07 Mac, 2013

PENGGANAS SULU TERLEPAS DISEMENANJUNG?


Petang tadi teman terjumpa yop pagor, serius muka nya kata pada teman... Yop miker tau tak pengganas sulu sebenornya dah ada kat sini (semenanjung)? Kita kena berati-atai weh, dema nie menyamor jer macam orang Malaysia tapi hati dema lagi busuk dari bangkai babi yop! Terkejut jugak teman mendengornya, tapi selepas panjang lebor bersembangnya baru teman tau sebenornya sapa yang dimaksudkan... Memang benor kata yop pagor, apa pun teman maleh nak sembang oasai orang yang kuat meroyan kuasa terutama sanggup jadi pencacai Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan dengan segera serta 'dihumban' dalam tong sampah dan keluar daripada arus politik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.

Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan menyokong pakatan pembangkang yang diterajui oleh cina DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana hanya cina DAP sahajalah yang mampu memberi keadilan dalam semua segi.

Begitu juga dengan kalimah Allah, Nizar menyeru kepada jemaah supaya menerima kalimah Allah untuk digunapakai oleh penganut Agama Kristian dalam bible bahasa Melayunya kerana itu juga untuk memberi keadilan kepada Kristian bagi menyebar agama mereka.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Kita nak jawab apa?

Siapa saudara kamu? Kita nak jawab apa?

Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

2 ulasan:

  1. salam perjuangan..
    harap dapat pautkan blog sy d ruangan cik..

    http://perakkayangan.blogspot.com/

    sy akan pautkan blog cik d ruangan sy

    BalasPadam
  2. Boleh belahhhhh Mat nizar tok pek kong.....selamat tinggai Pas ..manusia hipokrit !

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...