06 Mei, 2015

UMNO DAN BN PUTAR BELIT FAKTA PASAL KAK ONE DI PERMATANG PAUH


UMNO & BN Dikatakan memutar belit fakta tentnag Calon P044 Permatang Pauh? Teman secara peribadinya amat setuju dengan pendapat seorang sahabat  yang juga bekas orang kuat PKR yg tidak boleh dinafikan begitu aktif disetiap kerja membodohkan rakyat melalui jalanraya dan perhimpunan haram, pada dasarnya dia teman Tak tegah buat kerja macam tu... Sebabnya bila banyak perhimpunan banyaklah di akan dapat hasil upah yg agak lumayan, dia dengan teman tak jadi kisah kalau semeja berborak sampai subuh sapie kata org perak...

Begini rupanya ambik pisang dari kebun...
Beginilah contoh Pemimpin Turun Padang....

Logik diakal bila dia katakan masa bila pulak kak one terjejas emosi dan semangatnya disana... Tu yg orang UMNO tak tau... Sapa kata dia tertekan dengan PRK P044 Permatang Pauh? Sikit pun tak terkesan sekalipun senario di sana begitu ketara berubah... Orang cina mula keluar dan berkempen, semalam lebih seribu orang india turut nyatakan sokongan kepada calon BN, munculnya kumpulan PAS yg keluar berkempen dan balun kak one terutama soal tidak perihatin kepada rakyat, tolak hudud, tamak kuasa dan paling jijik dan mengamarahkan Ahli PAS ialah penghinaan kak one kepada PAS dan bercakap besar tidak takut kalau PAS tak mahu mengundinya pun dia amat yakin tetap menang...

Dik pinjam beskal jap... Akak nak try... Wehaaa syoknya
Buai laju-laju... Aku nak kawen anak raja...hehehe cam pelim pulak

Abih tu pasai apa ko kata UMNO dan BN putar belit fakta lak... Merata sepanduk dan papan tanda muka dia sebagai Calon PKR?... Tanya teman tak puas hati!...

Rilek bro... Jangan angin, cuba ko tengok betui-betui, sebenarnya dia (Kak One) balik kampung untuk bercuti dikampung suaminya... Tu sebab ko tengok dia bukan berkempen tapi makan angin beb, dia macam dalam TV tu yg jelajah sambil makan angin, lu tengok la dia enjoy dalam percutian dia... Dia naek beskal, lawat Kebun pisang, buat ais kepai, naek buaian (hanya utk kanak-kanak dibawah 12 tahun), makan berkelah, siap menari tai ci dan banyak lagi... Tak ker bro tak perasan semua tu kan bercuti, bukan nak berkempen, jadi dia kesana bercutilah bro.... 

Hadoi... Dia nie lah kalau. Tak kerana kawan lama dah lama tengkerap meja nie...betui jugak apa yg dia cakap... Kak One memang bukan pergi kesana spt berkempen tapi macam makan angin... Nampak kuat benor meroyannya macam putus haed... Selalunya yg jadi camtu sebab utama zama monopus hehehe... Abih tu macam mana pulak ttg pilihanraya kecik yg dia bertanding? Tanya aku tak puas hati...


Bro bab nie aku serius... Dia cukup yakin letak kipas dia bertanding pun boleh menang, lantak lah orang PAS nak ugut boikot, lantaklah kaum Cina tak undi dia, buatlah apa saja dia yakin menang,dia dan family tetap yakin menang kalau tak berkempen sekali pun... Tu sebab dia tak amik port suara rakyat... Termasuk aku sekali pun ada juga peronah lahirkan rasa sebegini macam rakyat lain...

Aku pertikaikan apa yg dia janji pada rakyat, apa wawasan pada rakyat bila dia pegang dua tempat sekali gus, sudah lah di Kajang hancur pun dia buat Dono jer...aku pertikaikanapa yg dia janji kepada rakyat dan apa tuuan sebenarnya perjuanganParti keadilan rakyat?... Semuanya memang dia tak layan, maklumlah aku nie bukan ada jawatan besor macam puzie  yg jadi kesayangan abang nun..

Bak kata member kita si meor.. Miker yg bodoh.. Ater ajer benor ler dia bukan buat salah, parti PKR ditubuhkan bukan nak perjuangkan rakyat, tujuannya untuk perjuangkan nasib bang non dan family dia, tak kan komer tak nampak logo parti pun bukanada kaitan rakyat pun... Lambang mata lebam, ater miker bila pulak lebam matanya... Tu la komer... Dia lebam mata kaya seluruh keturunan dia, komer apa dapat? Aku pun setakat lebam mata nie... Kalau nak dua belah mata lebam pun tak apa tapi mestilah untung macam dia kaya raya macam dia... Aku pun sanggup... Tapi jangan bute udah ler... Buatnya aku bute lepas tu pakat miskin seumur hidup baik tak payah....

Hilang marah aku kat dia... Hampeh boleh buat lawak kat aku yg tadi terbakor benor dengan nya, tanya aku lagi ngapa miker nie asik tengok jam pulak, apa lagi ler yg miker nak buat nih, naksuruh balik penang rasanya dan dekat 3 tahun miker derhaka kat keluarga mak mertua...

Jangan marah yop teman menunggu bini teman amik anak kat sekolah sebab ada program, lepas tu nak balik penang, temankan pengundi disana (memang dia pengundi disana sebab setiap kali pilihanraya memang mamt nie lebat semacam) elok tak berapa minit bini dia sampai dengan kereta dia salam teman dan cakap miker tolong bayor yer... Makan minum danrokok dunhill sekotak... Dia salam teman dan sempat cakap nanti teman Whatsapp miker... Tentu miker rasa berbaloi belanja aku.. Assalamualaikum... Dia naik kereta dan terus lesap....


Macam-macam ler perangai orang.apa pun dia kawan aku. Itu hak dia. Dia nak buat duit ker nak berniaga ker lantaknya... tapi peristiwa tghari tadi  tu sedikit sebanyak ada jugak betuinya. Memang kak one macam bercuti. Memang PKR bukan utk rakyat tapi family mata lebam dan terakhirnya memang Kak One yakin 100% menang sekalipun takdir itu mutlak hak milik tuhan... kita tunggu jer ler nanti keputusannya... teman yakin paling tidak sokongan merundum terhadap PKR kali nie... kita tinggu jer ler...

Memang berbaloi tengok whatsapp yg dia hanyor... lagi pun kalah menang sekalipun teman tetap belanja dia... nak belanja bukan soal politik pulak baru boleh... Ayuh... BN mampu cipta sejarah di Petmatang Pauh In Sya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...