05 Ogos, 2012

Chiitt!!! HUDUD PAS MANA BERANI SAMA LAWYER OKU PUN!


Dah mula balik sandiwara PAS, asal nak PRU jer timbul ler HUDUD dan pelbagai sentimen Agama Islam dijadikan ugutan kepada Rakyat supaya terpaksa memilih PAS, mana satu Agama nie? PAS ataupun Islam? mana satu Nabi Akhir zaman nie? Muhammad ya Rasullulah atau Nik Aziz?

Tergamak mencernakan Hukum Allah ikut suka sendiri, Hudud muncul lagi seperti yang dijangkakan, memang itu pekara wajib yang akan muncul selain janji sepanjang masa  termasuk janji Air Bersih untuk rakyat Kelantan! 

Peliknya segala kesalahan dan tuduhan kegagalan akan dilemparkan terus kepada UMNO, sedangkan kerajaan Kelantan sendiri pun tak terfikir sekecil usaha untuk adakan HUDUD dengan memulakan pentabiran negeri Kelantan sendiri dengan mengadakan penguatkuasa yang memenuhi kreteria untuk laksanakan hudud seperti cukup senawi, pandangan mata yang tidak kabur dan sebagainya, apatah lagi dari segi makamah  yang melaksanakan sistem pentadbiran mengikut hudud itu sendiri.

Kalau ditanya pencacai yang suka memperalatkan hukum hudud sekali pun tentu belum boleh berjawab, tanyalah kepada cai seperti mereka ini, apakah hukuman hudud kepada perasuah, peliwat, pembohong atau pun pengkhianat... dah tentu tergagap untuk dijawab. 

PAS hanya berani menyalak dengan taukey lain, contoh yang dapat kita tengok bila Bersih yang dikomand hanyalah general Am BIG 'A' Menentang kelancaran istiadat kerajaan Negeri Perak juga sebelum ini pun nampaknya  General Aljub dan brother Kit  punya komand, apalah adanya tuan guru dalam PAS yang tidak lansung dilihat punya peranan sebagai pemimpin?

PAS hanya berani dimata dunia, contohnya semasa bersih kita dipertontonkan rusuhan yang memualkan rakyat Malaysia, menyerang Polis, melanggar sekatan, terbalikan kereta Polis, mencederakan anggota Polis yang ditangani secara amat berhemah oleh pihak POLIS sendiri, malah pengganas ini dilayan dengan makanan yang istimewa dan memberi pelbagai kemudahan termasuk bersolat dengan aman.

Berbalik Hudud yang kini timbul kembali, pada dasarnya apa yang menjadi punca tidak terlaksana akan dipuncakan UMNO penyebab besarnya, kajilah dalam perlembagaan sekali pun, pekara 3, 5, maupun 153 tidak ada yang menidakan kalau Kelantan mahu mewujudkan HUDUD! Apa saja corak pentadbiran yang dimahukan parti yang memerintah cuma perlu Menteri Besar mendapat persetujuan Sultan corak pemerintahan, sekadar memaklumkan kepada pusat, maka akan terlaksanalah HUDUD yang sekian lama dipermainkan oleh PAS untuk mecari untung di Setiap PRU

Sudah-sudahlah tu menjual ugama yang bukan untuk orang kelantan, malaysia  maupun PAS sahaja, kalau benar serta ikhlas maka laksanakanlah HUDUD sesegera yang boleh, jangan jadikan HUDUD dan AIR BERSIH modal berniaga setiap kali pilihanraya. 

Kalau Lebuhraya pun dibuat tanpa pedulikan kerajaan PUSAT jadi apa masalahnya HUDUD, macamanapun rakyat memang dah muak dengan lakonan 3Abdul nie, manakan tidak kalau dah sampai tahap berani mencabar dan memukul POLIS kenapa pulak Takut dengan Lawyer OKU? kata... hanya takut pada tuhan, diamtu tuhan ker?

1 ulasan:

  1. Sokong hudud!sebat mat sabu 80x sbb tuduh anwar aljuburi meliwat tanpa 4 saksi mase anwar jd tpm dulu.takbir!

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...