Polis: Larangan terhadap Nurul ditarik balik, tiada senarai hitam baru Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2013
KUALA LUMPUR: Larangan perjalanan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah ditarik balik, polis Sabah mengesahkannya hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab di sebalik penarikan tersebut tetapi berkata tidak ada individu lain yang turut dihalang seperti yang diumumkan dalam senarai ‘persona non grata’ kerajaan negeri Sabah.
"Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik, " kata Hamza kepada Astro Awani.
"Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.
Dalam satu SMS kepada Astro Awani, beliau berkata: "Saya nasihatkan anda untuk menyemak dengan pejabat Ketua Menteri Sabah."
Awal hari ini, sepucuk surat dikatakan bocor dari Pejabat Ketua Menteri Sabah yang dialamatkan kepada Jabatan Imigresen negeri yang mengatakan bahawa selain Nurul Izzah, ada individu yang lain turut dihalang daripada memasuki negeri ini.
Menurut surat tersebut, nama-nama lain yang termasuk dalam senarai tersebut adalah, termasuk:
- Datuk Seri Anwar Ibrahim - Lim Kit Siang - Mohd. Rafifi(sic) Ramli - Datuk Ambiga Sreenevasan - Mohd. Sabu - Syed Ibrahim Syed Noor - Wong Chin Huat - Mary Chin Abdullah (sic) - Ong Boon Kiang - Hishamuddin Rais
Dokumen yang bertarikh 21 Mei itu, ditandatangani oleh En. Moktar Yassin Ajam yang merupakan (Setiausaha Negeri bagi Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan) telah dihantar kepada Pengarah Imigresen negeri Sabah. Kepala surat tersebut dikenalpasti daripada Ketua Menteri, Pejabat Datuk Musa Aman.
Ketika dihubungi, Moktar berkata beliau tidak dapat mengesahkan kandungan surat itu. "Saya minta maaf, saya seorang kakitangan kerajaan. Saya tidak boleh memberikan apa-apa kenyataan, hanya kerajaan negeri yang boleh. Saya minta maaf," kata beliau.
Surat itu mengatakan bahawa senarai itu diberikan kelulusan dengan cop Kabinet Sabah, berikutan dengan mesyuarat pertama pada 15 Mei.
"Kabinet telah bersetuju bahawa Ketua Menteri boleh menggunakan kuasa mutlaknya di bawah Akta Imigresen dan, selaras dengan pengesahan daripada Ketua Polis Cawangan Khas Diraja Malaysia Sabah, untuk melarang individu-individu ini daripada menjejak tanah di Sabah," kata surat itu.
Malaysiakini melaporkan bahawa ketua DAP Sabah Jimmy Wong yang mendakwa bahawa sumber yang boleh dipercayai daripada Jabatan Imigresen telah membocorkan sekeping salinan kepadanya.
Khamis lalu, Nurul Izzah telah dihalang daripada memasuki Sabah apabila beliau tiba di Kota Kinabalu. Beliau sepatutnya meraikan Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai.
Pada 31 Mei, Jabatan Imigresen Sabah berkata bahawa larangan Nurul adalah arahan daripada kerajaan negeri.
Kemudian, dilaporkan Musa menafikan bahawa larangan untuk Nurul telah bermotifkan politik. Beliau bagaimanapun berkata, mereka yang menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negeri Sabah tidak akan dialu-alukan dalam negeri ini.
Berita mula diterbitkan pada: June 03, 2013 05:26
Rasanya jangan dihalang, ini kerana biar dia sendiri tahu bagaimana hati orang sabah terutama yang terkorban akibat serangan pengganas di Lahat Datu
BalasPadamSuruh sahaja dia ikut macam mana Bapanya yang menyanyi sabah dah hilang madah kitak lagu tuk, kamik sik mo LGBT di sabah