KANANG ANAK LANGKAU... |
Sekadar berkongsi duka dengan kalian. terus terang saya katakan saya amat sedih bile dengar tentang kehilangan Kanang anak langkau, Mungkin sahabat saya sdr Azlan Che Lah juga merasakan begini, kami pernah terjah dan merakamkan cerita kanang sekitar awal tahun 90an, sedikit kita berkongsi cerita, sama kita sama merasa tentang erti perjuangan. Betapa Bodohnya sebelum ini kita diperlekehkan olah pakartun Roket demi mencacai menghina pejuang negara bila Mat Taboo yang menganggap Komunislah sebagai HERO dengan memperlekeh pejuang yang sanggup mengorbankan nyawa demi Keamanan yang kita kecapi sehingga kini...
Pejuang menentang komunis terutamannya di gubir, bukit kepong , sempadan Thailand, sg siput dan banyak lagi tempat yang kini menjadikan peristiwa hitam yang mungkin tak semua yang tahu cerita disebalik pejuang kita, antaranya Major Rasyid para 17(kem terendak), SM Kanang 8 renjer (kem terendak), Kopral Adnan ( makenise 19 Sg petani dan banyak lagi. saya dan rakan sdr Azlan pernah menerjah banyak kem diseluruh Malaysia untuk dapatkan cerita terutama tentang perjuangan mereka, banyak yang kami dapat semuanya berakhir dengan kesedihan. termasuk bila diantaranya di makenise sg petani yang terlibat dalam operasi sebenar 'THE BLACK HAWK DOWN' yg berkesudahan Amerika akhirnya sebagai hero walaupun sebenarnya tentera Malaysia lah penyelamatnya,
Cerita psl Datuk Temenggung Kanang nie, teman masih ingat bila kami terjah di kem Para di Terendak masih teringat tertera AGI IDUP AGI NGELABAN untuk 8 renjer yang menjadi kem terakhir buat kanang, 8 Renjer cukup digeruni apabila mereka adalah diantara yang paling kuat disiplin diantara kem-kem lain di terendak... buktinya kalau komer pegi ke kesana, percayalah seawal pagi akan kedengaran jerit oder KAWAD yang diakui semua kem disana apabila 8 Renjer adalah pasukan yang hebat dalam kawad, kita boleh dengar derap dan hentakan kaki mereka setiap kali kawad, dan mereka juga lah yang menjadi juara di terendak KEM PARA ( Paracut) disitulah kem Kanang yang Terakhir kalau tak silap teman ...
Teman dah lupa nama Major yang juga pengendalin utama atau CO ( Comand Officer) tak siap teman Major Kumar, dia yang dilihat tegas sebaliknya tumbang dengan kami bila disoal selidik, menagis bila diasak oleh kami Ketika menemuramah beliau banyak cerita yang di luahkan oleh beliau.
Kanang merupakan anak Sarawak yang begitu tegas dalam setiap operasi dan begitu banyak amalkan petua mengikut bagaimana kaumnya. pengiraan serta congak dalam setiap gerak, Kumar sebelum ini merupakan anak didik kanang dan pada ketika itu hanya berpangkat prebet jer, tetapi sebaik selesai bila kami minta dia katakan apa yang dia mahu pada kanang dan kami akan jumpa kanang selepas temuramah tersebut dan pastinya akan kami panjangkan ucapan beliau, dia bagai budak kecik yg tak dapat menahan air mata berjujus keluar dari matanya berkata teramat rindukan Kanang (bersara) yang dianggap Sebagai bapanya kerana mendidik dan menjadikan beliau hingga kini sebagai seorang warga negara yang terus akan berjuang untuk KEAMANAN negara selagi hayat. selain mengatakan rindu teramat beliau dengan kanang kami juga terharu bila dia memberi tabik hormat dengan tangan yang terketar-ketar dan berharap beliau akan sentiasa sihat senantiasa.
Kanang sebenarnya Tegas dalam setiap Operasi yang siketuainya, Kanang tidak pernah leka dalam hutan, dia juga merupan renjer terbaik sebagai peninjau, Beberapa cara bagaimana beliau membaca setiap pegerakan musuh, Mengikut Firasat dan sebagaimana Keturunan Pahlawan Sarawak, melihat pada daun, ranting patah, melihat kesan tapak, mendengar ditanah tentang musuh dan banyak lagi memang sudah menjadi keistimewaan Kanang terutama Platun yang dipimpinnya yang sentiasa berjaya dalam setiap operasi yang dijalankan .
Membunuh komunis dan tidak sesekali terepaskan walau seorang pun memang jadi ketegasan beliau, tetapi ada juga pantang larang nya bila ada PGK ( kumunis) perempuan yang dibunuh oleh Paltun beliau ketika PGK tersebut membuang air besar di sungai didalam operasi mereka juga menandakan bahawa bakal ada musibah mendatang. Platun beliau kemudiannya diambush oleh komunis, menyedari kesilapan kerana membunuh bandit perempuan yang sedang membuang air besar adalah diantara pantang pada Pahlawan Sarawak nie, menjadikan beliau risau tentang MUSIBAH yang bakal menimpa Platun beliau lalu beliau mendahului Platon tersebut kerana beranggapan biarlah beliau di ambush dulu demi keselamatan paltun kesayangan beliau.
Akhirnya beliau mendapat celaka bila kalau kita tahu ada kesan tembakan menembus dikiri dada beiau yang menyebabkan salah satu buah pinggang beliau rosak tidak boleh digunakan. Demi mengutamakan keselamatan anak buah beloau dalam operasi beliau menjadi yang paling hadapan dalam Platun semasa dalam Operasi beliau.
Bukan itu saja menurut Major Kumar pernah beliau dan palton kehabisan makanan, beliau sendiri akan memasak beras yang ada dibuat bubur dan dikongsi sama rata semua platon walaupun sesudu seorang. Menurut Kumar lagi bekalan yang ada pada beliau berbaki sekadar segengam dua beras yang ada dikongsi semua merasa. dengan menjadikan bubur dan berkongsi semua walaupun sekadar beberapa sudu untuk setiap orang.
Sebaik kami sampai di Kuching dalam siri menjejak beliau, belaiu begitu terharu dengan kehadiran kami, kata nya Kanang hanya dikenali di Semenjung tetapi tidak Di Sarawak. Suatu ketika pernah pingat Gagah Berani dijual dipasar bagi menyara kehidupan keluarga beliau bila beliau terdesak, Beranggapan bukan pekara besar untuk perjuangan demi kemanan negara yang akhirnya kementerian sendiri pergi mendapatkan semula untuk beliau. Pingat seperti ini adalah penghargaan tertinggi bagi Pahlawan negara.
Selepas menemuramah beliau kami ke bandar Kuching membuat temu bual dengan orang ramai bagi membuktikan apa yag beliau dakwa, seramai 20orang yang kami temuramah,. Tahukah kalian apa jawapannya? 10 darinya mengatakan tidak kenal lansung Kanang, 5 mengatakan kenal (alasan) tapi tak tahu dia dimana dan kononnya sudah mati, 3 mengatakan Kanang ni sebagai penghibur ataupun artis, seorang mengatakan kenal Kanang sebagai seorang Artis RAP, Hanya seorang yang tahu Kanang sebagai hero dalam tentera dengan keberaniannya, malangnya dia mengatakan Kanang sudah lama mati, ini interview yang kami buat di kucing dengan Orang Sarawak sendiri, betul lah Kanang hanya dikenali semenanjung sebagaimana dia perkatakan semasa kami berjumpa beliau di Rumah Panjang sebelum menemuduga Orang ramai
Dan sepekara lagi unik nya si Kanang nie apabila disetiap Operasi beliau beliau akan sentisa membawa parang Sarawak yang terselip di sisi beliau, bagi orang Sarawak panglima perang kaum mereka akan memenggal kepala musuh dengan parang tersebut dalam pertembungan yang menggunakan senjata. Bukan menjadi pekara pelik bila Parang Sarawak ( yang macam kita tahu sekarang nie dijual sebagai perhiasan) digunakan dalam paltun Ranjer yang dipimpinnya di setiap Operasi yang dipimpin beliau, Bukan pelik bagi tentera terutama dalam Renjer sendiri yang ramai yang berasal dari sarawak dan sabah
Bagi Kanang soal nama yang perlu dikenang bukan soal utama, yang penting sebagai rakyat wajib pertahankan Kemanan Negara, itu kemestian, begitulah antara yang masih teman ingat, jika ada nama yang tak betul sebutan teman... teman mintak maaf kerana sudah lebih kurang 20 tahun peristiwa ini berlaku, walau bagaimana pun teman masih ingat lagi dari sudut cerita dan kesudahan team kami yang telah pun di episodkan dalam siri IKRAR PERWIRA yang kini telahpun dijadikan Eset dalam Library yang tersimpan terutamanya di RTM sendiri.
Kenapa teman ceritakan pada Kalian? rasanya tentu kaian tahu, kalian berhak mengetahui cerita ini kerana bagi teman Rakyat perlu tahu kemanan yang diprtahankan oleh PEJUANG seperti beliau dan lain-lain pejuang yang pernah dihina oleh mat Taboo bila. mengangkat Komunis adalah Hero sebenarnya sebelum ini, Berani mendedah dan berhadapan dengan musuh cyber yang cuba porak porandakan minda rakyat juga merupakan pejuang bagi teman, sebagai pejuang kalian terserlah BERANI dalam apa sahaja pendedahan, bersatu kita dalam satu saf Perang Menentang fitnah dan ramcangan memporak perandakan negara dengan merosakan pemikiran rakyat... Insyallah
Saya beranggapan dewasa ini seperti Blogger Pisau yang bakal berhadapan dengan saman akan terus kita perjuangkan sebagai memertabat dan memperjuangkan blogger sesama kita, Apa sahaja pendedahan terhadap penyelewengan serta fitnah nampaknya bakal diugut dengan saman walaupun jalan terbaik adalah menceritakan pekara yang sebenar, Nak menentang korupsi dan penyelewengan demi kebenaran nampak bakal berhadapan dengan saman kerana punya kuasa, harta dan pengaruh yang membolehkan golongan begini tidak lansung takut dengan dosa
SEKUPANG DUA... mohon maaf jika ada kesilapan teman dalam sudut penceritaan, Insyallah akan saya cerrita lagi kisah benar pejuang kita dalam episode lain... Mat Taboo contoh terbaik sebagai pencacai demi kuasa sehingga sanggup menghina pejuang seperti Leftenan Adnan serta Peristiwa Bukit Kepong yang telah mengorbankan Pejuang tanah Air kita demi memperjuangkan Keamanan yang kita kecapi sehingga kini
Terbaru kita ketahui demi kuasa dan untuk memburukan kerajaan yang ada Pencacai Pakartu Roket sampai sanggup bertemu Kedutaan Jepun dengan hasrat mencari apa sahaja keburukan yang boleh difitnah kepada kerajaan yang sedia ada oleh Pakartun Roket, demi kuasa apa saja sanggup dibuat sekali pun bersekutu dengan Musuh negara suatu ketika dulu seperti Jepun Dan Komunis,Pernah mereka fikirkan kalau ada adik beradik atau saudara mara yang meletakkan nyawa dema sendiri demi mempertahan kan negara mahu dianggap sebagai pengkhianat, Dema pulak yang bersekutu dengan Kumunis dan terbaru dengan Jepun Pulak, memang dema ler sebenarnya PENGKHINAT SEBENAR kepada Negara sehingga sanggup buat apa sahaja termasuk bersekutu dengan Jepun sekali demi mahu memburukan Negara Malaysia yang aman damai termasuk dema sekali yang kecapi, NAK SANGAT NEGARA HURU HARA DAN BERPERANG KER! DAH HATI DAJJAL... DEMI KUASA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...