Mukadimah dialamaya memperjuangkan agama, bangsa dan negara menjadi resolusi dasar perjuangan teman... Tiada yg sangkut hidup atau mati... PERJUANGAN PESAKA @ MARTABATKAN BANGSA
16 Mei, 2012
GULA-GULA... DULU DAN SEKARANG!
Teman cukup tersentuh dengan peristiwa sebentar tadi, ini bukan cerita pasal politik, tetapi kisah seorang anak yang mengkin sebaya anak teman, dari anggapan teman mungkin anak tersebut sekitar 10 tahun, mungkin darjah 3 atau 4 kalau tak silap telahan teman.
Semua berkisar petang tadi bila teman kesalah sebuah runcit, apabila teman masuk kekedai runcit tersebut, teman terlihat dua pelangan dikaunter untuk membayar, yang sedang menunggu kelihatan seorang anak muda yang mahu membayar 5 paket roti Gardenia, tokeh kedai tersebut yangmerupakan seorang aci atau auntie yang sibuk bercakap dengan talipon agak lambat untuk mengira jumlah yang patut dibayar oleh pemuda tersebut kerana asyik dengan perbualan talipon yang dia tak henti-henti bercakap
Kebetulan teman ternampak adik yang teman maksudkan tadi sedang membedek begitu banyak susunan paket besar palstik yang mengandungi keropok (cikedee gelaran orang-orang dulu) dibedek satu persatu, nampaknya banyak pilihan dan teman paham dia tentunya sedang cuba mendapatkan yang terbaik dengan duit yang digengamnya ditangan kanan.
Terpanggil pulak teman untuk memberi dia laluan memandangkan dia adalah yang terawal, jadi biarkan lah dia dahulu, dari apa yang teman tengok teman dapat bayangkan adik yang mungkin sebaya teman tadi rasanya seorang pendiam, tak banyak bercakap, teman perhatikan matanya tertumpu diantar balang-balang didepan auntie tersebut, dengan sabar dia menunggu aci tersebut kalau sudah selesai bercakap dengan talipon
Dia menunjuk salah satu balang dimana coklat cair yang dipeket plastik batang sebesar sebatang rokok. Berapa? Itu ayat yang keluar dari mulut beliau, auntie yang masih bercakap ditalian terus membuka dan ambil satu batang dikeluarkan dari balang tersebut, teringat teman, kalau dulu tak ada semua jenis cekelat macam sekarang, masa zaman teman dulu hanya cekelat yang seakan ini digelar CEKELAT LIAT, Cekelat liat ni boleh dikulum dan bila kerap dikulum dia akan menjadi panjang (ditarik dengan mulut) lazimnya cekelat ini memang polpular berharga 5 sen jer dan saiznya juga 5 kali besar dari yang ditunjuk oleh adik nie,cara membungkusnya pun dibuat secara manual dengan mengunakan balutan plastik (pembalut hamper) yang berwarna warni, untuk habiskannya pun agak lama mungkin dalam masa 20 hingga 30 minit.
Selain cekelat liat ada lagi satu kudap-kudap yang agak popular, dema gelar dia asam kencong, asam tersebut dicampur dengan pelbagai asam dan paling syok bila memakannya ada biji asam yang perlu diludah keluar, rasanya pada yang seangkatan teman pastinya akan teringat balik kisah gula-gula dahulu dan sekarang yang banyak benar bezanya, punyalah belambak tak macam dulu, sampaikan kita tahu banyak yang ada ada rasa tetapi tak ada kelebihan vitaminnya, keropok dahulu adalah keropok yang digoreng dan dipack sendiri. Keropok yang paling popular dizaman teman dikenali cikedee, hebatnya cikedee ni sampai masuk iklan di TV, masih teringat teman lagunya... Saya charly cikedee, yang ranggup enak sekali... Hahaha memang nostalgia betul ler zaman teman tak banyAk pilihan tapi memuaskan hati...
Mugkin ramai yang tak merasa, duit belanja teman ketika itu 2 kupang, sekupang untuk tambang kesekolah, 5sen pegi 5sen utk balik, jadi ada lebih sekupang lagi, dapat simpan lima sen sehari pun dah ok ler tu. Kekadang bawak bekal jadi belanja safe ler sikit, adakalanya emak akan hantar kesekolah naik basikal so jimat ... Memang dapat jimat
Duit yang disimpan sebenarnya untuk hari jumaat hari minggu akhir bersekolah, sebabnya malam hari jumaat tersebut memang dinantikan kerana ada tayangan gambar melayu, kebiasaanya CERITA MELAYU tersebutterhenti seketika bila diselangselikan berita dan seterusnya warta parlimen yang akan mengambil masa 1 setengah jam untuk dua-dua rancangan tersebut barulah disambung semula tayangan gambar melayu tersebut
Kebiasaanya teman dapat menyimpan 25 atau 30 sen seminggu, 20 sen darinya teman beli kudap-kudap dan baki nya 10 sen adalah untuk tumpang menonton TV hitam putih tuan rumah empunya TV tersebut, kalau bernasib baik dapat lah tengok TV 21 inci yang hitam putih (kira tuan rumah kaya tu) kebiasaannya kemampuan orang kampung sekadar tv 18 inci jer, itu pun kena datang awal, kalau tidak pakat duduk belakang ler jawabnya....
Bezanya dulu dan sekarang, dan fahamler teman kenapa yang terdahulu kebanyakannya merasakan amat bersyukur dan bertuah zaman ini, takda lagi nak tengok tv kena bayar, tak jumpa lagi tuan rumah TV tersebut yang turut menual kudap-kudap macam keropok yang dibuat sendiri dan dipaketkan, tak jumpa lagi aiskrim pintal dan macam- macam lagi kudap-kudap macam sekarang, bagi tuan rumah charge sekupang untuk meninton tv dan buat kudap-kudap untuk jualan adakalanya lumayan dan membantu untuk bayar bil letrik.
Berbalik kisah adik tadi, dalam mengelamun teman tadi sampai tak sedar adik tu dah pergi, aci tersebut pun masih lagi dengan taliponnya, cekelat coco batang tadi tertinggal diatas meja depan taukeh kedai tersebut, rupanya dia tak jadi beli sebab harganya 20 sen mungkin terlalu mahal. Kesal benor teman mengelamun dan sepatutnya teman bayor untuk anak tersebut. Sebaik teman keluar tak jumpa dah anak tersebut.
Sebaik teman membuat pusingan kereta teman dideretan blog kedai tersebut, teman terserempak dengan anak tersebut, nampak cetia diwajahnya, sambil berjalan mulutnya tak henti-henti mengunyap cikedee yang dibelinya tadi, bagai hati yang senang dia berjalan seorang macam tak ada masalah. Tak upaya pulak teman nak berenti kereta bagi duit untuk dia, almaklumlah sekarang ni takmacam dulu, untuk kita belanja anak kecik ni pun kekadang boleh menakutkan dia, almaklumlah begitu banyak kejadian yang tak diigini, teman redo sekalipun agak sesal sepatutnya teman bayor masa di kedai runcit tadi.
Apapun teman rasa peristiwa tadi menyentuh hati teman, bukan setakt mengimbas zaman silam tapi membuatkan teman kesal dengan peristiwa tadi sebab mengelamun sebentar, insyallah janji teman jika lain kali terserempak dengan anak ini atau yang sama kisahnya macam petang tadi, teman janji teman akan bayor untuk anak ini nanti...
Ya Allah sesungguhnya kau maha penyayang, kau berikanlah anak ini kegembiraan untuk nya, kau berikanlah dia ruang dan menjadi anak bangsa yang berjaya nanti, Kau hadirkanlah keluarganya dengan kegembiraan dan hidup keluarga mereka ceria dan bahagia, insyalllah... Amin ya rabulalamin, kau perkenankan doa ku ya Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...