Kebiasaan nya teman tak berapa ghairah untuk hadir setiap hari pertama Perhimpunan Agung UMNO. Lewat tengahari barulah teman bergegas ke PWTC untuk turut bersama ribuan yg hadir ke perhimpunan keramat bangsa Melayu oleh UMNO. Tak banyak aktiviti segar dipagi hari mula PAU sebaliknya mula panas bila tengahari dimana PWTC akan dibanjiri bangsa Melayu yg dilihat masih bersatu dengan perjuangan Bangsa, Agama untuk negara.
Ini juga kali pertama teman sampai awal sehari sebelum... semuanya kerana mahu melihat sahabat teman Azmi Ismail yg bertanding akhir Pidato piala presiden esok jam 8.30 pagi di dewan Merdeka PWTC. Tak ada bau bacang atau soreh-soreh dengan dia pun... tapi semuanya terpanggil kerana mata dan hati yg mendesak. Terasa bagai sejarah kepuasan melihat aksi beliau yg sangat teman gemarkan.
Azmi Ismail punya low profil, dari segi sahabat akrabnya tiada kasta atau pun tembok darjat. Sesiapa sahaja menkadi sahabatnya tetap sama sekali pun menteri tidak dibezakan. Sehingga kini dia masih ungkapkan ayat ' Miker jugak guru teman!' Baginya apa sahaja teguran sahabat menjadi petunjuk dan panduan baginya. Masih ingat apa saja yg kita beri setiap keramat kata... apa saja yg baik bukan sebelah telinga dia mendengar sebaliknya selagi ada aura yg boleh digunakan akan ditafsirkan nya dihati dan disimpan kedalam kotak fikirannya.. baginya segala baik maupun burok adalah ilmu panduan pedoman.
Pernah juga teman persoalkan... jika yg baik tentulah boleh diambil kira sebagai ilmu bagaimana pula yg dangkal bin binggung... apa pulak faedahnnya? Jawabnya tidak terfikir akal selama teman mencari jawabnya... 'sekali pun jawabnya memang bodoh dan tidak ada nilai tetapi pengajaran nya yg boleh kita iktibarkan sebagai panduan dan peringatan kita supaya tidak khilaf bagi kita...'
Apa pun pada aku dan khabarnya ramai lagi yg akan bergerak subuh hari dari kampung hanyalah kerana mahu melihat bakal juara... bagi teman dia tetap juara sekali pun dibelakang johan yg diumumkan. In sya Allah teman peminat nombor satu. Azmi Ismail... semoga berjaya... bravo yop...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...