04 November, 2013

BERANI BERHIJRAH... PENGUNDI SUNGAI LIMAU SUDAH SERIK DENGAN PAS

Assalamualaikum... salam Maal Hijrah di hari terakhir tahun dalam kalender Islam sesuai dengan penghijrahan Rasullulah saw ke kota Madinah dan kita mengakhiri ahkir tahun dan hari ini merupakan hari pertama di awal. Semuanya soal Hijrah... bagi pengundi Sg Limau hari ini lah paling tepaf untuk berhijrah... hijrah dari memilih calon yg akan membawa seluruh nasib Sg Limau yg tidak terbela dan diberi perhatian.

Sejujurnya siapa sahaja yg ke Sg Limau pasti dapat melihat betapa ramainya yg daif sejak 5 penggal PAS menerajui dan pernah di wakili oleb yang berhormat Arwah Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Menteri Besar kepada Kedah darul Aman. Agak menjadi tanda tanya kenapa sg limau masih penuh dengan kemunduran dan kedaifan. Hari ini semua terjawab... kita akhirnya tahu bagaimana Kuasa yg sebenarnya menjadi rebutan kepada PAS... pentingkan kuasa yg jadi rebutan bukan pembelaan kepada rakyat Sg Limau sepatutnya...

Yang jelas mereka sanggup aibkan Arwah Ustaz Azizan demi mahu menukar ke pemimpin fahaman puak mereka yang tidak sebulu. Tanpa segan dan bermaruah sehingga sanggup aibkan rakan sendiri tanpa mengira batas kemanusiaan semuanya hanya untuk menukar kepimpinan baru yg tidak sehaluan Ds Arwah Azizan Razak

Apa yg mereka lakukan tanpa mengira Aib kepada arwah semuanya bagi menyakinkan pengundi betapa mundurnya sg limau adalah kerana arwah. Rakyat Sg Limau dipaksa menerima mereka, bukan setakat itu penghinaan berterusan terhadap arwah dan keluarga. Kita dibongkarkan dengan pelbagai peristiwa... mereka gantung replika kaki kudung semata mahu menghina Ustaz Arwah Azizan dan menuduh perbuatan UMNO bagi menyemat rasa benci kepada Calon BN Dr Suhaimi Lazim... betapa hina dan kejinya perbuatan ini yg sebenarnya di buat oleh Pas pokok sena (Mampoz)

Bukan setakat itu sahaja penghinaan kepada arwah mereka meletakan segala kemunduran dan kedaifan kepada arwah yang menerajui sg limau selama 5 penggal semasa hayat arwah. Mereka memalukannya kononnya calon mereka hanya perlu mendesak hanya 3 hari sahaja berbeda arwah selama 5 penggal.

Tanpa segan silu gambar diedit bagi memperlihatkan kononnya calon mereka cukup akrab dengan arwah bagi tujuan menipu pengundi sungai limau yg cukup tahu calon sebenarnya dicaturkan oleh Mampoz dan menjadi sandaran Fakrol yg juga tidak sehaluan dengan arwah. Bukan setakat itu sahaja segala penipuan dan fokus kempen ialah memfitnah dan mengaibkan samada arwah mahu pun Calon  atau BN. Semuanya demj mahu menang tanpa mengira apa sudahnya nasib penduduk Sg Limau....

Hari ini amat bertepatan dan kena pada masanya... pengundi di Dun Sg Limau bakal menghukum segala yg mereka lakukan... BERANI HIJRAH... undilah calon BN Dr Suhaimi Lazim untuk merubah nasib Penduduk Sg Limau yg telah didaifkan oleh PAS Hanya kerana rakus mahukan kuasa... insyallah...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND