19 November, 2010

TAMBAH MERUNCING!!! BLOGGERS PERAK BAKAL LELONG LAPTOP!

Apa yang terdaya,  nampak nya BLOGGERS Perak bakal menuju KEHANCURAN, Kalau dulu musim cuti sekolah begitu merunsingkan Ibu Bapa untuk perbelanjaan pakaian dan peralatan sekolah dan sebagainya kali ni teman terkedu memikirkan bila sahabat-sahabat bloggers memaklumkan pada saya mahu JUAL LAPTOP!

Teman terima call dari beberapa sahabat-sahabat BLOGGERs menceritakan Hasrat menjual Laptop Masing-masing, bila teman tanya BALIK, Kenapa? sebab Teman buat PROTES SENYAP KER? Salah satu SEBAB Juga... jawab kengkawan tadi, sebak juga lalu teman bagi pendapat, macamana kalau saya tarik Balik PROTES saya? jawab teman dengan rasa bersalah atau mungkin PUNCA sehingga Kengkawan simpati atau tanda menyokong teman, Jawab Kengkawan tadi... ' apa yang Teman buat PROTES SENYAP (tidak akan keluarkan berita atau cerita Negeri PERAK) dek kerana taburan FITNAH yg perlu dijawab, begitu juga sebagai penjelasan dan pengakuan teman terhadap sahabat teman supaya tidak mahu mengeruhkan Salitulrahim antara kengkawan yang rasanya sudah semacam adik beradik!

Abang Sekupang ... jangan tersalah anggap, Selama kami ikut dengan pendirian Abg Sekupang, maknanya bukan perjuangan Sekupang seorang tapi kami semua sekali kerana kebenaran, jadi janganlah pertikai kan apa yg kami, sebagai rela hati idea melelong Laptop ini sebenarnya... memperjuangkan kebenaran sekali pun datang nya PROTES senyap Ini bukan dari Sekupang sekalipun kita akan bersatu menangkis, 

Begitu Berat teman bagi penjelasan tetapi sahabat bloggers teman ni nekad dengan beberapa Alasan.
1. Semuanya sepakat kerana PROTES sekupangdua itu bukan hanya sekupang jer tapi termasuk kami juga! maka diatas perjuangan semua. Kami merasa tanggung Jawab bersama blogger kengkawan kena bersatu
2. Apalagi Gunanya kita yang bekorban demi bangsa dan mengangkat perjuagan BN dan UMNO Perak, bukan ada Untung pun sebalikya difitah malah mengKAYAkan beberapa individu yang mengambil kesempatan pergunakan kita bagi mengaut segala untung selagi punya peluang menghimpun dan pergunakan kita sebagai keuntungan beberapa individu dan segala bebannya kita kena terima.
3. Apalagi Perjuangan Kita lansung tidak nampak oleh meraka malah pelbagai Fitnah pulak terpaksa kita terima, apa untungnya kita yg bergelumang dalam Perang cycber, bukan kata Faedah tapi pandamg ke kita pun tidak.
4. Sebagai tanda bersatu hati menahan tomahan serta fitnah, Rasanya tak da gunanya nak berperang untuk mekera-mereka, tak ada rugi atau tak ada untung pun kalau kita berjuang  untuk mereka dan dalam masa yang sama kita nie lansung tak teringatkan kita lansung.

Sebagai menghormati Perjuangan Sahabat-sahabat teman apa lagi pilihan yang bleh teman buat, bagaimana pun mereka kata jangan risau kita tetap bersama sebaai satu angkatan, APALAH BESARNYA NILAI LAPTOP NI dari pengorbanan dan kesetiaan antara Bloggers PERAK, Jadi kerana menghormati pendirian mereka jadi teman juga akan bersama, insyallah Laptop sekupang juga akan dilelong, Cycber Cafe dan kemudahan ditempat Kerja akan tetap aktif, kerana itu yg mudah.

TEMAN AMAT BERHARAP KEPADA SEMUA YG BERMINAT, BERILAH HARGA YG TERBAIK UNTUK LAPTOP-LAPTOP BLOGGERS PERAK. ANDA JUGA BOLEH BERBANGGA MEMILIKI LAPTOP-LAPTOP BLOGGERS PERAK. Kalaulah mereka bernekad tmahu menjual laptop, buatlah ... kalau sahabat semua nak nekad mahu menjualnya, cuma teman berharap insyallah kita akan bangkit SEMULA!
Sebagai bersama mereka Maka dengan ini sekupang mawarkan kepada senua yang berminat mahu memilikinya, Sila beri ataunamakan Harga Kalian dengan menghantar Harga yg ditawarkan terus ke email teman... sekupangduas@yahoo.com atau menghantar massage ke FB teman di sekupandua Anak Pakya, sedikit butiran laptop teman.

Jenama : Acer 5575, Ram : 2,5 gb
Harga Asal RM 2,950.00
Window XP
Antivirus : Kapersky 2010

CUMA TEMAN BERHARAP KALIAN TETAP PADA JANJI... INSYALLAH WILL RETURN BACK!

12 ulasan:

  1. sedih juga bila dengar cerita sebegini,, walaubagaimana pun akan akan cuba memberi harga yang sebaik2nya, akan saya email bidaan Laptop Brader Sekupangdua
    tabik Qorban oleh Sekupangdua.........

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Mewujudkan blog politik adalah perkara yang paling sukar dalam bidang bloging. Kita akan merasai kehilangan ramai sahabat-sahabat disebabkan pendapat yang berlainan dalam aliran politik yang tak sama. Kadang kala mereka ini akan menjadi musuh kita pula dengan melemparkan segala macam fitnah terhadap peribadi kita. Sebaliknya yang bagusnya kita akan jumpa sahabat-sahabat dari alam maya yang belum kita kenali. Satu jalinan persahabatan erat yang baru dengan sahabat-sahabat ini akan wujud, walau pun kia tak pernah bersua muka. Sahabat-sahabat ini lebih memahami wadah perjuangan kita yang sebanr daripada sahabat-sahabat yang lama berkawan secara peribadi dengan kita.
    Kini dengan adanya akses internet ramai rakyat yang minat dalam bidang politik ini mempunyai akses internet untuk menyelidik, analisa dan membuat keputusan dalam sesuatu isu politik negara. Inilah punca media konversional seperti surat khabar yang punyai sehaluan tidak lagi dapat sambutan dari golongan ini. Mereka tidak mahu baca buku kerana kulit bukunya yang cantik atau pun pendapat yang telah dipengaruhi oleh pihak yang lain menyebabkan tidak dapat kenuetralan dalam pendapat konsep politik.Maka wujud blog politik yang mengambil tempat mereka.

    Blogers yang baik tidak boleh jadi ajen untuk parti politik untuk berkempen. Blog perlu mewujudkan suasana pemikiran yang baik untuk anak muda dan juga pengunjung dari segala lapisan masyarakat. Walau pun kita berpihak kepada parti politik yang kita sukai dan minati dan berpihak kepada parti politik tersebut tetapi jangan menolak andaian bahawa ada juga pengunjung dari parti lawan ingin membaca atikal dalam blog anda. Maka atikal kita perlu diimbangi dan betul. Segala isi hati kita yang ikhlas berjuang untuk bangsa melayu itu perlu dideahkan dengan ikhlas. Keikhlasan akan memanah pancaran cahaya untuk pembaca hayati pemikiran kita. Apa yang anda perlu utarakan ialah hak anda dan pihak pembaca juga punyai hak untuk menentang pendapat anda.Jangan jadikan blog anda seperti poster kempen pilihanraya yang hanya laku pada musim pilihanraya. Blog perlu sentiasa hidup segar sepanjang musim dengan nukilan-nukilan ilmiah politik yang baik dan menyedarkan pembaca tentang perjuangan Melayu. Kadangkala kita berdebat tentang sesuatu isu mengikut pendapat buah berfikiran kita tetapi perlu hormat dan menghormati pihak lawan perlu ada. Kita perlu memahami dan menghormati pendapat lawan dan pihak lawan pula pasti menghormati pendapat kita.
    Yang paling penting jangan sekali keciwa dan putus-asa apabila tidak meraih keuntungan dari berblogging ini.Tak perlu tukar blog anda menjadikan alat untuk kempen politik mengikut musim. Lupakan ini. Erti Perjuanagan sebenarnya ialah kasih sayang di antara manusia. Perjuangan wujud kerana kita kasihkan bangsa Melayu supaya jangan tergadai maruahnya di Tanah Pusakanya sendiri. Inilah perjuangan yang sebenar. Bina kembali reputasi bloger yang disegani bukan bloger yang sensasi dengan berita tergempar memanjang banyak menulis fitnah, tipu daya, menjatuhkan barisan pejuangnya sendiri, menikam belakang kawan seperjuangan. Fitnah ada di mana-mana. Bagaimana kita perlu elakan fitnah itu yang perlu kita pelajari dan diikuti. Bagi bloger Perak janganlah keciwa..Rasullullah s.a.w dan sahabat-sahabat berjuang untuk menegakan agama Islam mengambil masa lebih 40 tahun dan berjaya jadikan sebuah negara Islam yang hebat dan tercipta satu empayar Islam yang di geruni oleh kaum kafirin. Pengorbanan untuk perjuangan kepada bangsa sendiri besar pahalanya kalau berjuang dengan ikhlas. Allah s.w.t jua tempat kita bersandar kerana manusia yang penuh dengan nafsu, jarang sekali boleh beri balasan yang setimpal. Lupakanlah manusia-manusia durjana yang buat fitnah itu.... biar kita mohon kebaikan dan keampunan untuk mereka.Wassalam.

    TERUSKAN PERJUANGAN

    BalasPadam
  4. setuju dgn pendapat sdr Roslan, bagi saya mungkin cabaran atau dugaan ini sebenarnya akan menghakiskan pengkhianat dalam kumpulan blogger-blogger Perak. walaupun apa yg sedang dihadapi oleh mereka adalah sebenarnya mengikatan serta menguatkan salitulrahim antara mereka.
    Merasakan ini sebagai peringatan supaya dilain kali jenis ini jgn di bantu kerana merealah yang sepatutnya di singirkan dalam SAF PERJUANGAN, musuh dalam selimut yang sentiasa menantian peluang. setuju TUTUP BUU saja dgn Pengkhianat seperti mereka.

    saya juga merasakan blogger-blogger PERAK memang ada pembacanya sendiri, Buktinya saya dan Sdr Roslan tetap setia mengikuti perkembangan Blogger-blogger PeraK buan sahaja berenaan POLITIK tetapi juga perihal kemelut dan isu-isu yang melanda.

    saya juga merasaan Saudara pasti boleh memimpin dan itu tanggungjawab yang sepatutnya dibahu saudara.

    BalasPadam
  5. Demi perjuangan yang dah dinodai oleh kemunafikan. saya pon nak jual Laptop saya....sambung bayar jer kat courts mammoth. ada la dalam beberapa ribu lagi.... mungkin nilai luarannya tak berapa mahal....tapi laptop ni dah pernah maki Anwar Ibrahim, Nik Aziz, DAP Perak (termasuk dedahkan kes rumah pelacur kat Ipoh) dan beberapa pemimpin pembangkang. Saya menyokong penjualan komputer riba oleh saudara sekupang dua dan turut sama melelong Laptop milik saya.


    Jenama : Compaq PresarioCQ40, Ram : 1 gb
    Harga Asal RM 3,+++.++ (sambung bayar pada Courts)
    Window Vista home premium
    system type: 32 bit o/s
    processor: Pentium (R) dual core CPU


    Antivirus : Kapersky 2010

    BalasPadam
  6. sALAM, PEJUANG SEJATI BERANI MENEMPUH SEGALA CABARAN, KERANA YANG PENTING NAWAITU KERANA ALLAH S.W.T, BUKAN UNTUK INDIVIDU TERTENTU BRO, TERUSKAN PERJUANGAN.

    MAMAK PENANG PUNYA PANDANGAN TEMAN AMAT SETUJU SEKALI. TEMAN AKAN POSTKAN DALAM BLOG TEMAN PANDANGAN MAMAK PENANG BRO, MOHON IZIN. TQ

    BalasPadam
  7. Salam...

    Kami berpedapat apa yg sekupang utarakan adalah penyelesaian yg baik, musuh utama perlu di singkirkan dan dikenal pasti supaya jangan jadi parasit dalam perjuangan,

    Kami tabik dengan tindakan dan keberanian pengorbanan blogger-blogger PERAK dan apalah besarnya laptop kalau nak dibandingkan dgn musuh utama pengkhianat bangsa.

    THINK possitive! mungkin blogger-blogger PERAK sudah sepatutnya menukar lapop BARU dengan pelbagai gadjet baru dan keluasan GB yg memenuhi kehendak para Bloggers masa kini. we think it's the point of our sekupangduas, tentunya Persediaan PRU 13!

    anyway kami akan sanggup bayar RM 900 for laptop the great sekupang dua!

    JAUH DARI NILAI PERSAHABATAN DAN ILMUNYA

    BalasPadam
  8. adoi... tak bolehka turun harga, baru nak pikiak nak boh lima ratus..... yg tu jer aku ada

    kira adik beradik la, sampai la ni aku dok pi cyber cafe, tak kan tak boleh pertimbangkan. jagan dok ubah apa2 biak macam tu, bangga bro kalau hang juai kat aku

    teh tarik dan nasik wangey kira on house laa.......

    BalasPadam
  9. ASSALAMUALAIKUM dan terima kasih semua!!!,

    teman dapat banyak sms dan call kawan2 yg bertaya cerita dan ada juga yg menawarkan harga laptop, dah macam ada pakatan disebaliknya pun ada cuma utk dapatkan laptop tua teman begitu juga dgn kawan2 lain macam taiping central, parang pedang, pak tam, kamunting central , apai ABG haji, dinbungga, tuah, angkatan pemikir,gomo, long dan lain-lain termasuk kengkawan anak-anak Teman yg sekarang sudah mula berjinak dalam blog.

    PERCAYALAH... yg lebih besar dan sepatutnya yg kira julang ialah erti persahabatan sesama kita, tak kira usia dan warna kulit serta kebendaan kita rasakan... KITA SAMA... itulah kesimpulannya, apa yg nak saya utarakan disini adalah kita mesti bersatu dan SEDAR pengkhianat BANGSA diantarakita dalam satu saf mereka diantaranya...

    PERKUKUHKAN SERTA SEBATIKAN APA YG KITA TELAH ADA DAN SEDAR DIATAS KEHADIRAN PARASIT YG BAKAL MENGHANCURKAN BANGSA! HIDUP MELAYU!!! HAPUSKAN PARASIT PATIH KERMA WIJAYA!!!

    TERIMA KASIH SEMUA ... TEMAN TABIK SEMUA...

    BalasPadam
  10. adoiiii dah tutup lelong ker?
    aku tawar RM RM650 boleh ker?
    kompom cash...
    kalu Ok refer ler ke email aku
    hangperkasa@ymail.com

    BalasPadam
  11. tuan-tuan

    Sememangnya saya agak kurang faham dengan apa yg terjadi pada bloggers PERAK, tetapi sebentar tadi setelah menziari rakan-rakan di lama FACEBOOK barulah saya faham
    Pagi ini meyaksikan apakah pekara sebenarnya yang telah terjadi.

    Segala akan terjawab di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. Saya percaya bloggers PERAK dikhinati, saya dan rakan yg selalu menyinggah di blog tuan-tuan bila setiap sidang Dewan Undangan Negeri Berlansung untuk mendapat liputan melihat sudahbeberapa kali begitu sepi di kebanyakan blog tuan-tuan

    Esok menjadi penentu, saya dan rakan-rakan percaya sekiranya masih tiada lagi liputan dalam kebanyakan bloggers PERAK maka kami amat yakin BLOGGERS PERAK MEMANG DI KHIANATI!

    Semoga Allah Bersama Tuan-tuan

    BalasPadam
  12. sah bloggers perak dikhianati oleh mamak gemuk. bantailah dia terang terang. dulu ada sorang bloggers bernama Chairman Kaga yg cuba menarik perhatian orang ramai terhadap isu ni tetapi dia diban oleh beberapa pengikut mamak gemuk tu

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...