Mukadimah dialamaya memperjuangkan agama, bangsa dan negara menjadi resolusi dasar perjuangan teman... Tiada yg sangkut hidup atau mati... PERJUANGAN PESAKA @ MARTABATKAN BANGSA
30 Jun, 2013
LELAKI DIRASUK HANTU KETIKA MEMBELI MINUMAN DIRAKAM OLEH CCTV (VIDEO)
DUA BERADIK BERLAINAN PARTI SHAHRIR DAN KAHALID SAMAD
Di Dewan Rakyat, yang sering disebut ialah penglibatan anak beranak seperti ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala dari DAP pula terdapat dua anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh dan Gobind Singh.
Amat jarang orang menyebut tentang dua beradik yang hadir di Dewan Rakyat iaitu ahli parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Lebih menarik lagi dua anak Samad ini mewakili parti yang berbeza, Shahrir yang baru dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) mewakili UMNO manakala Khalid yang dipilih untuk penggal kedua ke dewan rakyat mewakili PAS.
Biarpun keduanya mewakili parti berbeza tetapi dua beradik ini tetap mesra dan amat profesional. Dalam dewan rakyat mereka menyuarakan pandangan mengikut perjuangan parti masing-masing tetapi bila di luar dewan, hubungan antara adik dan abang tidak terputus malah saling hormat menghormati.
Shahrir, 63, sebelum ini pernah memegang jawatan menteri dan pernah bertanding sebagai calon bebas di parlimen Johor Bahru. Shahrir sering dianggap adik kepada Khalid biarpun hakikatnya beliau merupakan abang. Ini kerana sebelum ini Shahrir sering tampil dengan imej 'clean cut', tidak bermisai atau berjanggut.
Kehadiran Shahrir pada isini ketika majlis angkat sumpah ahli parlimen mencuri perhatian ramai. Baik wakil BN atau pembangkang agak terkejut dengan imej baru Shahrir yang bermisai dan berjanggut. Ini membuatkan ada yang menyapa beliau kerana mahu tahu puncanya tampil dengan imej baru.
Shahrir ketawa bila soalan tentang imej baru beliau diajukan oleh rakan dan juga oleh Astro AWANI.
“Imej baru!...apa sebabnya?, sebab tak cukur itu saja,” katanya dalam nada bergurau.
Kemudian secara berjanaka Shahrir membuka rahsia kenapa dia tampil dengan imej baru yang bermisai dan berjanggut. Katanya, imej baru itu kerana kasihankan adiknya Khalid.
“Sebenarnya salah satu sebab orang kata saya adik kepada MP Shah Alam. Oklah, saya kasihankan dia sebab nampak macam dia tua, saya cuba nak tua kan saya,” katanya.
Shahrir, 63 tahun merujuk kepada adiknya Khalid, ahli Parlimen PAS Shah Alam yang berusia 56 tahun. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 11 Selangor sentiasa dengan imej bermisai dan berjambang.
Shahrir mengakui ini kali pertama menyimpan misai dan tidak pasti berapa lama dia boleh bertahan dengan imej baru itu.
“Cubalah tengok, berapa lama boleh tahan,” katanya.
Menurut Shahrir ada rakan-rakan yang suka dengan imejnya itu dan sebaliknya.
Ditanya komen isterinya dengan imej baru beliau, Shahrir berkata,”mula-mula dia suka. Lepas tu tengok dah lama-lama macam saya tak terurus..tetapi lepas saya pergi jumpa tukang gunting..trim..sekarang tak kisah dah,”.
Ketika temubual sedang diadakan, Khalid tiba-tiba muncul dan bersalaman dengan semua yang ada disisi Shahrir. Mereka berdua mula bergurau senda.
"Hah...mana satu abang mana satu adik ni?" tanya Shahrir sambil ketawa.
"Nasib baik aku masih kenal abang aku," balas Khalid yang dikenali sebagai seorang yang lantang dalam Dewan Rakyat dan juga dalam partinya. Sama seperti Shahrir, jika ada yang perlu ditegur, beliau akan bersuara biarpun yang menerima teguran sinis beliau itu adalah dari partinya sendiri.
Keduanya amat sporting dan sempat bergambar bersama bila ada antara ahli parlimen lain minta untuk merakamkan foto mereka bersama.
"Aku kasihankan Khalid ni, orang kata dia tua," gurau Shahrir.
"Tapi aku lebih banyak rambut warna hitam," balas Khalid dan kedua-duanya ketawa.
28 Jun, 2013
TELAN IKAN HIDUP SEMBUHKAN PENYAKIT ASMA
MAYAT BAYI DIBUANG HINGGA DIKERUMUNI KERENGGA
27 Jun, 2013
BENJI DITANGKAP LAGI KES SYABU...
Sumber : (KLIK)
AYAH RATAH DAGING ANAK SENDIRI UNTUK ILMU HITAM
26 Jun, 2013
PAS KEJAM, KEJAM, MENGHINA DAN PERSENDAKAN TUAN GURU NIK AZIZ @ MURSYIDUL AM?
BENARKAH KLON ALJUBRI TELAH DITEMUI DAN BAKAL DIDEDAH?
Gambar ni dema kata mulut dan gebu pipi sebijik atau sama aljubri... Hehehe...
20 Jun, 2013
GOOGLE LANCAR PERANG PORNOGRAFI KANAK-KANAK
19 Jun, 2013
JANGAN KACAU KAMPUNG KAMI LAGI ( II )
Jadi kepadada sesiapa yang selalu tanya kenapa di PDM kampung Melayu tetiba penuh dengan pengundi Melayu, kenapa kampung melayu yang makin terhimpit? inilah sebenarnya puncanya... pada yang berkenaan kenalah ambik iktibar dan jadikan sebagai usaha Pemutihan, apa masalah Melayu yang tak boleh dibantu? bukan kah PRU 13 telah membuktikan Melayu cukup memberi sokongan sekalipun rakan kaum Cina yang belot, walaupun tak semua yg macam tu tapi tidak kah mereka sepatutnya merasa tanggung jawab dan kenapa pulak Melayu tak boleh dihargai? buat jer sepaurh tempat ni untuk orang melayu... salah ker?
SIAPA SPEAKER DUN PERAK? SIAPA PULAK BAKAL PEMIMPIN NOM 1 MIC?
Jika ada yang masih meragui isu perlantikan speaker DUN Perak dan dua pegawai kanan Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir, yakinlah isu itu sudahpun selesai.
Bagi Dr.Zambry yang juga Pengerusi BN negeri walaupun isu itu dianggap selesai dan enggan diheret mengulasnya lebih lanjut, beliau enggan membuat penjelasan jauh menyimpang dari isu berkenaan.
Dengan kata lain Menteri Besar berpendapat perlantikan speaker DUN Perak, seperti diumumkan, akan dibuat dalam sidang DUN hujung bulan ini. Tak perlu dipersoal siapa calonnya kerana DUN Perak akan menentukan.
Lagipun menurut Dr.Zambry sebelum nama calon berkenaan dibawa ke sidang DUN banyak proses perlu diikuti termasuk perbincangan dengan pucuk pimpinan pusat.
Manakala menunggu perlantikan speaker, walau siapapun orang itu. Dr.Zambry mahu semua pihak menghormati keputusannya melantik dua pegawai kanan mewakili masyarakat India yang diumumnya baru-baru ini.
Kerana kata beliau perlantikan yang dibuat dan diumumkan itu “adalah hak mutlaknya.”
Beliau merujuk kepada dua calon yang dilantik ke dua jawatan penting di pejabatnya iaitu pegawai khas dan penasihat Menteri Besar bagi komuniti India.
Dua orang calon berkenaan ialah V Elango, Ketua MIC bahagian Lumut sebagai penasihat MB manakala C Sivaraj, Pegawai Khas.
Mereka sepatut mula bertugas pada17 Jun.
Menurut satu sumber sehingga semalam,kedua-duanya belum melaporkan diri. Konon mereka gagal berbuat demikian kerana menunggu “lampu hijau” dari MIC pusat.
Untuk rekod MIC meminta jawatan speaker DUN Perak diberikan kepada calonnya. Tuntutan diumumkan Presiden MIC Datuk Palanivel dengan memberi kata putus jika MIC tak dilantik speaker, MIC Perak akan menolak semua jawatan dalam kerajaan. Ini termasuk juga jawatan pegawai khas dan penasihat MB.
Bagaimanapun ketika diajukan persoalan ini kepada Dr.Zambry sebaik selesai program hari bertemu pelanggan di Ipoh hari ini (Selasa), beliau menganggap isu berkenaan sudah selesai.
Beliau tidak mahu pihak media memperpanjangkan lagi polimik ini kerana “saya jawab soalan tadi kerana menghomati soalan anda. . . . saya minta tak payah tulislah . . . .dah selesai.”
Dr.Zambry berpendapat perlantikan dua pegawai—Elango (penasihat) dan Sivaraj (pegawai khas)—ke dua jawatan penting di pejabatnya adalah haknya.
Beliau mengulangi bahawa isu ini bukanlah datang darinya malah ia ditimbulkan oleh Presiden MIC.
Ketika diasak berulang kali, Dr.Zambry berkata “saya sudahpun jawab soalan itu dulu . … “merujuk kepada isu speaker dan dua pegawai.
“It’s a non issue . .. . semua dah selesai. Malah anda (media) tak perlu tulis mengenainya . . . .”
Katanya sebagai pemimpin,”lazimnya pemimpin buat kenyataan sekali mengenai sesuatu isu, bukanya berubah-ubah.. . .”
Beliau sekali lagi meminta media dan orangramai menunggu sidang DUN tidak lama lagi bagi mengetahui calon speaker DUN Perak.
Menteri Besar juga menjelaskan perlantikan dua pegawai berkenaan sebagai memenuhi janji yang dibuatnya pada komuniti India di Perak sebelum PRU ke13 lagi.
“Saya melantik mereka kerana janji yang saya buat pada komuniti India sebelum pilihanraya lalu . .. . jadi saya dah tunai janji .. . .”
Bagi pemerhati politik isu perlantikan speaker seperti yang dituntut MIC bukanlah isu yang harus dijadikan “ugutan” kerana ia boleh menjejaskan perpaduan didalam BN negeri.
BN negeri bersetuju melantik Datuk R.Ganesan, seorang peguam dan tokoh MIC yang kalah dalam PRU ke12 pada 2008, ke jawatan speaker DUN Perak pada 2009 bagi mengimbangi perlantikan dibuat Pakatan Rakyat pada 2008.
PR sebaik berkuasa buat pertama kali melantik Sivakumar sebagai speaker—memecah tradisi di Perak apabila wakil India dilantik ke jawatan berkenaan. Selama ini speaker DUN dipegang oleh calon UMNO.
Oleh kerana ketika itu BN mahu menarik sokongan masyarakat India menjelang PRU ke13, mereka memberi peluang calon India dari MIC sebagai speaker seperti dibuat PR.
Bagi MIC pusat “speaker DUN Perak adalah hak mereka berasaskan perlantikan Ganesan pada 2009.” Untuk rekod dua calon MIC tewas dalam PRU ke13 manakala dua kawasan milik MIC ditandingi UMNO/BN—Pasir Panjang dan Behrang.
Calon UMNO/BN menang di kedua-dua kawasan berkenaan. Bagaimanapun sebagai pertukaran, dua calon MIC akan diberikan jawatan senator.
Untuk rekod juga Ganesan bukanlah pilihan pertama MIC untuk dipertimbangkan ke jawatan speaker kali ini.
Selepas sidang DUN Perak yang terakhir menjelang PRU ke13 Disember lalu, Ganesan memfailkan saman RM25 juta terhadap 5 tokoh DAP negeri berhubung pendedahan rakaman video seks, yang didakwa membabitkan aksinya bersama seorang wanita.
Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Dan 5 tokoh yang dinamakan dalam writ saman antaranya Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham: Setiausahanya, Nga Kor Ming; V Sivakumar; A Sivasubramaniam dan Lim Pek Har yang dinamakan sebagai defendan.
Dikalangan pemerhati, isu yang dibangkitkan Palanivel mengenai tuntutan jawatan speaker (beliau juga Pengerusi MIC negeri) ada kaitan dengan pertandingan bagi jawatan Presiden MIC pada 22 November manakala penamaan calon, 1 November.
Sudah kedengaran desas desus ada beberapa calon yang akan bertanding menentang Palanivel bagi merebut jawatan berkenaan.
Calon yang paling favorit dikalangan masyarakat India untuk menentang Palnivel ialah Naib Presiden Datuk SK Devamany.
Devamany merupakan bekas ahli parlimen Cameron Highland. Tapi tempatnya diambil alih Palanivel dalam PRU ke13 manakala Devamany diletak di Sungai Siput, bekas kawasan yang diwakili Samy Velu.
Dalam PRU ke13, Devamany tewas pada Jeyakumar dengan majority, 2,793. Devamany memperoleh 18,800 berbanding Jeyakumar,21,593. Kemenangan Jeyakumar berpunca sokongan 80 peratus pengundi Cina.
Dalam komen terbaru Palanivel berkata beliau akan bertanding sebagai presiden parti itu buat kali terakhir pada penggal ini.
Katanya sama ada namanya disenaraikan sebagai calon presiden ataupun tidak, ia bukan menjadi masalah bagi dirinya.
"Saya bertanding atau tidak, ia tidak menjadi masalah bagi saya, tetapi kalau saya dipilih, ini adalah penggal terakhir bagi saya, sekarang saya sudah berumur 64 tahun:”katanya.
Justeru bagi pemerhati politik tempatan isu perlantikan speaker yang dituntut MIC boleh memberi kelebihan pada Palanivel untuk mempertahankan jawatan presiden.
Peluang Palanivel jauh lebih cerah dari kompetitornya memenangi jawatan presiden jika speaker DUN Perak diserahkan sekali lagi pada calon MIC—seperti yang dipejuangkan.
Sumber : Agenda daily
18 Jun, 2013
JANGAN KACAU KAMPUNG KAMI...
Siapa sangka di tengah kepesatan ibukota (kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya), masih ada sebuah kampung yang mengekalkan tradisi kehidupan di desa, rumah-rumah papan, kedai runcit dan anak-anak kecil berlari-lari di tepi lorong jalan tar.
Warga kota yang sekian hari semakin lupa tradisi kampung seharusnya ke sini untuk mengingatkan kembali saat kecil dahulu di kampung halaman masing-masing - sekurang-kurangnya dapat mengimbau zaman semasa kecil dahulu.
Namun suasana itu semakin hari semakin pudar, penduduk di sini sebenarnya sudah `terancam' dengan pembangunan sama nasib seperti kampung-kampung di pinggir ibukota yang lain.
Nasib mereka tidak sebaik datuk atau moyang yang mula-mula `membuka' kampung ini sebelum merdeka dahulu.
Ia sudah diancam kemajuan moden sedangkan apa yang dimahukan pengekalan status kampung tradisi yang menjadi darah daging mereka sejak mencelik mata mengenal dunia di sini.
Bagaimana hendak terbayang kondominium atau teres atau mungkin Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal menggantikan bau dinding papan rumah mereka sedia ada?
Paling malang, pihak berkuasa memberi notis amaran untuk merobohkan rumah dengan alasan hendak dibuat pembangunan moden yang terang-terang tidak diperlukan mereka.
Prinsip ini yang dipegang kukuh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramlee Ahmad dan kira-kira 300 baki keluarga yang berkeras mahu mempertahankan kampung mereka.
Jadilah apa sahaja, ketelusan prinsip yang dipegang selama ini tidak akan tergadai begitu sahaja.
Sudah berbelas-belas tahun mereka mempertahankan kampung ini walau ada yang `rebah' dengan `godaan' tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di PPR Batu Muda.
Baki penduduk yang `keras' hati ini, tawaran itu hanya umpan dan mereka tetap tidak berganjak walau tawaran berganda diterima.
``Sebab itu kami merayu pihak berkaitan, kami juga sudah merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Surat juga sudah dihantar ke tangan Perdana Menteri sendiri ketika pertemuan sebelum ini di Sentul.
``Tolonglah beri perhatian, kami bukan tidak mahu kemajuan tetapi mahu ia diadakan dengan cara kami sendiri (tradisi),'' jelasnya.
Menurut maklumat Ramlee, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan pemilikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.
Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.
Tegasnya, baki penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan sejak ia mula dibuka.
Sayangnya, pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan DBKL membenarkan pemaju untuk pembinaan apartmen di kawasan berkenaan.
Ramlee tekad, dia sendiri pernah `tidur' di dalam penjara gara-gara berhimpun kerana mahu mempertahankan kampung.
Saya tahu dalam hati mereka kuat menjerit...
``Jangan kacau kampung kami!''
17 Jun, 2013
REMAJA WANITA PENGGAL KEPALA BAPANYA SETELAH DIA DIROGOL
SYDNEY: Seorang remaja perempuan memenggal kepala bapanya setelah lelaki berkenaan merogol gadis itu di rumahnya di Papua New Guinea menurut satu laporan hari ini.
Sementara itu, pimpinan masyarakat sedang melindungi gadis berkenaan dengan berkata lelaki itu seharusnya mati.
Akhbar Post-Courier melaporkan gadis 18 tahun itu memenggal kepala bapanya setelah lelaki itu berulang kali melakukan perbuatan keji berkenaan pada Selasa lalu.
Seorang paderi berkata bapanya berusia pertengahan 40-an, mempunyai tiga orang anak dan merogol anak perempuannya apabila gadis berkenaan bersendirian di rumah.
Paderi Lucas Kumi memberitahu bapanya itu masuk ke bilik anak perempuannya pada waktu malam dan merogolnya berulang kali.
"Bapanya mahu merogol anaknya itu pada sebelah pagi di rumah namun gadis berkenaan mencapai sebilah pisau dan memenggal kepala bapanya sendiri," jelas beliau.
Pimpinan masyarakat kini enggan menyerahkan gadis berkenaan kepada polis dengan niat melindungi gadis tersebut.
"Masyarakat di sini pergi melihat badan dan kepala yang terurai itu selepas gadis berkenaan menceritakan kepada orang ramai tentang insiden berkenaan," kata Kumi.
"Gadis berkenaan bertindak sedemikian kerana trauma dengan kebejatan nafsu bapanya. Oleh kerana itu, kami melindungi gadis ini,"
Sepanjang minggu lalu, Post-Courier melaporkan pelacuran kanak-kanak mencatatkan peningkatan, terutamanya di bandar Port Moresby di mana banyak kelab malam baru dibangunkan dengan peningkatan gadis yang dipaksa untuk melacur.