Bro... Bro memang anak Derhaka! Itu lah ayat dari seorang sahabat membuatkan teman tersintak. Satu ketika dahulu memang ayahanda teman orang yang paling kerap menalipon teman bertanyakan keputusan kes DS Dr Zambry Bin Hj Abd Kadir samada menang atau kalah bila dia dicabar oleh Pakatan Rakyat di makamah tentang Jawatan Menteri Besar ketika itu.
Dimasa yang sama teman dan seorang lagi rakan Bloggers ada kerja di Utara, Bloggers AP pernah menyuarakan kepada teman, kenapa teman macam tak senang bila ayahanda teman asyik menalipon teman? teman katakan kepadanya yg ayah teman tanya menang atau kalah Dr Zambry dalam keputusan Makamah, abih tu dah bagi tau ker? teman kata dah... dah bagi tau bila dapat info dari sahabat bloggers lain yg sedang mengikuti keputusan makamah secara lansung disana, 'abih tu kenapa lagi bro...' 'Ayah teman suruh singgah kampung dia buat doa selamat di suarau kampung pasal MB menang kes sebagai Menteri Besar Perak...'
ayah memperlihatkan gambar beliau semasa askar 1951 |
Disitulah terpacul ayat anak derhaka oleh sahabat teman tadi, dia banyak menyedarkan teman tentang kesilapan yg amat besar yg teman dah lakukan. teman masih ingat lagi ayat yg membuat teman termangu seketika, ketika dalam perjalanan pulang ke ipoh dalam kereta...
Bro... Memang lah bapak lu kenal dengan MB, tapi siapa pula dia dengan MB? MB kenal ker dengan bapak bro? Dia buat doa selamat bila MB menang bro... lu ingat semua manusia ada ingat macam nie ker? semangat pejuang bapak bro memang tinggi sekali pun umurnya dah mencapai 80 tahun, bro patut malu dengan bapak bro...
Masya Allah... terlena kejap aku soal sebesar ini pun tak disedari, astagfirullahalazim... macamana teman tak pernah terfikir tentang hasrat seorang ayah... terdiam sekejap teman bila disergah dengan persoalan sahabat teman nie... Ok bro teman akan buktikan satu hari nanti MB akan kenal dengan ayahanda teman... in Sha Allah. Disitulah teman mula bernekad untuk berusaha mendapatkan MB bertemu dengan ayahanda kesayangan teman. sehinggalah tiba hari adik bongsu teman yang nak kahwin.
Bro... Memang lah bapak lu kenal dengan MB, tapi siapa pula dia dengan MB? MB kenal ker dengan bapak bro? Dia buat doa selamat bila MB menang bro... lu ingat semua manusia ada ingat macam nie ker? semangat pejuang bapak bro memang tinggi sekali pun umurnya dah mencapai 80 tahun, bro patut malu dengan bapak bro...
Masya Allah... terlena kejap aku soal sebesar ini pun tak disedari, astagfirullahalazim... macamana teman tak pernah terfikir tentang hasrat seorang ayah... terdiam sekejap teman bila disergah dengan persoalan sahabat teman nie... Ok bro teman akan buktikan satu hari nanti MB akan kenal dengan ayahanda teman... in Sha Allah. Disitulah teman mula bernekad untuk berusaha mendapatkan MB bertemu dengan ayahanda kesayangan teman. sehinggalah tiba hari adik bongsu teman yang nak kahwin.
Itu berapa lama yang lalu, mungkin beberapa tahun yg lepas, kebetulan sedang kami sekeluarga dan orang kampung bermesyuarat mahu mengadakan kenduri untuk adik bongsu teman atau waris akhir yang akan berkahwin pada 22hb dan 23hb Febuari lepas, Ayahanda teman pernah menyebut 'mana tau Menteri Besar nak datang, jadi kita sebagai JKKK kampung kena siap sedialah...' mungkin itu gurauan ayahanda teman yg sebenarnya membuatkan teman teringatkan bahawa janji teman pada sahabat AP teman yang lalu, dan semasa teman menghantar kad menjemput ke sahabat teman (AP) lagi sekali dia bertanya, jemput MB ker?..
Teman sekadar mengangguk tanda akan jemput MB, bagi teman inilah peluang yg teman ada, bermula dari hari tu teman memang resah bila bagaimana mahu menjadikan impian seorang ayah yg sudah pun berumur 80 tahun? Teman nekad... keesokannya dengan berbekalkan sekeping kad teman terus ke pejabat Menteri Besar Perak yg kebetulan sesak dengan wartawan kerana dimasa yg sama juga diadakan mesyuarat Exco negeri, teman terus berjumpa dengan PA beliau dan terus menyuarakan jemputan ke Kenduri Kahwin adik bongsu teman, sebelum itu teman sempat mencatat sedikit memo yang diantaranya menyebut bahawa bapa saya seorang pejuang, DS adalah idolanya dan beberapa pekara tentang ayahanda teman...
Kebetulan juga teman tak membawa sampul surat dan minta rakan teman di sana kalau ada sampul surat, bila dah terdesak sampul surat yang terpakai jer yg teman guna untuk meletakan memo teman kepada Menteri Besar... hehe kalau di ikutkan nak mintak kerja kompom ler tak dapat.... sampul surat pun keronyok kata orang perak...
Setiap hari demi hari teman berdebor... datang ker tak? itu persoalan yg timbul dalam benak hati teman, kalau dikhabor kan mau satu kampung kecoh, pulak kalau tak datang pulak macamana pulak nanti, malu sekampung dibuatnya, bukan senang nak hilangkan rasa meluat pulak dema bertahun lamanya nanti, teman pasrah jer... sekadar mengharap keajaiban bakal terjadi, malah lansung tiada ada persiapan untuk VIP samada sambutan sehinggalah jamuan dan lain-lain.
Siapa sangka pada 23hb Januari, 2014 Jam 11.45 pagi terpacullah hamba Allah yg selama hari ini dihina sebagai Black matelik, kononnya sombong, tidak hiraukan rakyat dan pelbagai lagi yg dilontarkan keatasnya. Kemunculannya bersahaja dengan sebuah kereta sahaja tanpa ada VIP pengiring. Allahuakbar... inilah hari yg paling mengembirakan teman apa lagi ayahanda teman bila melihat teman sorang diri pergi menyambut DS Dr Zambry Kadir, Ayahanda teman nampak termanggu bila melihat orang yang pernah dia banggakan didepan mata, tak hairanlah seluruh penduduk kampung jadi riuh dengan kehadiran Menteri Besar ke kampung teman.
Datang seorang.... |
Lebih sejam setengah Ds Dr Zambry melayan kerenah ayahanda teman, mellihat persikitaran rumah malah melihat gambar-gambar semasa ayah teman menjadi askar dan juga paling membanggakan gambar semasa ayahanda teman berkawad bila kita mencapai merdeka pada tahun 1957, diding rumah ini sudah memang menjadi muzium mini ayahanda teman kepada sesiapa sahaja yang datang berurusan ataupun menziarahi rumahnya, MB juga melayan kerenah semua penduduk kampung yg mahu bergambar malah dia juga melayan ayah teman makan semeja dengan nya...
Teman nak ucap ribuan terima kasih kepada Menteri Besar DS Dr Zambry bin Haji Abd Kadir yang menunaikan permintaan atau pun hajat teman sekeluarga terutama Ayahanda yg pernah melahirkan Hasrat dan harapan dengan kehadiran MB ke Majlis Perkahwianan adik teman, dia lahirkan hasratnya mungkin secara kebetulan dalam Mesyuarat JKKK yg sebelumnya.
Bergenang airmata Ayahanda teman ketika berehat selepas semuanya selesai dan melahirkan Kegembiraan...ketika menunjukan kakinya yg bengakak tanpa disedari... 'Ayah cukup seronok hari nie, sangat suka bila semua adik beradik kita (kepala keluarga) hadir, ada yang dah lebih 40 tahun tak jumpa pun datang, Memang tak sangka MB pun datang, dia siap layan ayah makan semeja dengan dia, sendukan nasi letakan lauk dalam pinggan Alhamdulillah... Ayah seronok sangat hari nie...
Rasanya tugas atau harapan teman dimakhbulkan.. itulah hadiah yg mampu teman buat. sebagai hadiah yang paling istimewa untuk ayahanda kesayangan teman, melihat kepada kegembiraan Ayahanda teman rasanya itulah kegembiraan paling besar dan tidak mungkin dilupakan dengan kejutan dan kehadiran MB secara peribadi di majlis kenduri kahwin genarasinya yg terakhir...
Kalaulah Ayah atau teman sekali pun menutup mata... rasanya tertunai sudah harapan seorang Ayah dan menyempurnakan Hasrat seorang anak demi ayahanda tercinta...
Terima Kasih... Datuk Seri Dr Zambry bin Hj Abdul Kadir... teman tak dapat nak membalas jasamu... jiwa pemimpinmu, sentuhan ini yg dinantikan oleh mereka sebagai rakyat dan pejuang seketika dahulu...
Tahniah bro... . Tahniah juga utk MB perak yg perihatin
BalasPadamPerihatin seorang Menteri Besar. Bagaimana kah ada yg masih pertikaikan keihklasan beliau. Tahniah yop
BalasPadam