10 Februari, 2015

PELUK BINI LEPAS DIJATUHI HUKUM... 5 TAWUN ma

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.

“Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah),” kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.

Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan perkarangan Istana Keadilan selepas keputusan itu diketahui, laporan bernama


kenapa la dari dulu tak jaga keluarga... sebaliknya apa pulak yg keluarga rasa bila disahkan disabit dalam kejadian liwat?

1 ulasan:

  1. al juburit: “Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah),”

    cucu :OK atuk, i should, but at the same time you should behave yourself while being in Sungai Buloh, do not spoilt the boys !!

    BalasPadam

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...