Apa yang pakatan roket buat bukan simpati sebaliknya menghina, kerana apa? Adakah kerana menyedari kegagalan satu lagi rancangan untuk huru harakan SABAH tidk berjaya? Kenapa tak tunjuk hormat dengan simpati apa yg telah berlaku? Sebaliknya menjadi dajal yang mengina kematian pejuang negara.
Apa pun moga segala perancangan jahat yang dibuat diharap akan terbongkar dan baru kita tahu siapa sebenarnya syaitan di malaysia yang sebenarnya merancang segala kemusnahan sehingga membabitkan kematian pejuang kita, insyallah...
Teman tertarik dengan kupasan sg rapat online, pendedahan dan fakta...
Saat Malaysia diselubungi tragedi yang tak pernah dijangka, saat negara kita diceroboh dan saat seluruh rakyat Malaysia memberi tumpuan terhadap krisis Lahad Datu diceroboh pengganas dengan penuh debar dan doa, ada pemimpin pakatan haram mula menjalankan jarum halus menimbulkan provokasi melampau dan menghina Anggota Keselamatan yang gugur syahid mempertahankan negara.
Sikap pemimpin dinilai oleh rakyat ketika sesuatu tragedi berlaku, rakyat nak lihat sejauh mana sensitif atau pekanya seseorang pemimpin rakyat cakna bila bencana menimpa makmum di bawahnya.
Tragedi Lahad Datu pada peringkat awal menerima kejutan yang tak pernah rakyat Malaysia jangka, tak pernah terjadi begitu keras kepala pihak penjenayah sanggup menipu kerana pada awalnya mereka memberi jaminan tiada keganasan bakal dicetuskan.
Siapa menyangka, mereka bukan datang dengan niat untuk berbincang, rupanya datang memang niat untuk membuat huru hara dan isu pokok kononnya nak tuntut hak tanah milik mereka hanya penipuan. Ada agenda yang lebih besar rupanya tersurat dan tersirat yang mana MI bakal dedahkan di siri seterusnya.
Tidak pernah terjadi dalam mana-mana peperangan bila Bendera Putih di angkat, maka mengikut undang-undang perang antarabangsa, pihak tersebut sudah mengaku menyerah diri dan wajib tidak dikhianati. Rupanya Anggota Keselamatan kita tertipu dan akibatnya rakyat Malaysia terkejut bila berita dua orang anggota keselamatan kita gugur syahid terkena tembakan mortar bukannya peluru senapang.
Perasaan marah, sedih dan amat simpati terhadap keluarga syuhada menyelubungi lapangan terbang Subang ketika jenazah syuhada tiba.
Benarkah Nik Aziz sibuk menguruskan persiapan kedatangan Balasubramaniam yang bakal bentangkan kisah pembunuhan Altantuya siri terbaru versi terbaru ?
Gambar di bawah ini tidak lama, ini gambar baru setelah kepulangan Bala dan Nik Aziz menerimanya sebagai tetamu kehormat. Persiapan rapi untuk menerima kunjungan rombongan Bala di lihat amat penting untuk disambut ?
Bagaimana pula dengan Hadi Awang ? Di manakah beliau ? Tak perlukah beliau muncul di rumah arwah syuhada untuk zahirkan perasaan simpati sebagai Presiden Parti yang kononnya mengguna pakai label ISLAM ?
Biasa kalau perhatikan Facebook Nik Aziz atau Twitter beliau, kalau ketua cawangan Pas mati pun beliau akan bergegas pergi untuk ziarah arwah si mati.
Malah kalau tak sempat solat jenazah di rumah si mati pun Hadi Awang akan cepat-cepat ke kubur dan tunjukkan bahawa beliau amat simpati dengan kematian ahli pas itu.
Apakah seluruh kepimpinan pakatan haram malu untuk menjilat ludah mereka kerana syuhada adalah Anggota Polis yang mereka sendiri labelkan sebagai BINATANG peliharaan BN ? Nauzubillah, lihat saja video di bawah ini sebagai peringatan bagi yang lupa ;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...