29 Disember, 2011

ISHHH RUPA-RUPANYA SURAT CINTA DULU SAMPAI SEBELUM SURAT SAMAN!

Perghhh... baru nak pekena Teh Tarik! Mai ler... hehe
Tengahari tadi teman dihubungi oleh beberapa wartawan, dema tanya teman dah terima surat ker? Rupa-rupanya yang dimaksudkan surat tu bukan surat saman, kata dema si nga buat PC semalam, dalam PC tu dia kata dah buat surat dan courier kat teman suruh teman mintak maaf kerana memfitnahnya, lebih kurang macam tu ler tanya reporter pada teman. Jadi teman tak boleh nak cakap banyak dan bagi keputusan sebab tak tengok lagi surat cinta bunyinya macamana. iyer ler... nak tengok surat tu jugak, mana tau kot ada HADIS atau Nas oleh Alustazzzzz?, mana tau beseradak (penuh) penuh bedak?, mana tau hajat walimatulurus ker? ishhh macam-macam ler kalau nak di fikirkan.

Macamana pun teman nak ucap terima kasih dengan SMS, FB, BBM, MMS, Talipon yang teman terima sampai nak lumat bateri talipon teman, yang belum berjawab tu harap maaf, bukan sengaja. Percayalah teman bangga dengan mengkomer kerana menjadi RAKYAT yang PERIHATIN dengan isu teman. Setakat ini nampaknya semua pandangan, nasihat, pendapat, dorongan dan macam-macam lagi termasuk ada yang sanggup nak bantu teman. Teman rasa selagi surat saman yang dikatakan serta di gendangkan oleh ngah belum nampak, jadi usah ler komer guling pering (susah payah) nak bantu, bukan tak nak tapi belum apa-apa lagi rasanya tak elok ler nak jadi sipemukul Tong Kosong. Kalau dah depan mata tu tak pa ler kalau nak merancang, macamana pun terima kasih terhadap perihatin mengkomer, teman paham komer juga RAKYAT, tapi jangan risau teman dapat rasa macamana HATI rakyat.

Tentang kes saman ni atau surat tu kira macam ni ler, Sebenornya dah maleh nak cakap, kengkadang jadi muak dan jemu pulak teman dengan ugutan Nga Ko meng yang melalak merata nak meyaman teman, bukan sekali dah berkali-kali ugut nak menyaman teman, tapi sampai sekarang pun belum ada tindakan atau surat yang di maksudkan. Teman sampai menunggu depan pejabat DAP pada hari yang dia nak saman teman, tapi apa pun tak mandang ( ada) apa-apa pun tindakan, sampai sekarang ni  teman masih tunggu surat saman yang beriya benor dia canang merata (heboh) Teman masih menunggu saman tersebut macam yang dia beriya benor (janji)  nak bagi, Lepas tu baru boleh teman bagi respon atau reaksi, Tapi biorler dapat surat saman tu dulu. Lagi pun tengah kerja ni ... esok baru balik.

Apa-apa teman ada terbaca dari blog Politik Harian yang kononnya dia dapat peluru siap surat ayat berbahasa pakat perak kononnya ugutan. Ishhh apa kehal tu, tapi bila kawan teman tadi selamba jer jawab 'Ishhh benda ni biasa ler... ini tentu tak bayor hutang PTPTN ker... hutang Along ker... Caci Orang ker, Fitnah orang ker... ishhh macam-macam lagi ler, kalau kita baik tak ler orang marah' Nak pecah perot jer kawan teman ni sedap mulut bercakap! sebenornya dia apa pun tak tahu pasal isu teman pun... adoiiii nasib baik dia tak masukan alasan sebab baca hadis atau kafirkan umat Islam lain...

2 ulasan:

  1. mike mmg hebat yeop. teman puji cara mike. tidak takut dgn halangan dalam perjuangan. Inilah cybertrooper yg perlu kita ada untuk pastikan BN terus perintah negara. FUCK Nga. yeop! Harap mike bleh link blog teman kt sini yeop. www.tokguru86.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Salam bro...Sy sahabat dr selatan Johor. Sy kagum dgn anda yg begitu berani mengeluarkan artikel penyelewengan Nga dan bertanggungjawab atas artikel tersebut. Berani kerana benar takut kerana salah. Anda pegang prinsip tersebut. Sy mendoakan agar Allah terus memberikan keberaniaan kepada saudara utk mendedahkan lagi kepincangan DAP semasa mentadbir seketika dulu. Mereka jaguh mencanang tentang kronisme + nepotisme + rasuah dll sebaliknya mereka juga yg terlibat.

    Salam 1Malaysia...

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...