28 Mac, 2013

BOCOR! RANCANGAN SULIT ANWAR! TAPI BUKAN UNTUK PAKATAN RAKYAT!

Pas nampaknya bakal menemui kehancuran yang dahsyat akibat insan yang bergelar Anwar Ibrahim, segala perancangan sulit sebagai helah dibocorkan, nampak sangat betapa dia mementingkan diri sendiri, seklipun Dia menjadi Perdana Menteri Pas hanya layak diiktiraf sebagai pencacai yang sanggup menjual segalanya, agama bukan lagi diasaskan untuk perjuangan sebaliknya sebagai barang yang boleh diniagakan ataupun dijual beli... ikuti pendedahan dari blog MIM

STRATEGI SULIT ANWAR DIDEDAHKAN!

2 minggu lepas MiM telah menulis entri pendedahan YB Zulkifli Noordin, bekas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung strategi dan tindakan yang sedang dan akan dirancang oleh Anwar Ibrahim dan orang-orang kanannya menjelang PRU ke 13.

Di antara pendedahan Zulkifli Noordin ialah :

1. Berlaku tembakan untuk menarik simpati rakyat kepada pembangkang.

2. Anwar akan menunjukkan jam Omega yang sebelum ini didakwa hilang semasa aksi akrobatik dengan China Doll. Tetapi jam itu jam baru.

3. Anwar akan bersumpah tetapi tidak boleh pakai.

4. Wakil-wakil rakyat bekas Pakatan pembangkang akan dipujuk dengan habuan untuk masuk kembali pembangkang dan mengeluarkan kenyataan mereka dibeli oleh DS Najib Razak.

5. Azmiin akan berlakon di depan ibunya.

6. Mereka yang terlibat dalam kes Al-Tantuya dibayar untuk pusing cerita dan mengaku kononnya Najib Razak terlibat.

7. Bekas pegawai DS Rosmah Mansor dipujuk dan dibayar untuk memburuk-burukkan nama isteri Perdana Menteri itu. seterusnya

Di bawah adalah ilustrasi pendedahan tersebut :

Ilustrasi 13 kemungkinan yang MiM ambil dalam blogs

Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim tidak pernah lagi menafikan pendedahan-pendedahan tersebut.

Dan seperti senarai nombor 1, bapa Saiful Bukhari telah diperalatkan oleh kerakusan pemimpin pakatan pembangkang.Lihat Video Eksklusif Ini

Dan jangan kita tertipu dengan pakatan pembangkang sekali lagi kerana mereka pernah memperalatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi!

YB Datuk Zulkifli Noordin mengakui bertanggungjawab mempedayakan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi supaya mengeluarkan fatwa menyokong kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.



“Sebab.. kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah”, katanya.

YB Zulkifli Noordin sebagai peguam Anwar menyediakan soalan-soalan bias untuk mendapatkan fatwa daripada Dr Yusof Al Qaradawi pada tahun 2009.

Menurutnya, beliau bertanggungjawab menyediakan soalan- soalan yang berpihak kepada Anwar dan menyembunyikan maklumat sebenar berkenaan dengan pengadu, Mohd Saiful.

“Sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat. 

“Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf”, katanya. 

video : pengakuan zulkifli noordin

Zulkifli yang juga bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) turut mengakui tindakannya adalah bersalah dan berdosa kerana sanggup melakukan penipuan terhadap ulamar besar semata-mata untuk menyelamatkanimej Anwar Ibrahim -seterusnya 
Kita tunggu lagi perkara-perkara lain yang didakwa akan digunakan oleh Anwar di saat-saat akhir pilihanraya Umum ke-13 ini.

Tetapi jika beliau teruskan, rakyat sudah diberitahu lebih awal. Maka, tiada kejutan atau pelan itu tampak basi dan tidak akan memberi kesan kepada rakyat.

Tambahan pula, kenyataan terbuka Dr Hasan Ali dan Dr Chandra Muzaffar tentang moral Anwar seperti dalam video ini sudah tentu akan menyedarkan rakyat : Lihat Video Tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...