11 April, 2014

VIDEO DAN BAGAIMANA BUAT TELUR PALSU...













Kalau bab bohong membohong nie ramai yg dah tau, makin ramai pembohong dalam negara. bohong nak tunjuk diinaya, bohong tak mengaku meliwat, bohong janji kepada rakyat, bohong 19 september, tahun ????  bohong pasal altantuya dibunuh, bohong pasal kapal selam tak boleh menyelam dan banyak lagi pembohongan sehingga kalau bergambar pun terus dikatakan pembohongan.. apa pulak yg benar?
Jijiknya segelintir yg punya sikap begini, malah hari apa sahaja boleh bohong demi untung, kalau bagi Orang melayu tentunya memang menyanggah adat dan budaya serta yan paling penting tuntutan agama Islam itu sendiri, tak boleh lah nak untung dengan menipu... ini lah cara paling baik berbohong kerana ianya menguntungkan.
ini satu lagi kes yg pelik bila ada pulak yg tiru atau palsukan Telur, telur dibuat sendiri dan kemudiannya dipasarkan dengan mengaut untung yg begitu lumayan, saksikan video bagaimana ia (telur) dihasilkan...
Kalau korang berniat nak makan telur, pastikan telur yang tulen. Telur palsu ni didapati bermula dari negara China dan kini mula dijual di Malaysia. Camne nak tau beza? Antara perbezaan yang terdapat di antara telur palsu China dan telur asli:
Video cara buat telur palsu di China:

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan ada telur ayam yang dijual di pasaran tempatan adalah telur tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Mengikut CAP, bentuk telur tiruan agak luar biasa dan bersaiz lebih besar berbanding telur biasa dan baunya juga tidak sama. Telur tiruan juga tidak mengandungi khasiat atau nutrisi dan penuh dengan bahan kimia berbahaya.

Telur ayam dipercayai tiruan yang dirampas dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus baru-baru ini
Putih telurnya dipercayai diperbuat daripada sodium alginat, alum, gelatin, asid benzoik dan kalsium klorida. Di samping air dan pewarna makanan, kuning telur adalah hasil campuran buah lemon yang diperah dan pewarna makanan.

Kulit telur pula diperbuat daripada kalsium karbonat, serbuk gipsum, parafin dengan beberapa bahan campuran lain. 
- petikan dari bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...