18 Januari, 2013

LAGI PASAL TANAH! atoiii kaya,KAYA, Kayaaaaa... olang miskin makanrotikaya suda la...

Macam pyan habib kata ' Urang kaya makannnn daginnn, urang miskin makan rutii... roti kaya ler tu'  ada cerita baru lagi... lepas teman singgah dan baca di blog Pisau.net yang sekarang nie makin kerap blognya di ganggu,teman dah sedor lama dah bila agak sukar satu ketika kita nak masuk kedalam blog beliau, terkini dalam proses pulih dari domain seperti kata pisau dalam blognya, apa pun kita tentunya tertanya-tanya adakah penyelaras domain beliau juga mendapat tentangan atau dah diugut? tak tau ler, tapi nyata menimbulkan syak kepada semua bloggers yang mengikuti cerita dari blog beliau...

Teman dah lama tak menyinggah kat blig dia. sebab beberapa urusan yang tidak membolehkan teman untuk aktif berbelogging, Opah teman meninggal dunia dan sekarang teman sedikit sibuk bila ayahanda teman tak berapa sihat dan kini masih dalam pengawasan doktor di Ward Hospital IPC, harap-harap ayah makin. sihat Insyallah...

Teman sempat menyinggah blog Pisau sekejap tadi bila ada blog- blog yang mula mempaparkan cerita baru dari Pisau.net, memang menarik dan nampaknya seperti bakal ada pembongkaran lagi oleh pisau? memang kebiasaan dalam satu-satu plot cerita mestilah ada kesinambungan cerita yang  dipanggil Story Karektor dalam bahasa filem atau drama, perlu ada cerita sebelum bagi menghayati dan seterusnya keberkesanan akan terlihat dalam lakonan sekali pun tiada kaitan dalam setiap babak atau episode  ... hahaha itu bab bikin filem dan drama...  tapi dari sudut penceritaan mesti ada asal sebenarnya cerita watak samalah sebagaimana apa cerita sekalipun dalam dunia... 

Nampaknya ada lagi cerita yang dikupas dan dibongkar oleh pisau... apakata kita ikuti apa yang dia nukilkan untuk kita baca dan kaji...

Siapa Doh Jee Chia?
Pisau agak 'ralat' sebelum ini kerana terlupa untuk bertanya kepada Ngeh. Sekarang ini Pisau mahu seluruh rakyat Malaysia, penyokong pakatan dan pemimpinnya tanya kepada Dia orang! 

1.Siapa Dato Doh Jee Chia pemilik Yik Wang Development dari Setiawan?

2.Apa kaitan Dato Doh Jee Chia dengan tanah sebesar Putrajaya di Kelantan?

3.Apa cerita dengan sebidang tanah 1,800 ekar di Simpang Lima Ayer Tawar?

4.Kenapa Doh Jee Chia dipaksa untuk membeli 5% saham Upayapadu Sdn Bhd?

5.Betulkah Upayapadu sebuah syarikat yang cukup kaya?,Betulkah  di pejabat mewah mereka "wood panelling" saja dah menelan kos RM40ribu?Belum termasuk perhiasan dan peralatan yang lain..

6.Betulkah  syarikat yang dimiliki Ngeh 51% dan  Ng 6% mampu membayar gaji seorang pengurus sebulan RM15,000?

7.Sebagai ahli politik,dari mana mereka mampu meraih wang jutaan ringgit untuk berbelanja mewah dan mampu untuk membeli syarikat Upayapadu?

Kenapa YIK Perlu RM78 juta tapi pajak ke Upahdaya untuk RM1 juta :  Klik sini   
Permohonan Maaf!

Pisau dengan rendah diri secara rasminya memohon maaf kepada Lim Guan Eng dan barisan pemimpin regim DAP Pulau Pinang kerana kebelakangan ini Pisau agak sibuk dengan isu tanah di Perak dan Kelantan.Tetapi percayalah Pisau tak pernah lupa kepada Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang.Janganlah berkecil hati kerana  regim DAP Pulau Pinang akan terus dapat perhatian Pisau selepas ini . 

Pisau sebenarnya ada di mana-mana, di dalam pejabat Ketua Menteri ada dia, di sekeliling Komtar ada dia, dalam setiap program Dap, Pas dan Pkr ada dia, Dia terlalu dekat dengan musuh-musuhnya. Malah mungkin bergesel bahu setiap hari. (Tang nie teman cukup baik bulu roma) 

Pisau kata " Sejak 2-3 hari blog Pisau agak sukar diekses. Domain blog sekarang ini sedang dalam proses baik pulih."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...