04 Oktober, 2013

DS SHAFIE AFDAL DIBEDAL?


Nampaknya makin panas bila mula berkempen untuk calon UMNO kali nie, minggu nie semampu boleh teman nak sembang pasal calon, berbulan lamanya memerhati, berkarat teman mendengor, dari yang muda kuat menjerit sampai lah yang berusia berhemah berpandangan. Macam biasaler yang muda tentunya mahukan genarasi baru, pemimpin baru walaupun kekadang calon tu dah lama sepatutnya bersinar tapi kali ini samada dulunya tertinggal ataupun memang tak berapa semiak kata orang perak... Apapun inilah kebebasan yang sekarang nie UMNO berani menerima teguran sebagaimana kehendak rakyat, tak hairan lah maka nampaknya lebih demokrasi kerana semuanya bermula dari cawangan lagi kali ini pertandingan bermula...  

Kali ini teman cukup berpuas hati dan puji pendekatan yang dibawa oleh UMNO, sesiapa sahaja boleh bertanding, tak kiralah miker sapa bertanding ler... Kalau suka dema undi kalau tak suka dema pilih yang lain, dan yang paling teman cukup lega bila sistem begini nampaknya menafikan wang ringgit sebagai sogokan, ye ler tiga guni duit pun tak cukup kalau nak sogok semua perwakilan dalam Malaysia... Setidak-tidaknya undi kali ini lebih menyakinkan siapa yang dipilih bukan ikut teori kroni, saya yang dipangkah tidak ler ikut pelontor terbanyak kata orang perak... Ini yang selalu dikatakan oleh cai roket yang memang dari dulu nak burukan parti Pesaka Bangsa nie, dah memang begitu yop... Cukupler perangai dema dari yang atas sampai kebawah semuanya pengHANGGUK pemungkok, dah lah buruk perangai... Orang lain nak disamakan macam dema jugak

 


Dalam pada tu teman ikuti perkembangan pemilihan bari ketiga besar dalam UMNO yang tentunya kali ini Panas bila Naib Presiden menjadi tumpuan, nampaknya berenam yang bertanding selepas presiden dan timbalan yang tiada pertandingan, cukup jelas demokrasinya nyer... Idak ler macam cai pakartun roket yang makin jelas kita tengok bila roket dalam pemilihan ECE kali kedua nya nyata cukup berubah seperti mana yang diramalkan thedapinsider sebelum ini dalam pembongkarannya, apatah lagi parti mata lebam yang sekarang lebih sinonim dengan muka tembam, lansung tak dipraktikan demokrasi sebali nya demo haram pulak yang dijadikan landasan, begitu juga parti yang paling kerap guna isu hudud tanpa rasa kesal tak wujudkan dinegeri sendiri... Sejujurnya teman agak sedih jugak dengan Tuan Guru yang berakhir sebagai YB walaupun sekian lama merekodkan memegang tampuk pemerintahan negeri cik siti wan kembang yang juga akhirnya melenyapkan negara hudud yang pertama gagal dilaksanakan...

Makin jelas dan cukup terang nampaknya cai pakatan hanya mengangguk pada si Tuan roket, apa yang UMNO buat sekarang nie pun nampaknya dema jugak yang putar belitkan, sepatutnya kita jugak tunggu macamana kalau bertelor dema nie buat sama macam UMNO tengah lakukan, biasak ler dema yang suruh celup jari dalam dakwat kehai nya dema pulak tak buat masa pemilihan rakan angguk roket, pulak tu lagi kacau penilihan yang hanya 2ribu lebih boleh banyak kali silap, jadi tak heran ler dema tak betui mengira masa pemilihan, buat letih mengira jer yop... Memanjang tak betui... Dah ler tu yang bayak dapat undi pun tak merasa jadi pemimpin ataupun dilantik... Baik usah buat pemilihan, kan ker buang karen (masa) kata orang perak....



Dalam pada tu teman cukuptertarik bila pelaku atau sifat si kacang merah pun turut menyibuk, entah apa motifnya teman tak tau, setahu teman masa dalam satu PC sebelum nieyg teman ikut sama memang begitu jelas Calon NP Datuk Seri Shafie Afdal menyatakan bahawa kali ini lebih ramai yang bertanding memperlihatkan bagaimana UMNO itu nyata sebagai satu keluarga dan demokratik dalam pemilihan kali ini, siap dia kata tak elok lah kita menyerang peribadi calon bertandinglah dengan berhemah... Perwakilan boleh pilih siapa yang mereka suka berdasarkan penilaian mereka sendiri, inilah sebenarnya kedewasaan pertandingan adik beradik, biar siap sahaja yang menang maka dia dipertanggung jawabkan amanah rakyat khususnya UMNO itu sendiri...

Sebaliknya teman tengok sampai ada yang sanggup jadi BABI aka tentera Kacang Merah sehingga sanggup adakan akaun FB palsu atau FAKE memburukan beliau, bukan itu sahaja malah membuat kenyataan yang lansung tidak sama dengan sifat berhemah dan lemah lembut tapi tegas seperti DS Shafie, untuk apa yang dema lakukan? (klik ceritanya

Tak boleh teman jumpa jawabnya kalau lah orang UMNO jugak yang buat, teman rasa mengkomer tentu setuju kalau jenis ini datangnya dari UMNO maka memang layak ler dia disingkirkan, buat apa menyimpan bangkai dan busuk perut macam nie.

Lebih tepat lagi rasanya segala pelaku semacam niememang mahu menjatuhkan DS Shafie kerana dai tentunya menjadi penghalang dan sebab mereka gagak kencing rakyat terutama di SABAH dan SARAWAK. Bukan setakat itu tuhan telah memperlihatkan bagaimana usaha menjadikan Sabah baru-baru nie dengan tetiba pengganas sulu yang memerahkan buni Sabah dengan darah, terbongkar cukup jelas bila semuanya berlaku ketika rakyat mahu memilih pemimpin dalam PRU 13 yang lalu.

Apa jugak alasannya nampaknya tidak kita jumpa sebab yang boleh dikaitkan kecuali hakikinya kita tau Sabah dan Sarawak adalah defesit yang begitu besar dan beharga kerana membolehkan sesebuah parti itu menang... Cukup mudah kalau kita caturkan... Dapat Sabah dan Sarawak maka segala usaha dipermudahkan adanya, jadi kalau hati dahcai kepada busuk perut roket maka strategi yang terselindung sudah tentunya daruratkan Sabah jika gagal menawan hati orang senegara yang dijauhkan oleh lautan yang sebenarnya sudah lama dipautkan mereka dengan orang semenanjung.

Tak susah mencari sebab, tak perlu berkajang dan setebal bata alasan dicatat mencari jawapan teka-teki kenapa Sabah boleh diserang, kenapa sabah jadi sasaran kenapa tidak Pulau Pinang ker, Kelantan Ker ataupun Selangor yang juga berpantai... Tak gitu?

Kalau diteliti kejadian macam nie kita bukan bodoh macam dema sangkakan, sebelum nie pun dah banyak kali tektik dema nie kita cukup tahu, serang siapa sahaja kepalanya, tak heran ler DS Shafie kali nie jadi mangsa. Yang terbaru cai tegar jub si pizi yang menyerang Sharizat, apamaslah pasal laki dia yang boleh dikaitkan dengan dia? Kenapa dema kaitakan dengan depan mata yang cukup terang jelas tu, Roket dengan anak beranak dynasty Lim, Nik aduh dengan pak menTUAnya dan lagi teruk si lebam mata bin Tembam muka yang sapat free jadi nom 1 bila bini yang sepetutnya nom 1lucutkan gelaran dan tanggung jawab yang rakyat bagi masa PRU... Jadi tak heran ler DS Shafie pulak kali nie jadi red bull @ target cai, menjijikan dia seperti chief besar dema yang popular dari artis bollywud dan hollywud kerana cerita abang kuat suka sama rata... Depan belakang, lelaki pompuan, suami bini, dreba maupun pmbancuh kopi...

Apa pun teman nak bagi tau komer walaupun si kecik nie tak besor mana tapi jasanya amat besor, sedar tak sedor banyak benda yang dia dah buat cuma bila dia pentingkan kerja untuk rakyat tak di heboh melata, tak dicanang merata... Itu yang ramai tak tau, atau mungkin bila pentingkan untuk rakyat diutamakan lupa pasal nak ngaborkan apa yang dah dibuat atau diberi pada rakyat kot.

Apa pun teman rasa ada afdalnya kalau di KEKALKAN MENTERI KAMPUNG NIE... Bior dia buat kerja dia. Biorler dia menterikan semua kampung dalam Malaya, cer kalau dia tak lagi duduk sebagai NP, tentunya teman anak beranak serta adik beradik yang juga merangkap orang kampung pakat melopong dan ternganga memikorkan nasib orang kampung teritama kampung teman siapa pulak yang nak dekat dan bantu orang kampung nanti...

Tak kira ler mengkomer orang pekan atau bandar... Tapi tak kan adik beradik lansung tak ada kampung? Bukan senang yop kalau kita nak tengok macamana menteri masuk kampung... Cer komer bagitau kalau boleh diteka menteri mana yang masuk kampung dan jumpa orang kampung malah kaum orang asli dipendalaman sekalipun dia memang gah dan dikenali satu Malaya... Kalau tak pasai program ataupun ada kaitan lain seperti KENA datang... Pakat tak sior ler dema karatkan kaki dengan lecah dan lumpor...

AFDALNYA KAN KER ELOK KITA KEKALKAN MENTERI KAMPUNG NIE... aku budak kampung...kampung Boys




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...