18 Disember, 2012

DUA MELAYU UNTUK DIJADIKAN SIMBOLIK DAP?

Lantik dua melayu untuk disimbolik  dlm DAP
Seperti yang dijangka akhirnya dua melayu dilantik untuk jawatan setelah semuanya pakat bungkus dengan teruk dalam pemilihan Kongres DAP 2012di Pulau Pinang, sebagai yang dilantik dalam perjawatan tentunya kita tau sekadar ada apa lagi tak punya hak untuk megundi kerana jawatan yang diterima dilantik bikan kerana menang Bertanding, begitu pun Dua Melayu dinamakan untuk simbolik ataupun nak tunjuk bahawa keperihatinan terhadao bangsa lain yang tertinggal ataupun memang tak diingini dalam parti menjadi persoalan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pelantikan Zairil Khir Johari dan Dr. Ariffin S.M. Omar dalam Jawatankuasa Kerja Pusat DAP 2012 hingga 2015 merupakan 'simbolik' kepada perjuangan parti berkenaan. Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga berkata, kedua pemimpin itu dipilih adalah kerana kebolehan mereka serta diyakini mampu memberi sumbangan penting kepada survival parti berkenaan untuk diterima masyarakat bukan Cina khususnya orang Melayu. Dalam masa yang sama Zairil Khir Johari juga merupakan Setiusaha kerja kepada beliau (LGE)

"Pelantikan mereka berperanan untuk mendekati rakyat yang merentasi sempadan perkauman.
"Kita lantik kerana kebolehan mereka namun saya tidak nafikan pelantikan Ariffin juga adalah kerana beliau seorang cendekiawan," katanya pada sidang akhbar selepas Kongres DAP Kebangsaan Ke-16, di sini hari ini.
Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dalam pemilihan semalam.
Bagi menutup jurang itu, Zairil Khir yang juga Setiausaha Politik kepada Guan Eng kemudiannya dilantik bersama Dr. Ariffin menggangotai dalam jawatankuasa itu.

Sementara itu, Guan Eng juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada calon Melayu akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ((PRU-13) akan datang.
"DAP akan letakkan calon mengikut kelayakan dan boleh berkhidmatn mewakili semua kaum. Maknanya, calon Cina yang dipilih bukan untuk wakili orang Cina sahaja sebaliknya semua kaum,"katanya.

Nampak gayanya cukup jelas sebelum ini beberapa tokoh yang dijulang tinggi oleh PAS bila diundang kedalam masjid, membaca hadis dalam ceramah perdana PAS, yang diangkat sebagai khalifah, yang dibezakan seribu kali lebih mulia dari orang Islam yang lain terutama UMNO, yang dibiarkan kafir nie mengafirkan orang lain dan yang paling  besar alasan serta perbandingan yang PAS buat jauh... amat jauh baiknya mereka dari orang Islam UMNO inilah akhirnya membuktikan memang Melayu tidak ada tempat dalam DAP yang menjadi rakan cium molot dalam pakartun roket!

Apa pun bagi sekerat dua melayu yang ada dalam DAP bagi memastikan kelansungan dan nampak keprihatinan nya DAP terhadap orang melayu boleh lah memastikan  Dua Melayu  ini dibukukan dalam epit sejarah alam DAP supaya noleh dikenang oleh genarasi yang akan datang betapa Melayu diperjuangkan oleh DAP juga
Artikel Penuh: (KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...