08 Julai, 2013

KEMBAR SIAM RAHMA DAN RAHMI BERJAYA DIPISAHKAN

Rahma-Rahmi berjaya dipisahkan

KUALA LUMPUR:  Sepasang bayi kembar siam warga Indonesia, Rahma dan Rahmi yang melekat di perut dan punggung akhirnya berjaya dipisahkan selepas menjalani pembedahan pada jam 4.15 petang hari ini.
Pembedahan tersebut dijalankan oleh pasukan doktor dari Hospital Moehamad Hosein Palembang dan Hospital Soetomo Surabaya.

Menurut laman portal berita aboutpalembang.com, kembar tersebut masih di dalam rawatan rapi bagi memantau perkembangan kesihatan mereka.
Ibu kepada Rahma dan Rahmi, Lia Rosdiana mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor yang bertungkus lumus menjalankan pembedahan tersebut sambil menangis terharu.

Pasangan kembar dengan nama penuh Sandrina Fauzia Rahma dan Sandrina Fauzia Rahmi itu berumur setahun tiga bulan. Mereka berkongsi usus besar, usus kecil, dubur, hati dan pembuluh darah.
Laman web Tempo.com melaporkan pembedahan itu melibatkan pasukan 50 doktor pakar termasuk dari Hospital Soetomo, Surabaya yang boleh bertugas secara berganti-ganti.

Kumpulan pakar itu digandingkan dengan pasukan doktor dari Hospital Soetomo karena hospital di Palembang itu belum memiliki pengalaman yang memadai untuk pembedahan berkenaan.Ketua pasukan doktor dari Hospital Soetomo, Dr Agus Harianto Sp.A(K) menjelaskan, pihaknya membawa kumpulan doktor berpengalaman yang biasa berhadapan dengan keadaan pasangan kembar siam itu.

"Kami bawa pasukan yang sudah berpengalaman dalam menghadapi kes serupa. Paling tidak kami sudah 54 kali jalankan pembedahan kembar siam," kata Dr Agus seperti dipetik oleh laman web itu.
Pasukan bedah itu disertai oleh doktor-doktor pakar kardiovaskular, paru-paru, bedah kanak-kanak, bedah urologi, bedah plastik, bedah saraf, bedah ortopedik serta pakar bius.

Pasangan kembar itu sebelum ini dijadual dipisahkan pada 22 Jun lalu. Bagaimanapun, rencana itu tertunda kerana keadaan kesihatan mereka yang tidak mengizinkan pembedahan berkenaan dibuat.
Pembedahan itu dijangka mengambil masa lebih kurang 24 jam. Rahma dan Rahmi adalah anak keempat dan kelima pasangan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...