13 Jun, 2014

13 RIBU SEBULAN HARGA SEWAAN TAPAK BAZAR RAMADHAN?


Memang ketara kesannya bila di pentadbiran kerajaan sendiri terdapat parasit-parasit didalamnya. Bukan sahaja menentang kerajaan sahaja malah institusi makin parah kerana mereka juga nampaknya bakal menconteng Arang ke majikan sendiri... 

Pengkhianat Ini juga bukan sahaja sabotaj malah memalukan majikan mereka sendiri. Pelbagai kategori penjawat awam seperti guru, Polis, jabatan-jabatan dan banyak lagi.

Bukan Meriah ikut suka malah sabotaj majikan cukup jelas. Kerajaan Sehingga kini tiada sebarang tindakan terhadap kategori pengkhianat nie. Sebaliknya kalau lah mereka yg menjadi pemerintah, sudah tentu ramai yang akan disingkir malah akan ada sekatan supaya semua yg menjadi penjawat awam akan dipastikan tiada dalam pentabitan mereka. Dari jawatan yg paling tinggi sehinggalah yg paling corot atau kuli batak. Apa lagi kalau dikenal penyokong tegar BN... 


Kes seperti Plaza di jalan hang tuah, Melaka... semalam dalam berita TV3 dikatakan ramai peniagan merunggut kerana sewaan gerai untuk bazar ramadhan mencecah dari 11 ribu hingga ke 13 ribu ringgit dikenakan sebagai sewaan...

Dimana silapnya? Adakah kerajaan Negeri sengaja mahukan rakyat marah? adakah dia sedar atau pun cemburu dengan hasil perniagaan yg bermusim terutamanya orang melayu? kenapa sampai begitu mahal? kalau digunakan untuk pembayaran lot kedai RM 1K sebulan maka tempohnya boleh menjangkau setahun lamanya ia boleh berniaga di Lot Sendiri...

Apa sekali pun yg telah terjadi bukan pelik kalau ianya ada muslihat atau pun sebagaimana yg diperkatakan sebelum ini... ada parasit yg merosakan...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...