09 November, 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO! DIMANA BLOGGERS NAK DUDUK?

Dimana Bloggers nak Duduk? Pesidangan UMNO nampaknya tamparan Hebat buat bloggers untuk menempatkan diri, tak terkejut bakal ada kejadian yang tak berapa seronok, Apatah lagi bila ada bloggers yang akan buat posting sebab tak puas hati. Bila tengok persiapan awal untuk Perhimpunan Agung UMNO kali memang patut diberi Thumb Up, teratur dan baik sekali, sekupang setuju sangat dengan pemakaian baju yang berwarna, Merah untuk liputan Luar dan jaket Biru untk liputan dalam dewan. Setidak-tidaknya dapat menghakis penyelinapan bloggers busuk pembangkang yang sentiasa mencari jalan memanipulasi setiap apa yang boleh di SPIN.
Tetapi ada jugak yang Musykilnya sekupang kat sini, Bagaimana Nasib Bloggers jalanan yang baru hari ni tahu ada tawaran untuk membuat permohonan yang telahpun berakhir? Itu pun bila terlihat dalam kaca TV, Nampaknya kalau tak ada tawaran atau offers dari Unit Media bakal sukar lah nak buat liputan. adakah kena sorok SLR semasa dalam persidangan? takut diambil tindakan atau sebagainya, tentang bilik Media tu paham sangat, tek pernah nak merunggut, kebanyakan Bloggers sidangnya di kedai-kedai yang ber WIFI,

Sekupang agak kecewa jugak baru tau hari ni, mengikut ulasan Datuk Rauf :
"Tiada diskriminasi media untuk Perhimpunan Agung UMNO. Kita telah membuka permohonan selama sebulan namun sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 31 Oktober lalu, tiada sebarang permohonan yang kita terima daripada media alternatif.

"Yang hadir pada hari ini adalah semua pengamal media yang memberikan kerjasama yang baik dan mengikut peraturan. Saya harap, mereka yang tidak mendapat pas media untuk membuat liputan sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung tidak akan menyalahkan UMNO kerana mereka yang tidak memberikan kerjasama dan tidak membuat sebarang permohonan," ujar Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Ab Jusoh.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusiakan mesyuarat Penyelarasan Perhimpunan Agung UMNO 2011 bersama media di PWTC, hari ini.


Adakah Tun akan hubungi kami dikalangan bloggers nanti untuk ambik jaket Merah nanti?, ishhh kalau dulu sebelum ini memang perwakilan boleh jugak ambik gambor dalam dewan serta sekitarnya. Rasanya Datuk Rauf dapat mempertimbangkan semula, untuk dihubungi oleh unit media UMNO rasanya belum pernah walaupun sekali untuk majlis bersama. tapi tak kesah ler, mungkin teman tak sehebat bloggers yang lain, tak ambik hati sangat. Cuma kali ini agak sukar nak menjawab terutama sahabat-sahabat bloggers di Perak PCT (Perak Cycber Troopers), Cuma teman berharap bagi kawan-kawan bloggers semua harap paham, segala perancangan adalah untuk kebaian, jadi kalau dihalang untuk bergambar atau liputan jangan amik hati sangat. teman harap PCT yang ada lebih dari 40 bloggers jalanan boleh mencari jalan terbaik untuk kita salurkan dan kongsikan bersama nanti. cuba-cuba tanya kalau ada kawan yang jadi perwakilan, kot-kot dia setuju untuk salur bahan nanti. Teman paham sesangat bila ada yang dah mula bertanya tentang ruang untuk kita disana. insyallah ALLAH akan Permudahkan Perjuangan KITA! jangan emo sangat! jangan Berharap sangat! hehehe jangan nanti tanya teman bila boleh dapat jaket hijau atau biru? Rasanya pakat sudah ler tu tak kan dema nak hubungi kita yang jadi bloggers jalanan ni?  Jamuan berbuka posa pun komer bising kat teman bila tak mandang dema ngajak. Pikir POSITIF dema tengah buat kerojer tu. adeler jalannya nanti... lagi pun komer kena ingat bezanya MEDIA dan Bloggers jalanan... BLOGGERS BUKAN MEDIA KER?  

Apa-apapun sekupang harap idak ler jadi Isu bila ada bloggers kena tegur atau di minta keluar, tang ini memang sekupang tak dapat penjelasan lagi, Demi Memertabat dan Memperkasa kan BANGSA, HIDUP MELAYU!

3 ulasan:

  1. kasi belasah dalam blog kalau deorg kacau

    BalasPadam
  2. Ni yang Pak tam tak brpa suka, sebelum ni depa ada ingat ka kalu UMNO yg kena hentam, sapa duk tulung depa, bukan bloggers kudik macam hampa ka, lagu mana kalu hampa kena halau bila mau ambik gambak. jadi Pak tam rasa hampa tak usah tulung buat posting dah kalu mengkala depa tak mau bagi hampa JEKET BIRU hikhikhik pakat pi la bubuh cerita len buh pi la cerita lagu mana Pakatan kencin duk kutuk nanti.
    Apapun kalu depa bekeraih, peduli pi la depa.
    Pak tam tumpang sekaki na, sambung kat blog pak tam na!

    BalasPadam
  3. SAYA JUGA TERFIKIR SEPERTI SDR FIKIRKAN, HARAP BESABAR, RASANYA TENTU MEREKA TENGAH USAHA KAN. MEMANG KALAU DIABAIKAN BERMAKNA MENEMPA KEMELUT. PIHAK UMNO PERLU BERTINDAK UNTUK MEMBERI RUANG KEPADA BLOGGER-BLOGGER KERANA MEREKA MERUPAKAN ANTARA SAF PERANG PRU 13

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...