25 April, 2013

DR NOVANDRI KEMALANGAN ANGKARA SABOTAJ DIBEHRANG?




Terkini yang teman baru tahu dari rakan bila Dr Novandri dan rakan mengalami kecelakaan mendapat kemalagan di Behrang, diberitakan mungkin disebabkan ada unsur sabotaj. Bagaimanapun kita tunggu hasil siasatan nanti, teman juga nak mengucapkan tahniah dan terima kasih keatas kehadiran Dato Khusairy yang bergegas sebaik mendapat tahu tentang kemalangan tersebut. Tean dan rakan-rakan bloggers yang lain di Perak terutamanya PCT ( Perak Cyber Troopers) berharap semuanya akan berkesudahan dengan baik Insyallah, moga beliau cepat sembuh dan beliau dan rakan cyber yang bersamanya tabah dan sabar dengan ujian Allah keatasnya. 

Apapun kami rasa tentunya semangat juang beliau tetap teguh, jangan hampakan beliau, bagitau saja apa yang PCT boleh bantu insyallah kami sentiasa bersama

Cerita penuh di blog sejarahmelayu.blogspot.com

GEMPAR ! KEMALANGAN MELIBATKAN DR MIM ADA UNSUR KHIANAT ???

on Thursday, April 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 



Dr. Novandri Hasan Basri atau lebih dikenali dengan Dr. MiM dan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bukit Gelugor telah mengalami kemalangan bersama seorang rakannya awal pagi tadi. 

 Namun apa yang dilaporkan oleh Utusan Online hari ini tidak menceritakan kemungkinan kereta yang dinaiki oleh beliau ada unsur-unsur sabotaj kerana dikhabarkan  tayar hadapan kereta yang dinaiki mereka  kedua-duanya tercabut sebelum kemalangan berlaku dan menyebabkan kereta itu terbalik.

Calon BN Slim River Datuk Khusairi sempat    hadir melawat Dr Novandri sebelum beliau dipindahkan ke hospital  di KL. 

- Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.

 Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River. Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. - UTUSAN ONLINE


1 ulasan:

  1. Semoga Dr cepat sembuh. Bair apa pun andaian nya, kita hanya berdoa semoga ALLAH SWT memberi pentunjuk atas apa yang berlaku. Ini lah akibatnya jika gila nak ke Putrajaya apa saja puak2 yang tersebut akan lakukan. Seperti bencana bom di Nibong Tebal, pukul memukul serta lain2 lagi kegiatan seperti samseng atau mereka yang tidak bertemadun. Pemimpin atasan selesai pemilihan berpeluk bahu minum bersama kerna mereka adalah kawan. Cuma lain parti tapi kita rakyat bawahan bermusuh tak sudah2.Kenapa dibiarkan pemimpin memperbodohkan diri kita. Pemimpin atasan parti baik PR atau BN hidup senang lenang walau pun kalah tapi kita tetap macam tu.Tolong tunjukan mana2 pemimpin parti peringkat tertinggi yang hidup melarat. Jangan lah membiarkan diri kita diperbodohkan lagi. Belajar lah mengunakan akal untuk menilai. Jangan sesekali terima dengan tidak berfikir akan kata2 pemimpin diatas. Politik Malaysia hanya berpandukan pada isu bangsa agama, salahlaku sex, rasuah dan fitnah. Setiap masa kita didendangkan dengan rentak yang sedemikian sahaja. Kita yang mendengar terus percaya tanpa berfikir atau cuba untuk mencari kebenaran. Cukup2 lah wahai rakyat bawahan....sudah lama kita didendangkan dengan cerita karut marut. Mana ada ceramah politik yang mendengar nya boleh bersuara.Kita hanya boleh mendengar apa yang mereka katakan tanpa boleh menyoal balik. Ini demokrasi ke? Jika berani buka la gelanggang ceramah untuk rakyat menanyakan soalan tentang perkara yang diucapkan. Pemimpin politik Malaysia semua pelakon2 hebat. Mereka hebat melakonkan watak2 politik hingga rakyat mempercayai akan apa yang mereka ucapkan.

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...