03 Ogos, 2012

TAMAK DAN EGO PETANDA KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT


DEMI CITA-CITA, EGO DAN TAMAK, perebutan kerusi di Pakatan Rakyat sebenarnya lebih merisaukan Pakatan Rakyat terutama pemimpin tertinggi parti gabungan, DAP tentunya paling risau kerana tahu apa kesidahan nya. Mereka tahu ancaman Punca kejatuhan bermula dititik mana dan disudut mana mereka akan selamat.

DAP sedar pakatan boleh berpecah dan tumbang, mereka juga sedar terpaksa menelan pahit kejatuhan Pakatan yang nampaknya tidak seimbang, sebaliknya PAS lansung bukan ancaman serta punca yang membolehkan kejatuhan Pakatan Rakyat. Pembahagian kerusi antara 3sekawan ini nampaknya merisaukan mereka...

Mana tidaknya jika lebihan kerusi memihak kepada PKR maka lebih baik mereka bersedia dengan segala mungkin untuk tumpukan kejayaan DAP sendiri serta mencari sebaik luas ruang atau kerusi baru yang boleh dimenangi untuk diperlihatkan sebagai diantara yang paling kukuh dalam Pakatan yang mengoyahkan...atas sebab itu lah mereka lebih menumpukan kawasan yang dipertandingkan. tempat yang kukuh atau kubu kuat akan diberi laluan kepada muka baru yang berpotensi sebaliknya kawasan baru menjadi sasaran Otai-otai Melanggar daerah, tentunya tumpuan kawasan bandar, Bandar lebih selamat dan praktikal terbukti pertambahan 3 lagi kerusi baru di Sarawak nyata taktik yang paling berkesan, dibandar lebih mudah kerana disini kaum Cina menjadi suara pengundi buat mereka, Di bandar juga lebih mudah kerana secara Automatiknya pembangunan tetap mendapat perhatian Kerjaan Pusat, mana mungkin Bandar tertinggal dalam Arus Pembangunan.dan kita juga maklum kawasan bandar yang majoritinya kaum cina sukar dilepas peluang kepada rakan lain samada PKR maupun PAS.

Jadi tak hairan lah Otai-otai DAP seperti lim kit siang, karpal singh dan lain-lain bakal berubah tempat lagi, laluan akan diberi kepada junior-junior yang baru...

Masalah BESAR sebenarnya datang dari PKR, mungkin kita lihat ketua pembangkangnya Anwar Ibrahim diangkat bukan kerana kekuatan partinya, sebaliknya disebabkan jalan terbaik untuk membalas dendam dengan setiap kekalahan pembangkang sebelum ini, popular juga diambil kira kerana sekali gus akan turut menaikam nama PAS dan DAP am nya, Dia juga dilihat boleh menjadi pemecah undi melayu dan BN sendiri, kalau di ikutkan mungkin masa mula beliau disingkirkan ada gerakan atau pemimpin yang turut simpati dengan beliau, sebaliknya kalau kita lihat hari ini sudah tidak ada lagi rakan yang mahu berkongsi duka kerana mula didedahkan pekara yang makin lama sudah boleh dipercayai, hakikatnya sekarang jelas kita boleh nampak sekutu yang paling kuat untuk Anwar semuannya datang dari sebelah pembangkang

Adalah menjadi masalah besar jika PKR membolot majoriti kerusi untuk PRU 13, Mungkin ramai yang tidak menyedari bila Tsunami di Sarawak menjadikan Anwar tahu setakat mana kemampuan PKR dan apatah lagi abang pakatan DAP yang dah tentu paling cepat dan bijak berfikir, PKR menang semasa PRU. 12 yang lalu bukanlah kerana kekuatan parti yang baru berusia setahun jagung sebaliknya kerana protes terhadap kerajaan BN. Pengundi juga percaya protes sebagai melihat kurang undi kepada BN tetapi tetap menang di PRU 12 yang lalu, nyata telahan pengundi salah bila terjemah diatas kertas undi rupanya menjadikan semacam semua berpakat, akhirnya memang PKR menang dan mendapat tempat sekalipun beberapa yang berhormat yang lansung tiada berfolio turut menjawat jawatan YB, 

DAP cukup tahu sekalipun Tsunami PKR di Sarawak bila 49 kerusi yang PKR bertanding hanya mampu menang 3 dun sahaja termasuk di Kerian, betong dan juga  Di kawasan Baru Bian yang mahu diangkat sebagai CM atau Ketua Menteri lebih memeranjatkan menang dengan lebihan undi lebih 200 undi sahaja.
Jadi sebenarnya Abang Busat DAP akan lebih risau jika kerusi akan dibolot oleh PKR, secara tak lansung PKR juga buka sahaja menjadi taruhan sebaliknya boleh memalukan Pakatan Rakyat jika Tsunami berulang kembali dan bahana nya kena ditanggung bersama. Jadi DAP tentunya mencari strategi yang lebih afdal iaitu perkukuhkan dan mencari kemenangan dari terheret menjadi malu dengan bakal Tsunami yang akan berulang. PAS pulak bukan lagi satu kerisauan sebab zahirnya kita sudah maklum PAS hanya jadi jentera kerahan DAP dan tentu tidak mengancam pada strategi DAP. 

Terbukti PAS telah pun duduk dibawah telunjuk DAP, buktinya BERSIH, ISU MINYAK, ISU RASUAH dan banyak lagi yang kita nampak pengerak utama tentunya DAP sebaliknya yang tukang cacaian tentunya datang dari PAS, lihat sahaja mereka dijalanan, berdemo, dimakamah menyokong pembicaraan  Anwar Ibrahim dan banyak lagi agenda yang kita tahu cacaian tentu datangnya dari PAS, DAP juga mendapat tempat untuk bacakan hadis dan terjemahkan ikut suka mereka sendiri di pentas Ceramah Perdana PAS membuktikan PAS hanya setakat jadi pengangguk sekalipun jiwa umat islam terhiris dengan pembabitan Kafir menhina Islam itu sendiri

Apakah DAP akan membenarkan PKR memonopoli kerusi yang belum tentu kemenangannya, dalam satu sudut lain pulak adakah Anwar Mahu mengurangkan kerusi PKR sebagai kepala kepada Pakatan Rakyat? Dia juga tahu jika mahu mengharap calon berkualiti seperti DAP sudah tentu tidak akan dapat memenuhi hajat serta angan-angan, cara terbaik ialah dengan bertanding dengan sebanyak kerusi dan berharap setidak-tidak setengah bernasib baik, apakah taruhan nya terhadap  pecaturan kali ini masih berbekal nasib, berharap PKR ada tuah, tetapi DAP juga tak akan benarkan punca kekalahan DAP sendiri, sebaliknya tidak akan ambik pusing sama ada Pakatan Rakyat mampu atau tidak menang dalam PRU 13.

Apapun PKR jangan bercakap besar dan jalan mendabik dada, jangan rasa 30 ribu yang ikut BERSIH terdiri dari yg belum mengundi pun sebagai ukuran, 30 ribu dengan 7 juta pengundi adalah terlalu kecil dan tidak lansung boleh menjadikan ia ukur paras kemenangan. sekadar boleh menyindir dengan kecoh bersih tetapi tidak boleh menjamin kemenangan di PRU 13 nanti, Kita tunggu dan tengok apakah Anwar akan teruskan keras kepalanya yang tak kira samada kehancuran Pakatan Rakyat dan bersara dari Politik dan menjadi seorang CIK GU seperti mana yang pernah dia ungkapkan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...