menamakan negara sebagai Malaysia, memang bagi PAS jahil dengan apa yang ada, apatah lagi sekarang cukup jelas sebagai yang diembukan oleh DAP, ikuti kupasan sahabat teman

Orang tua-tua selalu pesan kalau kita nak kahwin kita kena kenal pasti siapa pasangan kita. Anak siapa, asal usul, susur galur keturunan dan sebagainya. Sebabnya kita nak cari pasangan mestilah dari keturunan orang baik-baik. Jika kita pilih pasangan dengan orang yang asal usulnya atau keturunan keluarganya huru hara, maka kita pun akan dapat keluarga yang huru hara.

Begitu juga dengan orang yang nak beli kereta. Kalau dia nak beli kereta baru dia akan cari kereta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta yang bagus,syarikatnya stabil,  nilai kereta tidak jatuh serta mudah untuk cari alat ganti. Sebabnya dia tidak mahu susah kemudian hari.

Kalau dia nak beli kereta terpakai pula , maka dia akan periksa pula berapa usia kereta itu, siapa tuannya, ada kemalangan atau tidak, ada rosak atau tidak dan sebagainya.

Apa sahaja yang kita nak buat kita kena periksa asal usul dan sebagainya supaya kita tidak tertipu. Benda atau perkara yang berasal dari asal usul yang tidak baik maka sampai bila-bila pun ianya akan jadi tidak baik.

Begitu jugalah dengan parti Pas....

Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang berasaskan agama untuk menarik sokongan orang melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.

Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.

Dengan sokongan orang putih maka lahirlah Pan Malaya Islamic Party yang kini namanya Pas. Kelulusan penubuhannya ditandatangan oleh pegawai pendaftar pertubuhan berbangsa india yang bekerja dengan orang putih, Nadarajah.

Yang luluskan parti tersebut orang india. Hari ini mereka meletak parti mereka setaraf dengan agama islam. Sedangkan islam itu adalah wahyu yang diturunkan Allah. Parti islam pula diluluskan oleh orang india. Yang ini yang orang Pas bodoh tak faham-faham sampai hari ini. Mereka tak pandai bezakan yang mana agama dan yang mana parti.

Pan Malaya Islamic Party pada masa itu menggunakan lambang bulan bintang. Tidak berapa lama kemudian lambang itu diharamkan kerana mendapat tentangan orang-orang islam. Mereka diminta menukar lambang lain. Ketika itu juga mereka akan bertanding dalam satu pilihan raya kecil di Kelantan. Mereka diminta mendaftar lambang baru sebelum jam 10 pagi pada satu tarikh yang ditetapkan. Jika gagal mereka tidak boleh bertanding.

Esoknya tempoh yang diberikan untuk mereka mendaftar lambang baru akan tamat. Malam sebelumnya mereka mengadakan satu mesyuarat di rumah salah seorang pemimpin mereka. Semasa mesyuarat mereka dihidangkan kopi o dan satu tin besar biskut tawar.

Mesyuarat punya mesyuarat sampai ke tengah malam mereka masih gagal menyediakan lambang. Tiba-tiba seorang ahli mesyuarat bersuara, "kita ni mesyuarat selepas isyak, sekarang dah nak subuh, lambang tak siap-siap lagi, esok pagi nak daftar".

Salah seorang ahli mesyuarat yang berada berhampiran dengan tin biskut telah mengambil tudung tin biskut tersebut dan letak atas kertas, lalu membuat bulatan ikut bulatan tudung tin biskut itu. Dia pun bersuara, "nah ini lambangnya" . Hari sudah menghampiri subuh, tiada pilihan lain lagi. Yang itu kata setuju, yang ini kata setuju, maka semua setuju. Maka lahirlah lambang Pas dari tudung tin biskut pada malam tersebut dan kekal sehingga kini. Hari ini dia kelentong orang kononnya lambang mereka bulan mengambang. Padahal lambang dari tudung tin biskut tawar.

Ini bukan cerita lawak atau main-main. Ini kisah benar. Kalau tanya Nik Aziz dia tak akan mengaku punya. Dia pun belum Pas lagi waktu itu.

Berbalik kepada asal usul tertubuhnya Pas kerana kecewa, marah dan dendam akibat kalah dalam pemilihan Umno.

Parti tersebut lahir dari perasaan kecewa, marah dan dendam. Maka sebab itulah dari tertubuhnya parti sampai ke hari ini Pas masih mengamalkan perkara-perkara tersebut. Dendam dan marah kepada Umno tak usah nak cakaplah. Semua orang dah tahu apa yang mereka buat pada Umno. Mereka kafirkan Umno dari makcik saya bergigi susu sampai sekarang makcik saya dah bergigi palsu. Doa pecah perut, orang Umno tak masuk syurga, orang Umno sembahyang tak dapat pahala, berkerjasama dengan syaitan untuk hancurkan Umno, orang Umno lawan Nabi dan macam-macam lagi. Malah ada yang kata mereka lebih rela makan babi dengan DAP daripada minum teh dengan Umno. Begitulah gambarannya bagaimana benci, marah dan dendam Pas kepada Umno.

Seperti yang saya katakan di awal tulisan ini , apabila sesuatu itu berasal dari yang tidak baik, maka sampai bila-bila pun perjalanan mereka tidak akan betul dan mereka sering melakukan perkara-perkara yang tidak baik, atau pun dalam bahasa kasar dipanggil perkara-perkara jahat. Menipu pun tergolong dalam perkara jahat.

Di Malaysia apa yang Pas tidak tipu orang islam ?

Bukan setakat tipu orang islam, jenis mereka ini tuhan pun mereka tipu. Dulu siang malam mereka berdoa minta tuhan berikan kemenangan kepada mereka demi untuk menubuhkan negara islam. Apabila nak tubuh negara islam termasuklah sekali nak laksanakan hudud.

Tuhan uji mereka dengan berikan sedikit kemenangan kepada mereka pada tahun 2008. Apa dah jadi selepas itu ? Negara islam tidak ada dalam Quran, kata Haji Hadi. Presiden sebuah parti islam dah tua-tua  baru habis baca Quran. Negara islam entah ke mana, hudud ghaib ditelan DAP dan kalimah Allah digadaikan. Tidakkah itu menipu tuhan ? Dulu doa lain, sekarang buat lain.

Apabila Pas dilahirkan dari asal usul yang tidak baik, maka perjalanan mereka sentiasa tidak betul dan asyik nak menipu saja kerja mereka, termasuklah menipu duit orang ramai.

Tabung Memali yang dikutip berjuta-juta ringgit untuk anak yatim apa yang dah jadi ? Sampaikan anak yatim Memali nak belajar ibu terpaksa jual tanah.

Koperasi Kohilal yang mengutip pelaburan dari orang ramai berjuta-juta ringgit, apa dah jadi ?

Kutip derma dengan orang ramai tempat ceramah dah berapa banyak Pas kutip ? Pernah anda dengar Pas laporkan ke mana pergi hasil kutipan ?

Tabung itu, tabung ini, dah bermacam-macam tabung yang Pas tubuhkan, mana pergi semua wangnya ?

Terbaru adalah Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang ditubuhkan oleh Pas. Tahukah anda ke mana wang tersebut dimasukkan ?

1 ulasan:

Mei berkata...

Apa yg hg merapu ni...hg reka cerita kartoon tahun bila ni...penjilat umeno.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND