Mukadimah dialamaya memperjuangkan agama, bangsa dan negara menjadi resolusi dasar perjuangan teman... Tiada yg sangkut hidup atau mati... PERJUANGAN PESAKA @ MARTABATKAN BANGSA
08 Mei, 2013
SEGERAKAN PEMUTIHAN PARTI BERMULA SEKARANG!!!
Segerakan pemutihan dalam Parti, jangan mengira apa parti dalam kompenan, pedulikan besar mana pengaruhnya, jangan teragak jika dia penyebab besar kekalahan tetapi berpengaruh, jangan bandingkan dia punya pangkat atau jawatan tertinggi... Apa sahaja yang tak diperlukanmaka sudah elok dilupakan serta diganti baru, tidak boleh tunggu dan terus menunggu sebaliknya segerakan rancangan pemutihan dalam Parti Barisan Nasional maupun UMNO juga tidak terlepas...
Pemutihan juga jangan lah ada scope atau subjek tertentu, apa sahaja yang pincang kena diusir dan dihapuskan, jangan layan lagi kepada yang tidak punya semangat juang sebaliknya mementingkan pulangan dalam sebarang usaha, tidak boleh tunggu tapi kena laksanakan sekarang...
Bukan hanya pentadbiran, sebaliknya dari apa sahaja sudut keperluan atau kekuatan. Kebajikan, Pemuda,Wanita, Puteri, pengurusan, bahagian, negeri, media, cyber, gerak gempur,team pemidato dan apa saja yang menjadi tulang belakang serta jentera parti perlu dikemas kinikan dan di perkasakan. Lupakan kerja sia-sia, jangn buang masa pada yang tidak berfaedah...
Parti kompenan yang yang sering gagal dankita terpaksa memikul dijemala kita jangan dilayan lagi sebaliknya mereka sendiri kenalah mencari resolusi sendiri, buktikan mereka mampu memulihkan pertinya sendiri, bukan lagi bertengek dan membebankan lagi, masalah dalaman serta internal perlu diselesaikan segera sendiri, bukan sekadar kita kena simpati sebaliknya berpuas hati dengan kerja keras demi memastikan gabungan makin mantap
Ini bukan masa lagi untuk kita melahirkan simpati dan kaku dengan kejutansokongan orang cina sebaliknya kerja perlu bermula sekarang,bukan orang cina sahaja sebaliknya semua parti dalam Barusan Nasional termasuk UMNO, siapa yang mementingkan diri sendiri dah boleh dilupakan, jangan diberi muka, nilai lah dari segi kerja bukan dari segi nama dan kehadiran dalam banyak program dan lain-lain
Seperti di Perak cukup jelas sebenarnya UMNO lah penyelamat kepada kerajaan negeri, terbaik jalan penyelesaian tak perlu lagi bergantung harap malah lebih baik kita wujudkan pemimpin baru yang dikenal pasti berpotensi dan banyak membantu parti tanpa memikirkan keuntungan atau balasan, 10 pemimpin berpotensi dibentuk sudah cukup melegakan dari sudut kekurangan pemimpin yang disenangi dan yang diharap oleh rakyat
Tak perlu lagi membuang masa dan kerja memujuk terutama kaum Cina, biarkan ianya diselesaikan oleh mereka sendiri,biarkan mereka tak kira lah orang Cina atau India memikirkan jalan memulihkan masalah dalaman serta sokongan dari ahli parti mereka sendiri. Mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku dan Insyallah akan tahu penyelesaiannya nanti
Jangan lagi membantu negeri yang kita sangkakan boleh dijernihkan, bagai menabur garam kelaut, lupakan kerja yang tidak menguntungkan dan membazir malah rakyat lagi bertambah bosan dan muak!!! Jangan biarkan mereka pula mengalih perhatian kerana suara mereka semacam tidak didengar, kita kena hadapi segalanya walaupun pahit untuk kita menelannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...