20 Julai, 2013

BYE BYE WAHID ENDUT... ANGKAT KAKI DARI PRK K. BESUT



Tindakan Wahid Endut meninggalkan “Medan Perang” ketika kempen masih panjang mengundang cercaan dan makian dari jentera PAS Terengganu yang nyata amat kecewa dengan situasi sekarang. 

Tindakan pengecut Wahid Endut ini membuatkan geng Husam dan Pro Anwar didalam PAS semakin kuat bukan sahaja di PRK Kuala Besut malah ketika pemilihan muktamar yang akan dating. Ramai melihat tindakan Wahid Endut yang berkeras tetap mahu menunaikan Umrah, membayangkan betapa kecewanya Wahid Endut khususnya PAS Terengganu.

Sudahlah pengarah PRK dipegang wakil dari PAS Kelantan, kali ini Panglima mereka dari Terengganu pula melarikan diri,seolah-olah membiarkan pengaruh PAS Kelantan bertambah kuat di Besut dan kawasan sekitar.

Kemungkinan melhat PAS bakal kalah teruk di Kuala Besut, Wahid Endut melarikan diri dengan harapan jika PAS kalah, beliau tidak akan dipersalahkan.Apa pun boikot ketas PRK Kuala Besut dari kem PAS bukanlah satu rahsia. Jentera luar yang hadir membantu dapat melihat dengan jelas kegagalan Jentera PAS pada PRK Kuala Besut kali ini sehingga menyebabkan beberapa PAS Kawasan dari Perak,Selangor dan Negeri Sembilan sudah mula meninggalkan Kuala Besut.

Melihat kurangnya bantuan dan boikot dari PAS Terengganu, Husam terpaksa menekan butang panic dengan mengerahkan seramai mungkin NGO GAMIS ke Kuala Besut mulai malam semalam. Semua anak-anak PAS dari seluruh Negara dikerah ke Kuala Besut dan diletakan di semua kampung-kampung dengan cara melakukan program anak angkat.

Ternyata Boikot keatas PRK Kuala Besut dari PAS Terengganu sudah mula member tekanan yang hebat kepada Husam sehingga menyebabkan Husam men”import” lebih banyak jentera luar. Pertembungan PAS dari negeri Pantai Timur ini bakal hebat lagi pada Muktamar PAS akan datang. Kuala Besut menjadi Medan permulaan pertembungan “Geng Ulama vs Pro Anwar”.

sumber (KLIK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...