20 Mei, 2013

ANWAR MENGADU ATAU NAK BAGI LAPORAN KENAPA KALAH KAT TAUKEY AMERIKA?

Anwar Ibrahim
Anwar tiba kira-kira jam 9 malam disambut para penyokongnya.
Apa sebenarnya yang nuar buat perhimpunan Blackout dan nak mengadu kat Barack Obama pasal kekalahan beliau di PRU 13 yang lalu, kenapa nak mengadu kat obama? Pelik kan... Bagaimanapun kita patut tahu bagaimana segala perbelanjaan untuk perhimpunan haram, bersih, lynas, dan banyak lagi yang dijayakannya yang palaing pasti memerlukan jutaan ringgit bagi menjana segala pergerakan dan perhimpunan sebesar ini, bukan sekali malah berkali-kali,  dari mana datangnya dana yang begitu banyak menjadi persoalan, sehingga kini belum terjawab. Mana mungkin dengan gajinya sebagai penasihat boleh mengadakan begitu besar dana yang diperlukan? Dalam akhbar sinar juga mendedahkan bahawa nuar akan mengadu pasal kekalahan Pakatan Rakyat di PRU 13 yang lalu, kenapa pulak nak mengadu kat Barrack Obama sebagai Presiden Amerika? Menjadi tanda tanya kenapa dia sanggup berbuat demikian, mengadu ataupun melaporkan kenapa ia kalah? Almaklumlah kalau tukang beri dana pun nak tahu jugak bila  dia boleh jadi Perdana Menteri, modal dah keluar hasil masih tak nampak!

KUANTAN - Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU13, 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  PR mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara.

“Saya nak beritahu kepada Amerika bahawa kita akan mengemukakan bukti penipuan itu dan menunggu apa  reaksi beliau berhubung kemenangan BN dalam PRU13 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Himpunan ‘Black 505’ di sini malam kelmarin bagi mengulas laporan bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam ucapan beliau itu, Anwar terus mengulangi pendiriannya membidas SPR yang didakwanya ‘menipu’ dengan menerima undi bukan warganegara Malaysia.

“Sebab itu, saya  nak selamatkan negara ini dan pertama sekali yang perlu undur ialah Pengerusi SPR,” katanya.

Himpunan Tolak Penipuan PRU 13 (Black 505) kali ke empat itu menyaksikan pengunjung berpakaian hitam memenuhi perkarangan Pejabat PKR Pahang, Jalan Beserah, di sini.

Walaupun lokasi perhimpunan itu terpaksa ditukar pada saat-saat akhir, kehadiran penyokong memenuhi kawasan itu menggambarkan kebangkitan rakyat terutama golongan muda untuk  melawan penipuan pilihan raya lalu.

Himpunan itu asalnya dijadualkan berlangsung di Padang Bola Mahkota Aman, Jalan Gambang, namun terpaksa ditukar di saat akhir atas faktor keselamatan dan arahan polis serta Majlis Perbandaran Kuantan yang tidak membenarkan perhimpunan di situ.

Program yang bermula kira-kira jam 9 malam itu menampilkan beberapa pemimpin PR termasuk Adun Semambu, Lee Chean Chun, Adun Teruntum, Sim Chong Siang, Ahli Jawatankuasa Wanita PKR, Felicia Ling, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menyampaikan ceramah masing-masing.

Diikuti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan diakhiri Anwar  Ibrahim.

Puisi bertajuk ‘Ibu Segala Tipu’ disampaikan Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Said menyebabkan hadirin terdiam seketika.

Himpunan dipengerusikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul itu berjaya memperoleh kutipan derma orang ramai  kira-kira  RM13,000.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ORANG MELAYU ...ISI MINYAK DI PETRONAS SAJA

Tanpa Nama berkata...

Yang boikot minyak blh isi kat singapore atau thailand. Sana minyak murah be cuma RM 2,80 shj

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND