Masih tak belajar lagi atau pun memang EGO yg ada dan mahukan semua pengundi atau rakyat ataupun ahli parti supaya akur dan hanya perlu angguk dan memuji segala tindakan...
Masih belum belajar lagi ker dengan kesilapan lalu di PRU 13 dan PRK sebelum nie? Jangan jadikan rakyat dan pengundi semakin getek (menyampah) dengan tindakan serta ego yg ditonjolkan. Bukan masa nya semua kena akur seolah mulut korang nie sebagai keramat kun fa yakun... wajib percaya keajaiban setiap kata korang... yg tak masih tak pernah belajar dari kesilapan...
Adakah memang bebal kerana tak belajar dari kesilapan lalu? Apakah dah lupa dengan aib yg terpaksa ditanggung sebenarnya oleh fakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi?
Secara peribadinya pendapat teman UMNO atau kompenan lain tak payah nak tunjuk JAGUH atau kononnya perihatin kepada rakan kompenan Parti. Masih belum belajar lagi ker dengan aib dan kekalahan sebelum ini... jadi ini bukan masanya membuktikan kata-kata keramat dari mulut korang. Banyak kali terbukti kekalahan dan aib yg terpaksa ditanggung oleh BN, Ahli parti dan Rakyat. Lagi lama sifat begini kekal maka semakin kuat parahnya pada BN dan rakyat meluat...
Orang UMNO tak perlulah nak tunjuk jaguh atau hero di PRK Kajang... ini kawasan MCA dan biarlah mereka yg meneraju PRK kali nie dan sebagai rakan kompenan sepatutnya bukan lead atau peneraju utama untuk PRK Kajang. Tak perlulah membukit dilambakan peruntukan sehingga berbukit. Tak kan masih tak sedar apa keluh kesah rakyat atau pengundi.... asyik menabur peruntukan terutama untuk kaum Cina yg bukan sekali tetapi berkali-kali dan akhirnya terima kasih diterjemahkan status PADAN MUKA di kertas undi.dah boleh dianggap pesta peruntukan untuk kaum cina sementara yg kaum melayu hanya dapat nganga melihat berbukit dikhususkan utk kaum Cina...
Pemimpin-pemimpin dan pak Menteri masih tak serik dan tak belajar tauladan yg pernah disejarahkan bila kaum Cina tak beri undi sekalipun tak cukup tangan menadah dengan muka diolokan macam setia...
Masa inilah mereka (MCA) patut membuktikan sokongan orang Cina kembali menyokong BN. Biarlah mereka yg buat strategi dan kompenan hanya membantu. Kena ingat dan belajar bila pengakhiran PRU Atau PRK berkesudahan yg ditabur lesap dan yg diharap lebuh. Dan perlu ingat pekara ini juga buat makin banyak parah dan AIB tetpaksa ditanggung oleh kompenan dan terutamanya UMNO...
Jadi rasanya tak payah lah UMNO yg beriya sangat .nak tunjuk keperihatinan atau pun nak tunjuk hero. Biarkan MCA yg meneraju dan kompenan sekadar membantu... dan kelebihan atau kesetiaan akan terjawab bilankita terima keputusan PRK nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...