14 Mei, 2009

(KENA BACA) TERKEDU MUKA NIZAR ... AMARAH SULTAN PERAK

Semalam teman ke mesyuarat kesatuan yang sepatutnya diadakan di hotel Casuarina di Ipoh, teman agak terkejut sahabat teman beria sangat nak jumpa teman nak ngesahkan (ceritakan) cerita depan mata (KISAH BENAR).

Secara kebetulan mesyuarat teman telah ditunda, teman tak perasan sms yg dihantar dan secara kebetulan sebelah hotel Bangunan UMNO yang di penuhi ratusan orang menjadi persinggahan teman. Rupa-rupanya ada majlis penerangan UMNO tentang Mesyuarat Dun tempohari... bila teman masuk sahabat teman yang di maksudkan terus jumpa teman dan bercerita... Alkisahnya begini

ALFATIHAH... Rakyat Perak merasa amat sedih keatas kembalinya karahmatullah allahyarham RAJA BAHAROM IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSOF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHHU-LAH Pagi semalam, rakyat PERAK mendoakan semoga allah menempatkan arwah disisinya... AMIN!

Sahabat teman adalah diantara yang datang ziarah bersama rakyat dan kalangan orang-orang kerajaan. lebih kurang jam 1.00 tengahari HALOBA NIZAR datang, Diabersalam dengan ADUN-ADUN BN termasuk Dr Zambry sendiri.

Apabila mendapati didalam kediaman rumah tersebut juga dihadiri oleh kebawah duli SULTAN PERAK dan RAJA PEMAISURI TUANKU BAINUN, Nizar terus membacakan DOA utk allahyarham (biasa ler... memang dia suka sangat tunjuk alim dan tunjuk handei. pekara rampas microphone dan jadi imam dalam masjid memang menjadi kesukaan dia tambah lagi kalau majlis yang dianjurkan UMNO)

Seperti kebiasaannya, semua hadiran akan menadah tangan utk mengaminkan doa yang dibaca oleh nizar, semua termasuk RAJA PEMAISURI TUANKU BAINUN,

HANYA SEORANG SAJA TIDAK... SULTAN AZLAN SHAH... Tuanku hanya berpeluk tubuh, maha besar ALLAH telah memperlihatkan pada kita PENDEHAKA NIZAR sememangnya tidak disenangi Sultan walaupun berbohong pada rakyat mengatakan mengadap sultan untuk membubarkan DUN satelah pengesahan makamah TInggi, Yang hakikinya sebenarnya nizar mempertikaikan perlantikan Dato'Dr Zambry sebagai MB oleh Sultan Perak. Menderhaka terhadap sultan dan menjelajah seluruh Perak menghasut rakyat dengan mengatakan ZAMBRY MB HARAM... sebenarnya SULTAN PERAK lah yang menjadi sasaran menderhaka oleh nizar

MENGEJUTKAN LAGI! selepas habis bacaan doa oleh nizar, tuanku yang berpeluk tubuh mengangkat tangan kanan beginda sambil mengimbas (signal suruh balik, pehhh... rakyat dah agak dah! itu kira baik ler kalau diikutkan zaman kesultanan dahulu, tak cukup darah ler jawabnya, bersyukurlah nizar Sultan Kita amat adil dan amat perihatin. Miker baru nak jadi MB dah nak tunjuk kuasa... semua nak buang... sampai Sultan pun nak disangah! ANGKUHNYA NIZAR!

Jadi tuan-tuan, nilaikanlah sendiri! sahabat teman sampai sanggup bersumpah dan jika berdusta biarlah dia dilanggar lori sebaik keluar bangunan UMNO.... pehhh seriusnya sahabat teman ni, teman harap mengkomer (kalian) pikiorkanlah apa pulak tricknya lepas ni yang nak di temberangnya pada rakyat perak lagi... dan yang kita tentu tahu dia mana ada otak mempertimbangkan perasaan rakyat sebab otak tu tentu datang dari ngah & ngeh.... jawabnya ngangeh ler!

7 ulasan:

  1. SALAM BRO SEKUPANG DUAS..

    KEWAN HERAN ..MAT NAMRUD TU TAK TAHU MALU KE.

    DAH JENIS MAT NI, HIDUNG DAH TAK MANCUNG LAGI PIPI GEMBOL NYA PULA TERSORONG-SORONG.

    BalasPadam
  2. Abg tuah... tak boleh lari kalau seseorang itu mula haloba kuasa, tidak ada perasaan insani kalau dah tamak seseorang itu tak kenal orang lain yg sepatutya tapi akan cuba seupaya tanpa mengira cara hasad, fitnah dan berbohong. janji dia dapat! mangsanya rakyat!

    BalasPadam
  3. Salam Bro Sekupangdua..

    Teman pun naik heran jugak le..kenapelah simamat Nizar ni idak tahu malu. Gamaknya masa kecik dulu memang suka makan aiskerim kot sampei tak boleh nampak micropon pulak..pantang nampak, semua dia nak rampeh...kuasa nak rampeh, majlis orangpun nak rampeh..apelah nak jadi dengan Mamat Nizar ni..teman memang dah lama hilang respet kat Mamat Nizar ni walaupun dia senior teman masa kat sek.teknik Ipoh dulu..teman dah tak kesior nengok muka dia..kalo dia pergi Pasir Panjang, teman halor aje dia...memalukan kaum aje..muka dia ni teman rasa dah tebei 40 inci gamaknya..sebab itu dia tak kesah..bila gamaknya dia nak bertobat..wallahuallam..

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  4. rasa nye la kan, Sultan ade kat luar negara
    mlm td baru smpai balik sini
    yg MB HALAL Nizar 2 ziarah maknanye Sultan belum la balik lg

    menipu je la kome nie yob
    xpe la,mungkin kome menipu sbb dpt upah kan
    hahaha

    BalasPadam
  5. hoho ho ngangeh tengokler di BERITA HARIAN jelas terang gambornya, miker banyak mengucap kalau tersilap terima hakikat yop dan buang hasad buruk dilubuk hati sbb kalau dah hitam hati ni apa cakap pun tak masuk dah... takbir!

    BalasPadam
  6. aku percaya cerita kamu sebab kawan aku pun cerita yang sama! sampai bila dia nak temberang pada semua dia berjaya dapat isytihar bubar dun sedangkan dia sendiri pun kena belasah dengan sultan kerana kurang ajar, aku rasa dia akan kata pulak sultan tak adil tu sebab dia kuncu-kuncu asyik cerita pasal nak bubar dun. buat habis duir rakyat lagi.

    BalasPadam
  7. Yoep, teman suka benor bila mike kuor cerita yang betul dan sahih macam ni, Teman harap kumpulan penderhaka PAS/PKR&DAP ni rasa gerun bahawa cerita dema tu dah basi, xyah ler nk ke hulu ke hilir lagi cangan cerita Sultan Sambut die!. Teman tahu siapa Nizar Kulup al Jembalang ni, Penderhaka keran bukan darah ppior pun jadi tak de hati & perasaan sayangkan Sultan Mahkota & Payong Rakyat Perak. Kalau Nizar ni hidup zaman Datok Sagor dulu, dah abis dah xde lagi suku sakatnya dibumi Perak. Jadi sedor-sedor ler diri sikit. Jangan buat Anak Anak Islam Perak, bangun dan meludah mukanya dan akan jadi sial selam-lamanya, k. Ingat tu!

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...