17 Oktober, 2011

MAT ROCK, KUTU BERHAK, GENGGON, KAKI PUKUL ... PUNYA WAWASAN!

Sudah tiba masanya Keluarga besar BBSI mendapat tempat, bermula dengan mengadakan reunion pertama lima tahun dulu nampaknya BBSI ataupun dikenali sebagai Budak-Budak Bas stand Ipoh sekarang sedang mencari tempat bagi meneruskan perjuangan terhadap rakan-rakan seangkatan. Mencari sebuah rumah bagi dijadikan tempat atau centre untuk beroperasi sebagai sebuah pejabat (KLIK). Cukup jelas dan terang arah tuju mereka yang satu ketika dahulu dikaitkan dan disendakan sebagai sampah masyarakat kini bangun membentuk satu kelarga besar yang menjaga ukuwah antara mereka sendiri, sekupang berpendapat sudah sepatutnya bagi mereka yang punya keupayaan supaya melunaskan hasrat BBSI untuk mendapat kan tempat bagi BBSI ini beroperasi tanpa berbelah bagi. Pada YB-YB atau hartawan perlu ambi iktibar dan contoh ukuwah yang diwujudkan BBSI ini sememangnya  cukup mulia, berhimpun dan bersatu dan meninggalkan fahaman dan pandangan politik adalah pekara yang amat baik dan tidak pernah mahu di praktikalkan oleh kebanyakan  Orang Besar.


Bukan setakat itu malah Keluarga Besar ini juga merancang pelbagai aktiviti dan pembelaan kepada sahabat-sahabat yang tertinggal, pelik benor yop, tapi itulah kekhlasan mereka, bukan sekadar mengimbas cerita lama serta irama rock sezaman dema adanya semasa REUNION BUDAK BAS STAND IPOH pada 8hb yang lalu di Town Hall.kalau diperhatikan bermula di pintu masuk atau kaunter pendaftaran sahabat di sambut denan berpelukan dan iringan air yg mengalir di kelopak mata. ada yang bertanya khabar, dan ada juga yang menceritakan pemergian arwah sahabat-sahabat dalam kenangan, malah yang berada diluar negara seperti TOK DAN di NZ, NUAR di AUSTRALIA dan banyak ramai lagi yang ikut perkembangan rakan-rakan diwall FB BBSI sekalipun jurang negara yang memisah bukan alasan mereka tidak boleh merapatkan saliturahim. Disini mereka akrab bagaikan serumah mengadu nasib dan cerita yang di imabas hampir 30 tahun lamanya.


Percaya atau tidak kutu-kutu berhak yang digelar satu ketika dulu kini semakin akrab dan tidak tercicir malah sekarang sudah ada mereka yang berjaya dan begelar jutawan, Sekupang tetap bagi sepuluh bintang dengan segala perancangan dan usaha keras BBSI dalam menyatukan semula rakan-rakan lama. Dimalam REUNION ini juga siapa sangka antara nama-nama besar ikut sama... Mamat Khalid (pengarah Filem kretif), Rosli Muahlim (gitaris Sweet Charity), Aris Ariwatan (penyanyi), Bombay (empunya Produksi Entertaiment), Akhil hayy (penyanyi), Jinggo (pengarah dan owner JS Picture), Kumpulan Teja, Riyadh, Ikrar, Sniper dan banyak lagi turut sama bergabung menjayakan majlis tersebut. Riuh endah di Town Hall malam itu bukan sekadar bising dengan irama Rock yang didendangkan oleh otai-otai malah selingan nya amat menarik, selain hampir 80 hamper dan bantuan diserahkan kepada yang disenaraikan. Tang ini yang sekupang cukup tabik dan syahdu dengan keikhlasan yang di warnakan dalam keluarga besar ini. Kepada sahabat yang dikenali sebagai Mi Mengah yang kini sakit setelah keluar dari ICU sebelumnya, YBU turut menyumbangkan sebanyak RM 100 sebagai sumbangan malah kutipan yang diedarkan mencecah lebih 900 ringgit menunjukan hati mulia mat rock-mat rock demi kawan yang memerlukan. Yayasan Bina Upaya pun tururt menyumbang 20 kotak berupa keperluan harian untuk di agihkan, Terima kasih sdr Own yang turut hadir mewakili YBU. Pihak NESTLE juga tidak ketinggalan selain memberi minuman Nescafe Percuma 20 hamper baranga Nescafe turut disumbangkan untuk menjayakan Malam Reunion tersebut. Tidak lupa juga Peresiden MAYC Perak Sdr Azmi dan SU sdr Ansor juga turut hadir dalam menupayakan anugerah kepada beberapa tokoh sebagai Ikon yang berjaya dengan iktiraf dari MAYC atau kumpulan belia negara. sekupang juga dikhabarkan Yb Zainol Padzi Paharudin Adun sungai manik juga tidak ketinggalan menyumbang malah dengor khabornya salah seorang dari kaum yang lepak Bas stand jugak satu ketika dulu... di fahamkan dia tidak dapat hadir didisebabkan majlis Perkahwinan Adik kandungnya yang kebetulan sama tarikhnya.
Apapun Sekupang nak ucap tahniah kepada BBSI yang menjayakan Malam Reunion tersebut. Usaha kalian sebenarnya Mulia dan teman doakan semoga berpanjangan. Pada yang patut mengusahakan tempat bagi mereka menjadikan offis atau centre, pakat cari-carikanlah untuk dema, ini usaha murni dan mulia... Bukan kah elok Kutu Bas stand ipoh ni boleh dibawa kemerata bus stand  dalam perak kot boleh bagi nasihat kat adik-adik atau anak-anak yang nak sesangat jadi kutu yang tak ada wawasan... hehehe elok benor tu yop! 

3 ulasan:

  1. tahniah kutu bas stand, wa masih ingat satu ketika dulu mmg gerun kalu lu orang dengar nama budak bas stan. tapi skrg wa tabik sama lu org mmg lu org jiwa baek be!

    BalasPadam
  2. GUA CAYA SAMA LU

    BalasPadam
  3. gd job bro.. usaha yg baik harus dberi perhatian n sokongan tak belah bagi.. moga generasi big brother's trus terbela dgn perancangan yg terbaik dtg dari big brother's yg ikhlas.. apa yg penting jauhi prasangka. kuatkan ukhwah.. takbirrrrr..

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...