HAMPIR SEPANJANG 7 KILOMETER DAN SERIBU RAKYAT KEBAWAH DULI SULTAN PERAK BERKUMPUL DI DATARAN PAYA BAKAU SETIAWAN MELAHIRKAN SOKONGAN KEPADA SULTAN DAN MENTERI BESAR PERAK DR ZAMBRY KADIR APABILA PAS MERANCANG MENGADAKAN KONVOI PENDERHAKA MEMAKSA SULTAN MEMBUBARKAN DUN, KONVOI YANG SEPANJANG JUGA DILIHAT SEBAGAI AMARAN KEPADA PENDERHAKA YANG SEKIAN LAMA LANSUNG TIDAK MEMIKIRAN KEBAJIKAN RAKYAT SELAIN MENGADAKAN PELBAGAI PERANCANGAN YANG MEMECAHBELAKAN RAKYAT NEGERI PERAK
Menjawab soalan sekupangdua dari salah seorang pemuda yang turut mengikuti KONVOI tersebut, Sdr Mohd Ayob bin Yussof menjelaskan 'rakyat dah makin meluat dan muak dengan kerajaan PR yang asyik membuat huru hara dengan demontrasi dan perarakan haram tanpa memikirkan pembangunan rakyat katanya lagi mereka dah melampau kerana setakat ini tiada sebarang pembangunan atau kebajikan seperti janji pembohongan yang dilaung-laungkansemasa pilihanraya yang lalu.
Manakala Sdr Azuddin Abdullah diantara 95% kebanyakannya pemuda yang berumur sekitar 30an pula merasa amat kesal dan memalukan bila sehingga kini kemelut politik berpanjangan yang menjadikan Negeri Perak sentiasa huru hara dan PR lansung tidak memikirkan soal keamanan dan cuba menangani permasaalahan Rayat Negeri Perak malah makin banyak perancangan menghuru harakan Perak tanpa memikirkan jalan kearah keamanan.
'Saya tak nampak kerajaan PR perancangan menaikan ekonomi Perak malah wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi menagani segala porak peranda Nizar sepanjang 11 bulan memerintah' kata Jailani Ibrahim yang datang dari ipoh sebagai menunjukan sokongan kerajaan Negeri dibawah Menteri Besar Dr Zambry Kadir. tambahnya lagi 'kalau nak dikutkan segala tanggungan kerajaan (duit Rakyat) terhadap KOS yang begitu tinggi kerana karenah mereka-mereka, merosakkan dewan, menggunakan wang rakyat sesuka hati seperti membeli kereta Toyota Camry, menagihkan 999 tahun milik tanah kepada kroni dan bermacam-macam lagi tanpa mengira kebajikan rakyat' Sekarang pula nak membubarkan DUN perak yang tentunya puluhan juta bakal digunakan untuk pilihanraya semula, Apa dia ingat sesuka hati menggunakan wang rakyat?. kalau dihimpun kesemua kos angkara mereka dan kos utk mengadakan pilihanraya semula, Semua Rakyat Perak boleh diagihkan RM seribu setiap seorang yang tentunya dapat meringankan beban rakyat dikuti dengan gelak ketawa beberapa rakannya yang terdiri dari kaum india dan Cina yang turut sama dalam Konvoi yang terbesar ini.
Betul juga kata Sdr Jailani walaupun memberi pendapat secara gurau,apapun sekupangdua merasa bangga kerana hampir kesemua peserta goolngan muda yang mula sedar negeri mereka sedang di porak perandakan oleh Nizar dengan sekutu yang dikapit kuat Ngah dan Ngeh. konvoi yang disertai kira-kira 400 buah pelbagai kenderaan dan 1000 yang hadir sebenarnya menjadikan sekupangdua terasa lega kerana Pemuda Kini Sudah Bersuara kepada Nizar juga suka teman nak bagi tahu, jangan sewenang-wenangnya guna perkataan Rakyat kerana seribu perserta anak jati negeri perak adalah yang sebenarnya Rakyat Negeri Perak. kalau setakat bawak dan import penderhaka supaya dijadikan alat sebagai mencapai niat Haloba miker... lupakanlah, ADA BAIKNYA SEDEKAH MOREH DI MASJID-MAJID, ADA JUGA FAEDAHNYA,
uisy.. banyak nye lembu. nak buat korban ke tu.
BalasPadam