09 April, 2013

PERMATANG PAUH TAK MAHU ANWAR BUKAN KONONNYA UBAH ANGIN

Alasan sebagai Tukar Angin atau membantu kemenangan di Kawasan Lain kononnya beralih ke Parlimen lain, sebenarnya ia dilihat kononnya membantu Parti untuk menang pada halnya semua ini disebabkan PEMIMPIN GAGAL di kawasan, Nampaknya untuk menutup semua kepincangan dan kelemahan pemimpin tersebut termasuk ketua umum Pakartun Roket nie

Bukan setakat itu sahaja malah pemimpin yang dah letih dan patut bersara akan diletakan ditempat yang tidak mampu dimenang, tujuannya adalah untuk memberikan impak dan tanggapan supaya dapat mencelarukan pemikiran rakyat. Mereka tidak membazir dengan pemimpin yang dah bersedia untuk di scrap atau dilupuskan. Meraka ini tidak disia-siakan, dipergunakan sehingga boleh digunakan selagi boleh, setidak-tidaknya ada kegunaan nya

Jadi tak Hairan lah Kuda Tua di Hantar ke gelang patah dipergunakan sisa-sisa yang ada, yang banyak menjadikan Masalah tetapi popular akan ditukar ketempat lain, cara begini lebih menguntungkan parti sekalipun rakyat nampaknya menjadi mangsa tertipu dengan mereka.

Bagi pihak parti pun dapat menyelesaikan masalah dengan mudah, mengekalkan kawasan dengan memujuk bahawa YB ditukar ketempat lain sebaliknya ia dilihat menutup kelemahan pemimpin yang menjadi tunjak serta kepala iradat parti yang tidak boleh ditepikan.

Kupasan lanjut di Blog pilihan menarik , kita cuba dengar...


Butterworth: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dianggap rahmat kepada penduduk Parlimen Permatang Pauh yang sudah sekian lama mahu menolak kepemimpinan Penasihat PKR itu.

Perkara itu disuarakan penduduk Permatang Pauh sendiri yang mendakwa Anwar selama ini tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya hanya mempergunakan masyarakat di kawasan itu kerana taksub mengejar cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.
Penduduk Kampung Mengkuang, Yusof Sudin, 75, berkata Anwar yang diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 sudah jauh berubah kerana dilihat leka mendahulukan matlamat peribadinya berbanding berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu.Lalai jalan tanggungjawab“Apa erti seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat? 

Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat.“Kalau Anwar pulang ke Permatang Pauh pun, niatnya hanya sekadar untuk berkempen dengan memperdaya masyarakat di sini untuk terus menyokongnya. Namun, apabila rakyat memerlukan khidmatnya, dia ‘lesap’ entah ke mana dan ini membuatkan penduduk tawar hati untuk terus menyokongnya,” katanya di sini, semalam.
Yusof berkata, sikap sambil lewa Anwar terhadap penduduk Permatang Pauh berlaku kerana beliau terlalu selesa di kawasan yang dikatakan kubu kuatnya, selain yakin pengikut setianya akan terus menyokongnya.“Sudah sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar dan kami semakin sedar keadaan ini dan kalau dia bertanding sekali pun di sini, saya percaya sokongan terhadapnya tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas,” katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, mengumumkan akan bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh dan memilih Perak pada PRU-13.Penduduk, Mohd Rafizal Yusof, 40, berkata keputusan Anwar ‘lari’ dari Permatang Pauh itu mempunyai kaitan dengan sokongan berkurangan rakyat kawasan itu terhadapnya berikutan kegagalannya menyumbang kepada program dan pembangunan di situ.“Anwar semakin ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat pada 2008 dan meminggirkan rakyat di sini dan hanya pulang sesekali, itupun jika terpaksa menghadiri majlis besar pembangkang negeri, manakala selebihnya untuk ceramah politik.

Sumber (klik)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...