08 April, 2013

PAS IMPORT PENGUNDI DARI SIAM... BO LA WEIII PINK pONK


Biar betui meriah sakan kali nie mengundi di Kelantan, siap import pengundi dari Siam tu, nampaknya meriah ler di Kelantan, mana tidaknya bila import dari siam nie untuk mengundi di kelantan, import jangan tak import...


Macam-macam kita boleh tengok nanti, ada yang  rupa macam artis terkenal, ada yang muka pompuan tapi berhalkum, ada yang rupa jantan tapi spesis liwatullah, almaklumlah... kan semua penyokong dan peminat tegar kepada Hero abang Aljub, apa saja rela dilakukan... apa dah jadi bila pengundi diimport dari Siam? Kerlantan macam tau nak bungkus kali ni lalu buat kerja import dari Siam untuk mengundi?


Rakan blogger, Unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/2012/07/penipuan-pilihanraya-guna-rakyat-asing.html) telah mendedahkan perkara ini dah lama dah. Namun tiada satu pun kenyataan pemimpin pembangkang menafikan dokumen ini.



MyMassa harap UMNO Kelantan sedar tentang rancangan pihak lawan mengimport pengundi dari Thailand semasa hari pengundian.

Apa yang berlaku sekarang adalah pembangkang seboleh-bolehnya merekayasakan fitnah bahawa yang bawa pengundi hantu ini adalah UMNO.
Cara mereka mudah. Tuduh dahulu, buktikan kemudian. Kali ini MyMassa nak berkongsi macam mana fitnah dari Naib Presiden PAS yang menuduh seorang rakyat Malaysia sebagai warganegara Myanmar.

Gambar dari Harian Metro

Tukang kebun kesal didakwa warga Myanmar, jadi pengundi hantu

ALOR SETAR, 7 April — Seorang tukang kebun kesal dengan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwanya sebagai warganegara Myanmar yang menerima kad pengenalan Malaysia dan menjadi mengundi hantu pada pilihan raya.
Sehubungan itu, Ramli Ahmad, 48, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 11.44 malam semalam sejurus mengetahui perkara berkenaan.

"Saya terkejut apabila seorang lelaki Cina datang ke rumah dan menunjukkan sebuah akhbar Cina edisi malam yang memaparkan tentang saya sebagai seorang warganegara Myanmar yang datang ke Malaysia pada tahun 1993.
"Kalau saya warganegara Myanmar, macam mana saya boleh ada surat beranak dan kad pengenalan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa saya lahir di Pengkalan Kundor," katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA di sini hari ini.

Beliau sudah tujuh tahun bertugas di Wisma Darul Aman dan pernah mengundi di Parlimen Kuala Perlis pada 2004 serta Parlimen Alor Setar pada 2008.
Ramli berkata punca pertikaian status kewarganegaraannya mungkin disebabkan beliau memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Dis 1993.

"Saya mendapat sijil itu kerana sijil kelahiran asal telah hilang dalam satu kebakaran," katanya. 
Ramli berkata laporan polis dibuat bagi membersihkan nama beliau kerana tuduhan yang dilempar itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya dan keluarga malah boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat. 

Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Loh Eng Chong berkata selepas melihat kenyataan akhbar berkaitan perkara berkenaan, beliau terus membuat pemeriksaan sebelum ke rumah Ramli bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya ke rumah Ramli untuk memberitahu mengenai perkara ini dengan membawa surat khabar Cina edisi malam yang memaparkan Ramli adalah seorang pendatang asing dari Myanmar. 
Ramli berada dalam keadaan terkejut kerana beliau tidak tahu bagaimana butiran peribadinya boleh berada dengan pihak berkenaan," katanya. — Bernama

Kesian En. Ramli. Tak pasal-pasal kena fitnah dengan Mahfuz. Jadi kepada pembaca MyMassa, harap boleh sedar taktik yang PAS gunakan iaitu PENCURI MENUDUH ORANG LAIN PENCURI UNTUK ELAKKAN DITANGKAP. Mereka tuduh orang lain bawa rakyat asing mengundi tetapi dalam masa yang sama mereka peruntukkan RM25,000 untuk membawa 1000 pengundi dari Thailand untuk mengundi.

*Sesuka hati mak bapak dia nak tuduh rakyat Malaysia sebagai pendatang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...