05 April, 2013

Episode 1 : RAKYAT TAK SEPAKAT ATAU PAKATAN RAKYAT YANG TAK BERPAKAT?

Ceramah guna sebut perkataan Pakatan Rakyat, majlis guna nama Pakatan Rakyat, banner pun guna Pakatan Rakyat, sembang guna tiket sebagai Pakatan Rakyat, Demonstrasi guna atas nama Pakatan Rakyat, blog, majalah fitnah, akhbar fitnah dan banyak lagi guna nama PAKATAN RAKYAT.

Apa dah jadi? Sama jer dari dulu dan dah sampai sekarang Pakatan Rakyat yang disebut, kononnya nak buat parti induk yang dibawahnya parti lain samada PAS, DAP dan PKR, sebaik selepas dapat keputusan 2008. Maka kecoh ler soal nak bentuk Pakatan Rakyat, kita pelik jugak yang nak dibuat Pakatan Rakyat dari dulu tak menjadi, macam menunggu banduan keluar baru nak wujudkan PR.

Sebaliknya selepas keluar jer banduan tu, perkataan rakyat yang dijaja olehnya merata tempat, tentunya kita paham semua tu ampu dan bodek supaya nampak macam perihatin benor sebagai pemimpin yang amat sayangkan Rakyat, dimana istimewa dan agungnya dirakyatkan mereka tak tau ler sampai sekarang, sebut rakyat tapi dimana perjuangan rakyatnya
Yang tampil popular dengan mempergunakan nama RAKYAT nampaknya macam dibuat perancangannya dalam keadaan tenang, tak serabut dan tak ada tekanan, agak sukar juga kita nak percaya seorang pemimpin yangsangat-sangat sibuk untuk berfikir pekara yang sekecil ini tetapi mempunyai impak yang besar...

Pemimpin mana ada masa! Belum lagi kita dengar Perdana Menteri sebelum nie punya masa panjang untuk berehat ataupun ada cuti setiap minggu, malah kekadang kita terfikir macamana paginya disabah, petangnya di Johor dan malamnya di Perlis. Dari sini kita tertanya-tanya pemimpin mana yang terfikir benda sekecil ini tapi boleh menambat hati rakyat, almaklumlah bila menyebut Rakyat oleh seseorang pemimpin dah tentulah nampak perihatin benor dan rakyat terasa betapa perihatinnya pemimpin pada dema, dalam erti kata lain Persnal Touch ni sebenarnya yang didahagakan rakyat,

Kalau dikampung Dia akan cerita sepanjang bertenggek di warung atau kedai kopi nak bagi tau yang Orang Besar atau datuk-datuk, orang terkenal, kerabat, Menteri Besar sekalipun Perdana Menteri jika dia disapa atau tegur kepadanya, habis satu kampung dan berminggu dia akan cerita Perdana Menteri sembang dengan dia, apatah lagi ketuka bersalam tu pulak orang kampung disekelilingnya yang menyaksikan. Bak kata orang perak 'Jangan harus kome ngutuk Perdana Menteri' pakat tengkerap (terbalik) ler meja kedai kopi tu, betapa kuatnya personal touch yang dimaksudkan

Tapi bagaimana sekecil ini terfikir oleh sesapa? Mana pemimpin yang boleh ada masa untuk berfikir macam nie? dah kalau siang malam sentiasa bekerja untuk negara, kekadang kita lupa sebenarnya sebelum menjadi pemimpin masa dia banyak, jadi pada yang sedia ada tanggung jawab sebagai menteri atau perdana menteri tentunya dia kena berbakti pada agama, bangsa dan negara memastikan semua dalam baik. Jadi memikirkan bagaimana perkataan RAKYAT boleh memberi impak besarsebenarnya bukan wajib datangnya dari pemimpin. Sebenarnya BANDUAN sebelum menjadi pemimpin punyai banyak masa, bertenang selama 6 tahun sebenarnyatidak sama apa yang kita bayangkan seperti Alqartaz atau penjara yang dibayangkan dalam siri drama maupun Filem

Berbeza yop! Kalau dat dilihat rasanya lebih jauh tilamnya empuk dengan teman yang guna toto dah luput garentinya... Makan dia sebenarnya lebih teratur dijadualkan serta bermenu berbanding kita kekadang lansung tak sempat makan ataupun kena catu untuk tidak makan, mulut anak-anak lagi diutamakan, sesuap kemulut dema seperut kenyangnya kita, sekalipun hanya dapat melihat hati dah cukup kenyang. Jadi masih boleh kita katakan soal sekecik perkataan RAKYAT nie memang sukar diluangkan oleh pemimpin sebaliknya sapa saja boleh terfikir selain pemimpin, pemandu teksi, drebar bas, taukey p.a system, pendayung sampan tambang, doktor, siak masjid dan banyak lagi... Malah banduan lebih tenang untuk ini, semuanya kerana dema orang yang paling rapat dengan rakyat
Cumanya kalau nasibnya berubah tetiba sebagai pemimpin maka ia akan jadi harta yang paling bernilai untuknya, hidupnya, keluarganya dan paling jijik dipergunakan untuk Parti nya...

SALAHKAH MENGGUNAKAN PERKATAAN RAKYAT? Kita ikuti sambungannya lepas nie di episod 2 RAKYAT TAK SEPAKAT ATAU PAKATAN RAKYAT YANG TAK BERPAKAT?... Hehehe tunggu...


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND