10 April, 2013

ADUN PAS SANGLANG KAYA GILLER, ANUGERAH TUHAN, KANTOI!!!



Geli hati apabila membaca kenyataan naif ADUN PAS Sanglang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis apabila membuat kenyataan di Haprakdaily mengenai isu pemilikan Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya. Alhamdulillah beliau bersifat terbuka, sama ada disedari atau tidak apabila beliau mengakui bahawa beliau telah menggunakan peruntukan Permit Import (AP) yang diberikan kepadanya sebagai Wakil Rakyat untuk membeli sebuah kereta mewah Porsche Cayman untuk anaknya. AP untuk Wakil Rakyat, kenapa anaknya yang bukan Wakil Rakyat yang mengambil kesempatan? Sungguh amat beretika!

Wajarkah anaknya sebagai seorang Ahli Perniagaan menggunakan hak bapanya sebagai Wakil Rakyat yang dilantik oleh Rakyat untuk membeli kereta mewah untuk dirinya sendiri, yang bukan dilantik oleh Rakyat? Apakah boleh CTS katakan seorang Wakil Rakyat PAS telah menyalahgunakan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan keluarganya? CTS pertikaikan ini sebab pemimpin-pemimpin Pakatan Haram setiap hari melaungkan mengenai ketelusan dan tidak salah guna kuasa dan keistimewaan. Puak-puak ni siang malam dok bantai Kerajaan pasal AP. Apabila dapat untuk diri sendiri, rembat juga. Bagi anak pulak tu!

Kedua, betulkah harga kereta tersebut hanya berjumlah RM100,000 lebih sahaja? Diskaun cukai untuk Permit Import (AP) hanyalah RM60,000 sahaja. Rujuk kembali kenyataan Rafizi Ramli yang pernah membuat ananlisa isu AP ini. Mengikut tinjauan CTS mengenai harga "recond" Porsche Cayman bagi tahun 2007 adalah sekitar RM218-RM230 rribu manakala bagi tahun 2009 adalah sekitar harga RM280-320. Selepas campur tolak darab bahagi dan selepas ditolak diskaun AP sebanyak RM60 ribu, mana datangnya harga belian Porsche Cayman yang dibeli untuk anaknya berharga RM100 ribu? Kita mengesa Ustaz Hashim Jasin untuk menunjukkan kepada Rakyat resit pembelian.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/01/adun-pas-sanglang-akui-guna-ap-khas.html#Q4lKLmc1GPAE23yI.99

1 ulasan:

  1. Kepala hotak hang Hashim Jasin oii.. munafik PAS!! kalau tang org lain dituduh dgn rasuah, nepostime.. HARAM lah mcm2 keluar hukum..

    tp dajjal2 PAS ni bila mereka yg buat... melahap kaya raya pun tkpa.. ANAK SAYA.. berniaga.. ptuihhh lah.. klu anak org UMNO kaya habis satu dunia difitnah rampas hak rakyat..

    AP tu pesal hang bg pd anak hang lebai PAS munapik oiii!!


    PAS Laknatullah.. moga kau dan PAS tumbang dgn penuh hina.!!

    ALLAHU AKBAR!!!

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...