07 Julai, 2013

PRK BESUT 24 JULAI NIE. KEMPEN BERBOHONG PAKARTUN ROKET DIBULAN RAMADHAN?

Besut bakal menguji kita kali nie... disamping berkempen apakah masih ada lagi kerja berbohong dalam ceramah? Adakah Ramadhan menjadi hijab kepada Pakartun Roket berkempen. Rakyat bukan lagi boleh mereka anggap boleh dilembukan.

Kita tengok bagaimana mereka akan spin soal SPR. soal kenapa Aljub mesti jadi Perdana Menteri. Soal kurupsi yang akan mereka longgokan jumlah rasuah ikut sedap mulut. soal kepincangan pemimpin untuk menampakan kononnya betapa teruknya BN yg patut di hapuskan. soal menjadikan negara perlu dan wajib digulingkan seperti BERSIH. HIMPUNAN HIJAU. TAWAN PUTRAJAYA. BLACK 505. LYNAS. dan macam-macam lagi yang memperlihat dan menjadikan Malaysia patut mengikuti sebagaimana Mesir?

Apa pun rakyat serta pengundi di besut bukan sebodo mereka sangkakan....

PUTRAJAYA: : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 12 Julai dan tempoh kempen ditetapkan selama 12 hari.

Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas suruhanjaya itu bermesyuarat di pejabatnya di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.

Dalam pilihan raya umum yang lepas, beliau mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...