Mukadimah dialamaya memperjuangkan agama, bangsa dan negara menjadi resolusi dasar perjuangan teman... Tiada yg sangkut hidup atau mati... PERJUANGAN PESAKA @ MARTABATKAN BANGSA
17 Jun, 2013
REMAJA WANITA PENGGAL KEPALA BAPANYA SETELAH DIA DIROGOL
SYDNEY: Seorang remaja perempuan memenggal kepala bapanya setelah lelaki berkenaan merogol gadis itu di rumahnya di Papua New Guinea menurut satu laporan hari ini.
Sementara itu, pimpinan masyarakat sedang melindungi gadis berkenaan dengan berkata lelaki itu seharusnya mati.
Akhbar Post-Courier melaporkan gadis 18 tahun itu memenggal kepala bapanya setelah lelaki itu berulang kali melakukan perbuatan keji berkenaan pada Selasa lalu.
Seorang paderi berkata bapanya berusia pertengahan 40-an, mempunyai tiga orang anak dan merogol anak perempuannya apabila gadis berkenaan bersendirian di rumah.
Paderi Lucas Kumi memberitahu bapanya itu masuk ke bilik anak perempuannya pada waktu malam dan merogolnya berulang kali.
"Bapanya mahu merogol anaknya itu pada sebelah pagi di rumah namun gadis berkenaan mencapai sebilah pisau dan memenggal kepala bapanya sendiri," jelas beliau.
Pimpinan masyarakat kini enggan menyerahkan gadis berkenaan kepada polis dengan niat melindungi gadis tersebut.
"Masyarakat di sini pergi melihat badan dan kepala yang terurai itu selepas gadis berkenaan menceritakan kepada orang ramai tentang insiden berkenaan," kata Kumi.
"Gadis berkenaan bertindak sedemikian kerana trauma dengan kebejatan nafsu bapanya. Oleh kerana itu, kami melindungi gadis ini,"
Sepanjang minggu lalu, Post-Courier melaporkan pelacuran kanak-kanak mencatatkan peningkatan, terutamanya di bandar Port Moresby di mana banyak kelab malam baru dibangunkan dengan peningkatan gadis yang dipaksa untuk melacur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...