24 Oktober, 2013

MAYAT PELUMBA HARAM DIBIARKAN SEBAGAI TAULADAN

TAOTAUAJER - Lain negara lain caranya bagi membendung gejala lumba haram di negaranya. Namun yang berlaku di China pelik sikit apabila pelumba haram kemalangan dan di biarkan atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.


MAYAT Lung dibiarkan di tepi jalan sebagai tanda peringatan

Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain. Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.

Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.


Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya. Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.




Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka. Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai. Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP
SUMBER : BeritaHarian, Mynewshub,Mirror

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...