Mana mungkin saya melupai segalanya yg sudah jadi sejarah dalam lipatan hidup ini... Bila menerima berita seorang tuan atau pun sahabat yg akan berhijrah kenegeri lain atas dilantik sebagai pegawai tertinggi di Negeri Sembilan dalam satu jabatan...
Sememangnya banyak pekara yg pernah berlaku, tragis dan memberi erti dalam setiap tanggal dalam hidup ini, pernah aku terlantar di paras yg paling bawah, jatuh dan merasakan hidup dan tanggungan bakal berhadapan dengan sang derita kerana bakal hilang segala punca rezeki aku, anak-anak dan keluarga, tetapi sahabat ini lah yg melihat dan mengangkatku kembali keatas...
Cuma dua insan ini tak pernah serik atas segala usaha dan atas kebertanggung jawaban dan yakin dengan segala apa yang aku perlakukan dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanah air...
Aku masih lagi utuh bertahan disini... Semuanya kerana mereka ini... Keluarga dan aku kini masih meneruskan perjalan hidup sekalipun hampir tersasar dari jajaran sepatutnya... Alhamdulillah mereka ini lah yg paling banyak membantu... Moga Allah memudahkan segala urusan mereka dan limpahi rezeki berteruskan dengan segala kebahagiaan untuk mereka... Apa sekali pun biarlah ini dalam lipatan sejarah buat ku... Seorang sahabat dan seorang Tuan....
Terima kasih Ahmad kamal dan Ali Hanafiah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...