11 Mei, 2013

ANWAR JUGA DALAM SENARAI NAMA DISOAL SIASAT POLIS .

Polis memulakan siasatan dan tindakan berhubung dengan Perhimpunan Haram rabu yang Lalu, nampaknya gara-gara yang kita boleh agak tentunya dengan kegagalan PR yang diketuai oleh seorang pemimpin yang bukan berjiwa besar sebaliknya  berhasad merampas kuasa dengan slogan dan sokongan rakan parti lain supaya ia mencapai haloba nya sebagai Perdana Menteri yang tidak kesampaian.


Dengan kegagalannya untuk menjadi PM Malaysia sepatutnya kita sudah boleh tahniah kepadanya apabila sebelum ini semua satu Malaya telah pun dia maklum, 'Kalau dia gagal menjadi Perdana Menteri... Dia akan bersara dan akan menjadi Seorang Guru! '  itu hanya janji dia sahaja malah sebut pasal janji nie dia memang hero, kalau nak dikutip dan simpan janjinya, mau penuh 3 trailer banyaknya, jadi kita dah tak heran dengan pelbagai janjinya pada rakyat. Malah rakyat Malaysia cukup paham dan tau kelentongnya kecuali balaci dia sendiri yang sentiasa angguk apa sekalipun yang dia kerah atau wajib percayadengan dia, 


Macam-macam lagi bentuk kerahan, antaranya, jangan percaya ada kisah peliwat, kisah membalun Amoi Dolls made in China,  balun sama type pakage dengan bini sekali, dan apa saja yang dia perkatakan jangan sesekali menentang!!!
APA-apa pun kini dikhabarkan Polis akan memanggil untuk soal siasat kepada kes menghasut dan buat huru hara dalam perhimpunan Haram Rabu lalu... Ikuti kisahnya dalam blo MIM...


TERKINI! ANWAR DIPANGGIL PIHAK POLIS ! #PRU13

Polis akan memanggil semua yang berkenaan, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan dijalankan kerana perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahi undang-undang. 
"Tidak kira siapa pun individu itu, kami (polis) akan memanggilnya dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan. 
“Kita akan mengambil tindakan sekiranya melanggar peraturan, apatah lagi menghasut supaya bermusuh antara satu sama lain dan menggunakan perkataan bagi menghina seseorang,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi anggotanya, Superintendan Ghazali Daud, di Hospital Pakar KualaTerengganu (KTS), di sini.

Kemalangan pada awal pagi 30 April itu meragut nyawa isteri Ghazali dan dua daripada tujuh anak mereka.

Lima lagi anak mereka cedera.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Perhimpunan di Stadium MBPJ itu bertujuan membantah keputusan PRU13 yang didakwa pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan.

Ismail meminta semua pihak tidak mengeruhkan keadaan dengan menyemarakkan api perkauman kerana PRU13 telah berjalan mengikut proses amalan demokrasi negara.

“Rakyat telah membuat keputusan dan janganlah mana-mana pihak mengambil kesempatan ini dengan melakukan sesuatu yang mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Tambahnya, perkara itu tidak elok untuk keharmonian masyarakat, apatah lagi kerajaan baru sama ada peringkat pusat mahupun negeri, telah pun dibentuk.

“Saya minta semua lapisan masyarakat jangan bercakap dan menulis sebarang bentuk unsur negatif yang boleh merosakkan perpaduan, ketenteraman awam serta yang menakutkan orang ramai.

“Hormatilah keputusan rakyat dan sistem demokratik yang ada,” tegasnya. seterusnya
Kita tunggu tindakan pihak polis yang seterusnya. Sementara itu, kita saksikan sekali lagi video Anwar di bawah.

Saksikan :

Video Anwar meroyan! Funny!


1 ulasan:

  1. Eleh...kalau setakat siasat apa ada hal? Polis & Peguam Negara nama ada telor....

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...