14 Jun, 2013

PERNGATAN JABATAN MATEOROGI MALAYSIA

Sempena amaran Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI kepada semua yang terlibat sebarang aktiviti terutama disekitar utara Malaysia.

Strong Wind - Rough Seas Warning     ( IDM20016 )
02:02PM, 13 June 2013
JMM-BMLO(O)-LK-02

Dikeluarkan pada pukul 02:02PM, 13 Jun 2013

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, P.Pinang & Selat Melaka Utara dijangka berterusan sehingga Isnin, 17 Jun 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

i) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan daripada Amaran Kategori Pertama yang dikeluarkan pada pukul 6:06 pagi, 9 Jun 2013.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Khamis, 20 Jun 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

ii) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, P.Pinang, Selat Melaka Utara, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 17 Jun 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Samui, Palawan & Reef North dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 13 Jun 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 13 Jun 2013, jam 02:02PM

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND