Satu lagi pekara yang kita tahu di Sarawak memang hebat dari segi menjinak kan Buaya malah dalam nahas ini seorang bomoh dari Long Amo turut membantu sebagai Bomoh untuk membantu menaik kan mangsa atau pun memudahkan usaha pencarian Mangsa ataupun menikan Bot Karam tersebut
BELAGA: Tidak cukup dengan peralatan moden yang digunakan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, operasi ini turut menerima 'bantuan' seorang bungan (bomoh) dari Long Amo, Sarawak.
Bungan Lato Jumam, seorang berbangsa Kayan, percaya upacara 'Tapok Teloh' boleh membantu mencari mangsa yang masih hilang.
Jelasnya mengikut kepercayaan etnik Kayan, kawasan sungai Giam Bungan dijaga oleh Lawa Abai (hantu sungai), manakala kawasan bertanah di sisir sungai dijaga oleh Laja Tiong (hantu tanah).
Jadi beliau minta tolong daripada kedua-dua hantu itu, terutamanya daripada Laja Tiong supaya jika boleh lepaskan mayat yang dipercayai masih tersangkut di kawasan sungai.
Tambahnya antara barang yang perlu disediakan dalam upacara itu ialah tembakau, sirih pinang, nasi pulut, beras, telur, tuak, arak dan kuih jala, serta seekor ayam hitam hidup.
Barang-barang tersebut disediakan untuk dua 'hidangan', masing-masing satu untuk Laja Tiong dan satu untuk Lawa Abai.
Lato menerima bantuan seorang penduduk kampung memulakan upacara dengan menyediakan kayu yang diruncingkan, dicucuk ke tanah sebelum telur diletakkan diatasnya.
Upacara dimulakan dengan bacaan mentera menyeru bantuan kedua-dua hantu itu sebelum tuak dituang ke arah tanah (tebing sungai), ke arah sungai.
Selepas itu upacara tersebut diakhiri dengan ayam hitam hidup tadi disembelih dan dibiarkan
dalam sungai.

Berita penuh di (KLIK)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...