19 Oktober, 2012

HARI NIE KAT TERENGGANU DAN KELANTAN... ESOK KAT LANGKAWI, JOM NGETEH...

Unik dalam gambor nie, di Kota Bahru... cer teka?
Semalam dari Kuala Lpis ke Dungun Terengganu perjalanan yang amat memenatkan, bagaimana pun sepanjang perjalanan penuh dengan sembang pasal geng PCT ataupun Perak Cyber Troopers punya wawasan dan strategi serta perang PRU 13 yang tak jauh mana lagi, sepanjang perjalanan agak membosankan dan banyak jugak gangguan termasuk terpaksa hampir dua jam mengekor rombongan lebih kurang 15 kenderaan terdiri dari trailer, kereta peronda dan pelbagai kenderaan yang escort lori tersebut, rupanya membawa kertas Peperiksaan bagi SPM ke Gua Musang. nampaknya tak sempat petang sampai ke Dugun tapi malam jugak akhirnya, sepanjang perjalanan juga nampaknya hujan yang tak berhenti-henti, dalam sepanjang hari nampaknya dapat dua jam jer yg tak kena hujan yang lain sepanjang hari hujan termasuk dari malam hungga ke pagi hujan tak berhenti...
Perjalanan dari pahang ke Terengganu sempat singgah tempat pemuliharaan dan menjinakan gajah sedikit mengubat kebosanan, membetulkan pinggang disamping dapat kejap bermain dengan lima ekor gajah yang cukup jinak, jadi kalau dah ikut Sg Ketiar sempat singgah di tempat nie, petugasnya nya jugak ramah dan baik, bergambar dan siap diberi peluang mengusap dan memberi makan kepada gajah-gajah nie, FREE yop bukan berbayor pun...

Masa menulis ni pun dalam kenderaan buat hilang ngantuk, sekarang nie pun jam 9.28 malam dan berada bukit bunga dalam perjalanan menuju ke Gerik, insyallah dalam jam 2 pagi kurang atau lebih kalau tak ada halangan sampai kot IPOH

Rehatkan diri kejap dan insyallah esok akan teruskan ke Kedah, nampaknya dah ada beberapa rakan bloggers yang nampaknya kata nak ngeteh malam esok disana, saya dan rakan akan ada disana malam untuk dema, harap dapat jumpa dema nanti. berhenti jap kat sini dulu sebab bila dah masuk kawasan banjaran tinggi masa nak ke Gerik nanti seperti maklum signal tak berapa baik, so nanti kita sambung... assalamualikum, terima kasih ikut cerita teman nie...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...