13 Mei, 2013

ADA SIAPA TERJUMPA HUDUD? HILANG LESAP TAH KEMANA SEBAIK LEPAS PRU 13




Kejap ada... Kejap dah hilang! macamana tu? ikut musim kot, bila musim dia datang, macam durian ler pulak,  bila tiba musim... merata ada Durian, kunyit ler, musang king ler D 24 ler, bukit ler dan macam-macam lagi timbul, bukan setakat itu jer...mana-mana jer tentu ada kaitan dengan duria, tempoyak, gulai tempoyak, ice cream durian ler, dan banyak lagi, malah dodol pun hangat ada perisa Durian. 

Nampaknya Hudud juga senasib... Dilelong dan dijadikan modal setiap kali datangnya Musim PRU, yang lagi pelik soal Agama pun semacam dipersenda dan dihina bila dinuat macam musim durian tadi. Sehingga masa nie pulak dah senyap pasal hudud berbanding sebelum Dun dibubar... Semuanya disabitkan hudud, malah diletakan hukum dan kafirnya UMNO sekalipun Pas yang sebenarnya dan kononnya yang nak sangat dilaksanakan,  seperti kebiasaan jugak UMNO lah yang dijadikan punca menolak hukum Tuhan...

Dalam masa yg sama kita jer yang sedar tetapi PAS ler yang dah senyap memekik pasal hudud ala Pas jer. Tak kesian ker kat Tuan Guru yang baru diminta bersara, nampaknya selama 22 tahun pemerintahan PAS dibawahnya sia-sia jer, masa yang begitu lama tiada kesudahan dalm merealisasi Hudud terutamanya di Kelantan, tak jumpa kearah perlaksanaan Hudud, apatah lagi persiapan awal seperti mengambil penguatkuasa baru yang tidak kabur pandangan (Rabun), Islam, punyai snawi yang cukup kearah perlaksanaan Hudud,bukan setakat itu jer malah badan kehakiman, peraturan, Maik dan lain-lain badan yang memnawa dan terlibat kearah perlaksanaan Hudud

Sehingga hari ini Hudud cuma wujud masa nak PRU jer selepas itu senyap kembali selepas PRU, bagaimana mahu kita nilaikan keikhlasan untuk wujudkan Hudud atau dah memang ini sebenarnya hudud PAS, tak mahukan mereka melakar sejarah Tuan Guru yang dah 22 tahun sehingga bersara tetapi Hudud tetap sebagai barang bualan saja...  Tidak kah sejauh itu mentadbir tetapi hudud sebagai satu pekara kecil pun tidak tertunai, tidak kah tercalarnya Tuan Guru yang begitu lama sebagai Menteri Besar pun tidak dapat melaksanakan satu hukum yang di canang setiap PRU 13? Kesian... Tak berhati Perut ker dema dengan tuan guru, atau memang dah nak dijadikan isu meraih undi jer buat dema... 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum semua:

    Kalau Nak buat negara Islam kena tukar perlembagaan.
    Perlukan 2/3 majority. Kedudokan kerusi yg dipertandingkan
    saperti berikut (kalau salah tolong betulkan):

    Jumlah kursi Parlimen = 222
    Yang bertanding:

    BN = 221 (100 %)
    PKR = 99 (45 %)
    PAS = 73 (33 %)
    DAP = 51 (23 %)

    Yang lain2 tak payah sebut, buang masa aja.
    Jadi 2/3 x 222 = 148 kerusi(= 67 %)

    Jadi kalau nak tubohkan negara Islam dan laksanakan HUDUD, semua parti pembangkang kena menang sekurang kurangnya 148 kerusi bersamaan 67 % atau 2/3 majoriti boleh ke? Andaikan PAS menang semua kerusi = 73 kerusi (boleh ke ?) masih perlukan 75 kerusi dari DAP dan PKR, dia org nak ke?:

    DAP = langkah mayat saya dulu
    PKR = LBGT, PLURALISM, nama ALLAH pun dia gadai
    PAS Nak laksana HUDUD baguslah tu, tapi laksanakan dulu pada:

    1) Tok Pa Ali
    2) Mat Sabun
    3) ADUN Selinsing dan lain-lain.

    Ikut hukum HUDUD semua kena rejam sampai mati tu.

    Baru ada kredibiliti.

    Nabi(saw) bersabda "Kalau Fatimah Bt Muhammad mencuri sekalipun akan ku potong tangannya (hukum hudud)"

    Apa macam sanggup ke kita semua. Tapi Hj Hadi kata HUDUD hanya 0.0001% sahaja dalam hukum Islam, jadi yang lain-lain tu apa ya.

    Kesimpulanya:

    1) Sampai bila bila PAS akan sentiasa berharap pada DAP dan PKR untuk menjalankan segala polisi kalau pembangkang menang.

    2) Itu bermakna PAS ialah parti yang lemah dan akan dipergunakan oleh DAP dan PKR (yang berguling atas jalan hari tu sapa).

    3) Hak Melayu dan Islam akan tergadai/terhakis, DAP and PKR will be calling the shot not PAS.

    4) Lebih berleluasalah pusat judi, rumah urut, kedai arak dinegara kita.

    5) HUDUD tak dapat dilaksanakan, sebaliknya org2 Melayu Islam pula bercakaran dan berbunohan sesama sendiri(semuga dijauhkan ALLAH).

    6) DAP bertepuk tangan dan mengaut ghanimahnya.

    7) Kan ke lebih baik sekiranya semua org Melayu Islam tanpa mengira parti bersatu padu untuk meningkatkan kemajuan kita,ilmu kita,ekonomi kita. Ini tidak, baru ada seorang Melayu kaya (Tan Sri Mokhtar AlBukhary) dah ramai Melayu yang bersuara. Sepatutnya kita sokong dia dan berusaha supaya kita dapat melahirkan
    lebih banyak orang macam dia.

    8) Bukankah lebih baik kita mengakui kelemahan kita tidak terdaya untuk melaksanakan HUDUD dan kita semua memohon ampun dari Allah swt dan terus membaiki diri kita semua dari kita terus berbalah tentang perkara yang menurut Hj Hadi hanya 0.0001 % dari hukum Islam.

    9) Yang nak laksanakan hudud ialah org Islam. Kalau penduduk Islam Malaysia setakat 52 % macam mana nak buat. Alangkah baiknya kalau PAS yang pandai pasal Islam berdakwah bermati2an supaya pendudok Malaysia menjadi 90 % Islam, jadi 55 tahun PAS ujud di Malaysia taklah jadi sia sia saja.

    Ya Allah ampunkan kami kerana kealpaan dan kelemahan kami Ya Allah --- Amin

    Tolong sebarkan

    BalasPadam
  2. YB muslim BN x sokong hudud ke?
    Nak jugak tahu ape pendirian dieorang....

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...