20 Januari, 2011

BLOG MULA DIHIJRAH BILA DENGAR FACEBOOK TUTUP

Followers FACEBOOK mula berhijrah ke BLOG bila ada ura-ura FACEBOOK akan ditutup! Blog-blog menjadi alternatif sebagai penganti jika FACEBOOK dikhabarkan ditutup.
Dewasa ini blog-blog seperti laman Bloggers yang mengunakan Wall BLOGSPOT, WORDPRESS, JOMMA dan lain-lain mula menjadi alternatif penghijrahan pelayar cycber untuk melepas GIAN. Malah tidak salah boleh dikatakan pertambahan Blog-blog baru bila Penguna FACEBOOK mula berjinak-jinak membina blog sendiri.

Facebook juga merupakan diantara laman seperti BLOG, cuma bezanya Facebook agak mudah untuk diwujudkan oleh sesiapa sahaja kerana pengguna sudah pun dilengkapi atau siap sedia dibina oleh FACEBOOK. Pengguna cuma Sign in dan boleh terus menggunakan laman tersebut tanpa memikirkan bagaimana mahu membina blog sendiri. Facebook mula digilai ramai sehingga yang berumur 8-9 tahun sudah boleh membuka akaun Facebook sendiri, tidak seperti seorang bloggers yang membina blog sendiri yang mesti tahu bagaimana mewujudkan blog sendiri kerana perlu mencari gadjet atau pelbagai widget untuk mewarnakan Blog-blog mengikut citarasa sendiri.
Bagaimana pun berita penutupan FB menjadi khabar gembira bilamana Blog-blog mula di singgah oleh pelayar Facebook,
 Sedikit TIPS untuk para bloggers untuk menambahkan Follower (rakan) diblog anda. Sementara Facebook masih lagi aktif bloggers sudah boleh meletak atau mempamirkan alamat Blog di Facebook masing-masing meminta Rakan-rakan di Facebook berhijrah keblog anda, maklum dan ingatkan mereka supaya tidak lupa untuk menjadi rakan (followers) kepada Blog anda. Buatlah posting ( artikel ) mengalukan rakan-rakan Facebook jemput ke Blog anda. Perasan kah bloggers bila Followers anda dewasa ini bertambah? salah satu sebabnya ialah bila ada ura-ura Facebook akan ditutup.

2 ulasan:

  1. Saper caya yang FB nak tutup, memang tergolong daripada mereka yang mudah tertipu dan tak boleh dijadikan menantu ...

    http://www.snopes.com/computer/facebook/closure.asp

    BalasPadam
  2. hehehe ... tak tutup anon tapi kalau tutup betul ler macam sekupangdua cakap. hehehe aku pun tengah belajar buat blog nie

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...