21 November, 2009

LAGI PEMBONGKARAN TENTANG YB JAMALUDDIN & TEKA-TEKI 25 TAHUN DULU (Zaman Bujangnya)

Sempat teman dipanggil salah seorang sahabat Yb Jamaluddin Radzi (behrang) yang berjumpa teman membongkar lagi alkisahnya YB Jamaluddin 25 tahun lalu. Kepada yang menziarah teman mintak tolong tinggalkan jawapan teka-tekinya (YB) yang diceritakan pada teman. Walaupun agak lewat dia mengajak teman singgah untuk membongkar perihal perangai YB Jamaluddin.
Pekara pertama sebelum berborak lebih jauh da minta teman jujur dan berjanji akan menyiarkan di blog teman, maka tertunailah sudah dengan artikal yg teman ceritakan dalam Blog ni

Pengakuan yg mula-mula keluar dari mulut hamba Allah ni 'sekalipun apa orang nak kata... pada saya YB memang patut sebagai pemimpin, 25 tahun dulu saya amat percaya ketelusan YB disebabkan ada kisahnya dulu kala ... zaman bujang lagi... Pada masa tu saya kemalangan yang menyebabkan di keting kaki menjadi berlubang, bernanah dan hampir lebih sebulan..malah hampir 2 bulan sihamba Allah ni terpaksa berulang alik setiap hari ke ke hospital untuk menukar cotton atau dressing sebagai proses pemulihan. bukan kecik lubang lukanya malah hampir dua roll cotton budd yang mengisi didlaam lubang luka si Hamba Allah ni.

Disebabkan kecederaan ini maka dia tak dapat ke hospital bersendirian, maka setiap pagi adalah seorang Hamba Allah secara sukarela datang ambil dan hantar hampir 2 bulan dengan tanpa diminta tolong. Setiap pagi si Hamba Allah yang ikhlas tekun membantu selepas dia pulang kerja tanpa ada bunyi deee atau ahhhh tanda merunggut apatah lagi berkira duit minyak mengusung sahabat yg malang ni.
Siapa lagi kalau... Yang simalang ni maksudkan tentu kalian dapat meneka... YB Jamaluddin ler sapa lagi sambungnya lagi ada pekara pelik membukti Yb ini Ikhlas, Teman mencelah kalau macam tu banyak kali dah jadi... kata teman, 'Masa itu pun dia bukan YB lagi'

Si hamba Allah ni dengan yakin dan memintas soalan teman tadi. Percaya tak?... Rumah malang ni sebenarnya terletak hampir di hujung kampung. Setiap hari Yb yang pulang kekampung dengan Uniform yang tak sempat ditanggalkan akan terus kerumah Hamba Allah ni... dan untuk sampai kerumah Hamba Allah yg malang ni YB terpaksa melintas rumahnya dulu yang terletak hampir pintu masuk kampung. Selama itu juga YB tak singgah rumah dia sendiri walaupun guna jalan yang sama. Tambahnya lagi selama itu juga YB dengan uniform akan kerumah hamba allah ni sehingga dia betul-brtul sembuh... 'itulas sebabnya sampai sekarang saya tetap kata dia (YB) memang punyai semangat setiakawan, ringan tulang dan amat ikhlas membantu walaupun satu ketika Yb beralih ke PKR dan menjadi Adun Behrang. 'Demi Tuhan saya tidak mengada-adakan cerita tentang YB untuk propaganda'. Lagi pun masa tu dia bukan YB tapi sekadar penjawat awam...

Tahniah... YB rupanya memang sepatutnya layak sebagai pemimpin telah terselah 25tahun dulu lagi. berbalik cerita Teka Teki Yb Jamaluddin... si hamba Allah ni dengan terseyum panjang sambil bagi teka teki yg Yb pernah bagi semasa sembang-sembang orang muda. Soalan nya senang yang amat... tapi ini bukan sekadar teka teki tetapi terselit erti (massage) yang terselit malah sebijik dengan apa yang berlaku didalam pakatan rakyat dewasa ni! begini bunyi teka teki Yb masa bujang agi.

DALAM ANGKA DARI 0 (kosong) HINGGALAH KE 100 (seratus), ADA BERAPA KALI KAH JUMLAH ANGKA 9 DIDALAMNYA?.. Lupakan kalau jawapan anda 11 atau 20... memang ler tak betui!

Tuan-tuan boleh meneka jawapan jumlah angka 9 tersebut serta Iktibar /Huraian maksud jawapan tersebut.Jadi sekupangdua nak buka kepada tuan-tuan bagi jawapannya, tuan-tuan boleh meneka di kolum ULASAN/CATATAN. Insyallah teman akan bagi jawapannya di Artikal baru nanti, sambil komen atau bagi ulasan harap boleh teka. insyallah saya akan terus melihatj awapan tuan-tuan kepada teka teki YB ni. cuba ler tengok... tapi jawapan teman sendiri pun rupanya salah. Diposting baru saya akan bagi jawapannya dan maksud nya. Selamat mencuba!

5 ulasan:

  1. Salam, keikhlasn yang hanya Allah sahaja yang tahu...... sesungguhnya YB ini dikasihi rakyat..

    BalasPadam
  2. aku rasa 9 jawapnya betoi kerrrrr.. sebab angka 9 tetap 9
    moral jawapan ni aku rasa kita adalah kita walau sekalipun kita rakyat biasa maupun kita orang yang ternama seperti YB... betui kerrr? kalau betui ada hadiah tak

    mat pakar angka

    BalasPadam
  3. salam tuan!

    Pada tekaan saya rasanya ada 99 sebab dari satu hingga seratus 9 yang paling tinggi 99 ini bermakna dia ada dua kali 9. Macamana tepat ke tekaan saya, dari huraian jawapan ni saya rasaobjektif jawapan ni memberi makna kalau kita memang sembilan maknanya kita tetap sembilan atau dalam ertikata nya bermaksud kita tetap kita tak perlulah nak dibanggakan, yang saya bandingkan seperti YB jamaluddin yang kita lihat dia cukup Low Profil.

    bagi sekupangdua lain kali teruskan posting baru diselitkan teka-teki seperti ini sebab ada kelainan dari blog-blog lain. dapat merihatkan minda sekejap dari asyik bercerita tentang karenah orang-orang Poltik yang asyik menghuru harakan Rakyat sampai lupa tanggung jawab sebagai adun, aku pun boleh setakat nak buat kacau tapi bab membagunkan rakyat itu aku angkat tangan rasanya bukan senang Bro

    BalasPadam
  4. 100 kali 9

    moralnya jangan rasa senang (macam teka teki ni ler...... rupanya susah bro dah berapa kali aku bilang mesti lain-lain jawapannya

    BalasPadam
  5. 8 kot sebab lepas sembilan dah sepuluh.

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...